POLITIK KONSISTEN IDOLOGI DATUK MUSBAH MENGUNTUNGKKAN RAKYAT

on Isnin, 23 Ogos 2010



Setiap pemimpin yang menceburkan diri dalam politik mempunyai cara , keadah atau pendekatan yang berbeza-beza berbanding dengan pemimpin yang lain. Demikian juga politik zaman sekarang amat berbeza dengan cara orang berpolitik di sekitar dalam tahun 1950an dan 1960an. Pada waktu itu pemimpin berjuang untuk memastikan negara mencapai kemerdekaan di tangan penjajah. Tetapi apabila negara merdeka dari tangan penjajah pendekatan orang-orang politik telah berubah, mereka lebih kepada agenda bagaimana membangunkan negera dari sudut pendidikan, ekonomi, kemudahan dan sebagainya. Ianya di umpamakan sebagai “ lain padang lain belalang” .

Zaman sekarang jauh sekali perubahan kaedah atau cara orang berpolitik, jarang sekali kita dengar seorang pemimpin yang berpolitik untuk membela rakyat, yang kita dengar hanyalah menjadikan rakyat alat untuk kepentingan politik peribadi samada ianya untuk mengekalkan kuasa atau mengaut kekayaan dari kuasa yang diperolehi daripada mempengaruhi pemikiran rakyat dengan berbagai-bagai janji dan pembohongan sana sini. Lepas itu bila kita lihat latar belakang perjuangan politiknya, nyata sekali dia lompat-lompat parti, mana sahaja parti yang memerintah dan menjadi kerajaan, dia akan masuk parti tersebut. Di Kota Belud majoriti pemimpin yang ada semuanya mengamalkan cara atau politik yang saya sebutkan tadi. Kalau diumpamakan dalam peribahasa melayu “seperti katak melompat-lompat”.

Tapi dengan Datuk Musbah jauh sekali budaya itu mempengaruhi cara beliau berpolitik, melihat kepada sejarah politik beliau dalam daerah Kota Belud bermula menceburkan diri dalam politik apabila mendapat kepercayaan Allahyarham Bapa Tun Mustapah sebagai calun USNO di kawasan Tempasuk pada pilihanraya satu ketika. Sebagai anak didik Tun Mustapah dalam politik, beliau jugalah satu-satunya pemimpin tulin USNO yang masih mengamalkan politik yang paling “Konsisten” , beliau tidak pernah melompat parti bermula daripada USNO beliau berserta Tun Mustapah berpindah ke parti UMNO semata-mata untuk menyelamatkan kaum Bumiputera Islam di sabah. Ada juga pemimpin keluaran USNO seperti Lamsil Hamidshor yang berubah pendirian, dari seorang pemimpin yang berjuang untuk kepentingan rakyat kepada seorang pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi. Lihat sahaja dulu bukan main dia menentang Datuk Salleh Tun Said dalam politik Kota Belud, pernah seketika beliau juga bersama-sama dengan Datuk Musbah menentang kem Datuk Salleh pada pemilihan awal UMNO Kota Belud. Pada ketika itu beliau diletakkan sebagai orang nombor satu dalam pasukan itu menentang Datuk Salleh di jawatan nombor satu (ketua bahagian UMNO Kota Belud).

Tetapi apa sudah jadi dengan beliau pada hari ini, demi untuk kepentingan politik peribadi beliau sanggup menjilat kembali ludah dia, di mana pada hari ini beliau telah menjadikan Datuk Salleh sebagai ketuanya. Berbalik kita kepada Datuk Musbah, beliau adalah seorang bekas pemimpin USNO yang masih berpegang kepada prinsip perjuangan untuk membela rakyat. Sekali beliau menentang pihak lawan sehingga ketitisan darah terakhir beliau tidak akan mengalah sama sekali.

Perbezaan politik Datuk Musbah dengan Datuk Salleh bermula sejak UMNO bertapak pertama kali ke Sabah sehingga hari ini. Antara perkara yang membuatkan mereka tidak sealuan ialah Datuk Musbah sentiasa konsisten berjuang dalam politik untuk membela rakyat dengan hanya berpaksikan kepada satu wadah perjuangan iaitu UMNO sementara Datuk Salleh berjuang dalam politik untuk mendapatkan kuasa demi kelangsungan politik peribadi beliau. Lihat sahaja sejarah politik beliau, sudah jelas kepada kita bahawa beliau masuk politik hanya untuk mendapatkan kuasa. Bermula daripada USNO beliau masuk Berjaya apabila menumbangkan kerajaan USNO. Apabila kerajaan berjaya tumbang ditangan PBS Datuk Salleh beserta Arwah bapanya Tun Said telah menukar parti dengan masuk parti PBS. Akhirnya bapanya arwah Tun Said Keruak telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah. Kemudian apabila UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah, Datuk Salleh sekali lagi bertukar parti dengan menyertai UMNO.Inilah yang membuatkan Datuk Musbah masih ungggul di mata rakyat Kota Belud sebagai pemimpin yang tidak pernah berganjak daripada perjuangan asalnya iaitu untuk membela rakyat yang tertindas begitu lama.

Sebab itu apabila beliau mendapat sedikit kuasa, beliau menggunakan kuasa yang ada itu untuk membawa lebih banyak pembangunan yang boleh membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan. Dari seorang yang suka meminta-minta kepada pemimpin kepada seorang rakyat yang berdikari dikaki sendiri.

Kalau kita buka lembaran sejarah kepimpinan Kota Belud, semestinya daerah Koboi ini tidak ketinggalan dari arus pembangunan negara kerana kita telah melahirkan pemimpin nombor satu negeri seperti pernah menjadi Ketua Menteri, Yang Dipertua Negeri Sabah, Sepekar, Menteri Kebinet. Tetapi kenapa kita di Kota Belud ini masih banyak lagi ketinggalan daripada pelbagai pembangunan, salah siapa?. Datuk Musbah hanya menjadi Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan boleh mampu membawa projek berimpak tinggi terhadap ekonomi masyarakat Kota Belud. Misalnya projek JELAPANG PADI DAN AGROPOLITAN yang menelan berbilion ringgit mampu dibawanya ke Kota Belud. Kita juga pernah mempunyai Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah tapi keadaan kita tidak juga berubah, malahan keadaan rakyat Kota Belud bertambah ramai yang meminta sedekah kepada pemimpin.

Kesimpulnya dapatlah kita katakan bahawa kejayaan Datuk Musbah membawa projek berbilion-bilion ringgit dengan hanya berjawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah kerana beliau mempunyai perancangan yang cukup Konsisten. Di dalam jiwanya telah ditanamkan semangat juang yang cukup kental,tidak guyah meksipun menerima cabaran yang amat getir. Di jiwanya juga tertanam cinta murni untuk melihat masyarakatnya maju. Tetapi yang yang paling penting sekali ialah Datuk Musbah berjaya membawa perubahan yang besar kepada ekonomi masyarakat Kota Belud kerana atas sebab, beliau mendokong Idologi Politik konsisten dalam diri beliau meksipun diuji oleh pelbagai ujian. Tahniah Datuk Musbah Teruskan perjuangan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

0 ulasan: