BULAN RAMADHAN DAN IMARAH DATUK MUSBAH DI MASJID

on Rabu, 18 Ogos 2010






Ketibaan Bulan Puasa menyemarakkan lagi semangat Datuk Musbah turun padang. Kali ini beliau melawat keseluruhan Masjid di kawasan Tempasuk dan beberapa buah masjid yang terdapat di daerah Kota Belud. Beliau sentiasa di iringi oleh beberapa ketua-ketua Jabatan yang diketuai Oleh Pegawai Daerah kota Belud En Abd. Gari Haji Intam berserta rombongan daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian Kota Belud En Awadnir Matanggal dan beberapa pemimpin UMNO Bahagian kota belud yang lain.

Setiap kali Datuk Musbah melawat ke masjid beliau, akan mengambil kesempatan dengan jemaah yang hadir untuk beramah mesra dengan mereka. Meksipun misi beliau melawat ke masjid hanyalah untuk serta mengerjakkan sembahyang tarawih, namun segala permasalahan yang dipersembahkan kepada beliau akan diambil perhatian untuk tindakan selanjutnya. Sikap Datuk Musbah yang mudah mesra amat disenangi oleh jemaah masjid yang dikunjungi oleh beliau, dan tahun ini masjid yang mula dilawati untuk berbuka puasa dan sembahyang tarawih ialah di Masjid Kg Rampayan Laut dan Masjid Kg. Kayu Putih.

Seperti biasa setiap kali Datuk Musbah berkunjung di masjid-masjid yang dilawati selain beliau akan bersembahyang tawarih dengan jemaah masjid, beliau juga akan menghulurkan sedikit sumbangan dalam bentuk peralatan masjid ataupun berupa wang ringgit. Penampilan yang bersederhana dalam kehidupan Datuk Musbah membuatkan wakil rakyat ini tidak merasa kekoh bila mengunjungi setiap masjid. Beliau bergaul tanpa mengenal golongan dewasa mahupun golongan kanak-kanak, samada mereka itu golongan yang berada ataupun mereka itu dari keluarga yang susah. Semuanya dilayan sama rendah sama tinggi. Inilah sifat dan sikap terpuji Datuk Musbah yang tidak dimiliki oleh pemimpin-pemimpin yang ada di Kota Belud.

Oleh kerana beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang susah, beliau amat memahami kesangsaraan yang dialami oleh semua lapisan masyarakat yang ada di daerah Kota Belud. Meskipun banyak rintangan yang dilaluinya, sedikitpun tidak melunturkan semangat beliau untuk berjuang mengangkat martabat ekonomi masyarakat Kota Belud setanding dengan kemajuan masyarakat yang telah jauh maju di dalam negara kita yang tercinta ini. Projek JELAPANG PADI DAN AGROPOLITAN adalah program terbesar yang akan membuatkan nama Datuk Musbah dikenang sepanjang zaman oleh penduduk-penduduk miskin di daerah ini.

Sebab itu dalam bulan yang mulia ini Datuk Musbah menggunakan peluang melawat masjid yang telah diatur oleh pihak Pejabat Daerah Kota Belud untuk terus menyelami kehidupan masyarakat dalam memastikan permasalah yang di sampaikan oleh mereka akan dapat pembelaan dengan kadar segera.

0 ulasan: