JIHAD DATUK MUSBAH MENGHAPUS KEMISKINAN

on Jumaat, 27 Ogos 2010

Inilah dia Datuk Musbah turun padang melihat sendiri penderitan rakyatnya, beliau sekalipun tidak kekoh dan malu bila berhadapan samada di dalam pondok usang, hutan atau di mana sahaja kerana sememangnya beliau dilahirkan dari keluarga yang pernah melalui kesusahan.

Projek Jelapang Padi salah satu program yang mampu membasmi kemiskinan kepada golongan petani. Inilah projek yang membuatkan nama Datuk Musbah akan dikenang sepanjang zaman.

Dalam memastikan rakyatnya mendapat pembelaan Datuk Musbah sama sekali tidak merasa kekoh atau malu mengunjungi rakyatnya yang tinggal di dalam pondok usang seperti ini. Beliau amat perihatin penderitan seperti ini kerana beliau telah merasainya suatu ketika.
Datuk Musbah sentiasa mesra rakyat samada lelaki atau wanita, muda atau tua semuanya dilayan dengan baik dengan penuh mesra. Keakraban beliau dengan masyarakat Kota Belud membuatkan beliau sentiada disenangi walau dimana beliau berada.
Meksipun dalam pondok usang seperti ini Datuk Musbah mampu melayan karenah rakyatnya, beliau mencatat permasalahan rakyat supaya tidak tercicir daripada diambil tindakan.



Istilah Jihad terlalu luas untuk diperbincangkan kerana ianya merangkumi keseluruhan kehidupan manusia yang ada di alam maya ini. Namun demikian perlu juga diperjelaskan secara ringkas sebelum Pak Nujum melanjutkan paparan seterusnya kerana apa yang akan diperbincangkan selanjutnya ianya mempunyai hubungkait dengan perkara Jihad. Jihad membawa maksud yang mungkin hampir sama yang Pak Nujum fahami dengan maksud yang diberikan oleh Kamus Dewan, iaitu sesuatu perjuangan yang murni dengan tujuan untuk melakukan pembelaan kepada sesuatu perkara. Jihad bolehlah sahaja dilakukan dimana-mana sahaja dan bila-bila masa, satu jihad yang boleh dianggap terlalu besar ganjarannya di sisi Allah SWT ialah Jihad mempertahankan agama, negara, harga diri dari ancaman musuh. Namun apa yang Pak Nujum cuba bicara dalam penulisan kali ini ialah jihad membasmi kemiskinan. Membawa masyarakat dari belenggu kemiskinan juga boleh dianggap satu jihad kerana kemiskinan jika dibiarkan berterusan berlaku boleh membawa kekufuran. Kekufuran dalam ertikata melanggar semua perintah-perintah Allah SWT kepada manusia di dunia ini.

Penulisan kali ini akan cuba memaparkan semua aktiviti Datuk Musbah dalam beliau menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat Tempasuk kerana tidak ada gunanya Pak Nujum cuba menceritakan sesuatu yang tidak mempunyai bukti-bukti yang jelas bagi menyakinkan pembaca bahawa apa juga yang dipaparkan kali ini adalah berpijak di bumi yang nyata. Misalnya projek JELAPANG PADI DAN AGROPOLITAN yang telah diilhamkan oleh beliau sehingga menjadi realiti pada hari ini.

Sebelum kewujudan kedua-dua projek ini keadaan masyarakat kita di Kota Belud begitu menyedihkan ada yang mungkin tidak percaya bahawa pada satu ketika, ada keluarga kita yang tidak dapat makan selama satu minggu. Pak Nujum sendiri telah merasai kehidupan ini suatu kanak-kanak di awal tahun 1970 an yang lalu. Saya masih ingat pada waktu itu keluarga Pak Nujum tidak mempunyai beras kerana hasil sawah padi kami tidak menjadi, meksipun bekalan beras di pasaran bukannya tidak mencukupi kepada rakyat, akan tetapi keluarga Pak Nujum tidak mempunyai wang. Apakah kalau tidak mempunyai wang itu tidak tergolong dalam kelompok kemiskinan. Sedangkan dinegara kita hari ini sesiapa keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 1,000.00 sudah dianggap tergolong daripada miskin tegar.

Kehidupan penduduk daerah Kota Belud rata-ratanya terdiri dari golongan petani, kebergantungan mereka kepada padi. Padi merupakan penentu masa depan keluarga dan anak-anak mereka. Mengimbau kehidupan keluarga petani masa lampau amat memilukan, mereka hidup penuh kedaifan, tinggal di rumah yang penuh usang menanti roboh bila di tiuap angin kencing. Mengerjakan sawah padi hasilnya tidak kemana kerana sistem pengairan sawah padi tidak ada akhirnya petani ketika itu bergantung penuh kepada air hujan untuk mendapatkan air bagi sawah padi. Kebergantungan kepada air hujan amat rumit sekali bagi petani, nasib hasil padi mereka belum tahu dapat dituai kerana kadang-kadang air hujan yang turun berlebihan bisa sahaja memusnahkan hasil tanaman padi mereka.

Demikian juga boleh berlaku air hujan mungkin tidak turun dalam satu tahun, akibatnya sawah padi petani hangus kekeringkan sehingga mereka mengemis di kawasan perkampungan Dusun meminta upah memotong buah padi, kerana kawasan perkampungan Dusun yang terletak di Kg. Tempasuk 1 telah menikmati sistem perparitan sawah padi yang baik ketika itu, itu pun mereka tidak mencukupi air untuk tujuan mengairkan ke sawah.

Perjuangan Datuk Musbah membawa projek Jelapang Padi telah membuka lembaran baru kepada kehidupan petani, kalau dulu mereka hidup dalam kesusahan, tetapi kini mereka mula menikmati satu kehidupan yang lebih baik berbanding masa lampau. Perkampungan petani masa kini seolah-olah satu kawasan bandar yang pesat membangun kerana golongan petani membangunkan rumah-rumah batu yang bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau dulu perkampungan petani sunyi sepi tiada kenderaan yang kedengaran lalu lalang di jalanraya. Tetapi masa kini bunyi bising kenderaan seperti kereta kancil, motorsikal dan sebagainya telah menyibukkan suasana perkampungan petani.

Berdasarkan penilian Pak Nujum, Datuk Musbah telah berjaya membawa satu era baru kepada kehidupan golongan petani, tahap kemiskinan yang menghantui golongan petani sedikit masa lagi akan terlerai sudah apabila projek JELAPANG PADI siap sepenuh tidak lama lagi. Datuk Musbah meksipun hanya jawatan Pembantu Menteri telah berjaya mengubah kehidupan yang lebih sempurna kepada golongan petani. Walaupun kuasa Pembantu Menteri itu tidak ke mana, tetapi beliau telah berjaya merealisaikan impian ribuan golongan petani di daerah ini untuk menikmati satu kehidupan yang lebih baik. Apa kiranya jika Datuk Musbah ini diberi peranan jawatan bertarap Menteri dalam kabinet kerajaan Sabah. Betapa Kota Belud ini akan menjadi sebuah bandar yang menjadi tumpuan utama pelancung di negeri Sabah kerana mungkin masa itu Kota Belud mempunyai bermacam-macam pasarana yang menjadi daya tarikan kepada pelancung untuk datang ke Kota Belud. Tidak mustahil perkara ini terjadi, lihat sahaja Datuk Chong Kah Kiat di Kudat dalam tempoh dua tahun menjadi Ketua Menteri, daerah kudat telah bertukar berupa wajah menjadi pusat pelancungan tersibuk di Sabah buat masa ini.

Niat Datuk Musbah dalam jihadnya membasmi kemiskinan tidak sahaja tertumpu kepada masyarakat Bajau atau Iranun yang mana kedua-dua suku ini mempunyai talian kekeluargaan kepada beliau. Tetapi sebaliknya suku kaum Dusun dan Ubian tidak dilupakan kerana kedua-dua bangsa ini juga mempunyai hak mendapat pembelaan kepada beliau. Sebab itu Projek Agropolitan yang diperjuangkan olehnya juga telah memberi nafas baru kepada bangsa Dusun khususnya di kawasan Dudar dan kawasan Kadamaian. Kedua-dua kawasan ini lokasi penanaman padinya tidak begitu luas. Justeru itu bagi membantu suku kaum ini keluar dari kepompong kemiskinan Datuk Musbah telah membawa satu pakej pertanian yang menyediakan rumah-rumah, kemudahan asas seperti air dan letrik yang lebih dikenali Projek Agropolitan. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan kehidupan, keluarga yang bernasib baik menyertai program ini akan dapat menikmati peningkatan ekonomi yang mendadak. Saya memetik kata-kata seorang pemimpin masyarakat di kawasan Dudar Saudara Abar Gumpar melahirkan rasa gembira di atas pengorbanan Datuk Musbah membangunkan ekonomi golongan miskin di kawasan ini.

Jihad membela orang miskin yang diperjuangkan oleh Datuk Musbah telah juga memberi impak baik kepada bangsa Ubian di kawasan Pulau Mantanani dan kawasan perkampungan nelayan di Kg. Baru-Baru, Kg Buah Pandai dan Kg Kuala Abai. Selain menyediakan peralatan penangkapan yang lebih baik, Datuk Musbah telah memberi kemudahan pinjaman kepada nelayan-nelayan yang berminat memperbesarkan operasi penangkapan melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Perikanan, Ko- Nelayan dan LKIM. Kemudahan seperti ini menjanjikan penangkapan ikan yang banyak khususnya di lokasi laut dalam. Projek secara berkumpulan ini telah memberi keuntungan kepada nelayan yang terlibat menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Untuk memastikan misi Jihad yang diperjuangan oleh Datuk Musbah ini mencapai matlamat ke sasarannya, beliau sendiri turun padang melihat dan menyiasat kepayahan kehidupan mereka yang memerlukan bantuan. Pernah sekali Datuk Musbah terpaksa berjalan kaki merentasi hutan belukar untuk sampai ke rumah seseorang yang telah dilaporkan kepadanya oleh seseorang pemimpin tempatan di daerah mengundi Timbang. Meksipun keadaan keluarga itu amat menjijikan jika di pandang, Datuk Musbah sedikitpun tidak merasa jijik mendekatinya dengan lebih dekat lagi. Berbagai-bagai soalan yang diajukan oleh beliau kepadanya. Dengan nada yang cukup menhayat hati menjawab dengan bertanyakan Datuk Musbah samada ada membawa beras. Begitu sekali kemiskinan yang dialami oleh keluarga tersebut, nasib baik pada waktu itu Datuk Musbah dan rombongan membawa sedikit bekalan makanan lantas diberikan kepada keluarga tersebut untuk di jamah. Begitu sekali ketelitian Datuk Musbah memastikan golongan Miskin dapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan.

Dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat , Datuk Musbah tidak juga melupakan mereka yang di timpa kesusahan, lihat sahaja kunjungan beliau kepada orang-orang yang di timpa kemalangan seperti rumah keluarga Raflis di Kampung Tamau dan kebakaran yang berlaku di kampung jawi-jawi. Meksipun peristiwa itu hampir setahun lamanya berlaku kedua-dua keluarga ini telah dapat mendirikan semula rumah yang terbakar tadi dengan bantuan Datuk Musbah. Satu peristiwa yang menghayatkan hati Pak Nujum ialah kunjungan Datuk Musbah kepada adik Sail di Kg. Taun Gusi Peninting, seorang pelajar yang sedang terlantar di atas katil sakit kanser. Semasa artekil ini di tulis pelajar ini telah pun menemui maha kuasa kerana beliau telah pun meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

Datuk Musbah juga sentiasa mengenanng pejuang-pejuang lama dan pemimpin parti yang di timpa kesusahan. Kunjungan beliau kepada Mak To Aning di kg Labuan merupakan satu bukti bahawa Datuk Musbah sentiasa mengingati pejuang-pejuang lama, apa lagi Mak To Aning merupakan pejuang semasa kemerdekaan. Demikian juga kunjungan beliau kepada rumah ketua cawangan UMNO di Kg. Labuan Datu Selan telah menyuntikkan semangat pesakit jantung ini untuk berjuang melawan penderitannya. Allhamdullialah pada hari ini Datu Selan telah mula sihat seperti biasa.

Kesimpulannnya dapatlah dikatakan bahawa Datuk Musbah merupakan seorang pemimpin yang mempunyai jiwa memperjuangkan masyarakatnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Walaupun beliau baru bermula, namun dalam masa yang singkat usaha dan penat lelah beliau telah mula dinikmati oleh semua lapisan masyarakat Kota Belud. Dengan doa mereka yang berada di dalam kemiskinan dan mereka yang di timpa musibah tidak mustahil dalam PRU ke 13 Datuk Musbah pasti menjadi calun Barisan Nasional di kawasan Tempasuk. Amin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

0 ulasan: