CERITA SANG KANCIL MENJADI RAJA RIMBA

on Isnin, 30 Ogos 2010


Cerita Sang Kancil menjadi raja di dalam rimba sesuatu yang dianggap ganjil di dengar atau diceritakan. Namun cerita seperti ini tidak mustahil berlaku kerana spesis haiwan Sang Kancil memang terkenal dengan kepintarannya mengalahkan haiwan-haiwan yang lain. Dalam cerita legenda kanak-kanak banyak sekali menggunakan watak haiwan Sang kancil bagi menggambarkan kepintaraannya mengalahkan haiwan-haiwan yang gagah seperti buaya, harimau, gajah dan sebagainya. Sebenarnya dalam sesuatu cerita versi melayu ada messege yang hendak disampaikan kepada pembacanya, yang bertujuan untuk memberi gambaran kepada kita supaya melakukan sesuatu tugas itu dengan bijaksana.


Kali ini Pak Nujum cuba mengaitkkan kebijakkan haiwan Sang Kancil mengalahkan haiwan-haiwan yang gagah di rimba dengan perjalanan hidup Datuk Musbah dalam politik Kota Belud dan bagaimana beliau dapat menjenakkan beberapa tokoh-tokoh yang telah ternama di negeri Sabah. Umum tahu Datuk Musbah hanya bermula keria hidupnya sebagai seorang peniaga kecil-kecilan di Kota Belud, kemudian ianya menceburikan dalam politik dengan menjadikan parti USNO sebagai wadah perjuangannya suatu ketika. Dari awal penglibatannya dalam politik, Datuk Musbah memperlihatkan kematangannya berpolitik dengan meletakkan keihklasan dan kejujurannya sebagai landasan perjuangannya.

Sebab itu hanyalah beliau sahaja pemimpin daerah Kota Belud yang berpaksikan keikhlasan dan kejujuran masih mampu bertahan dan dapat menyaingi pemimpin-pemimpin yang tidak berpendirian tetap dengan menjadikan jawatan dan kuasa sebagai landasan politik mereka. Rekod politik bersih Datuk Musbah juga tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin Kota Belud yang tidak pernah berpindah Parti. Kalau dibandingkan dengan Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar mereka telah menjadi ahli parti yang berbagai-bagai. Mereka sanggup bersekongkol dengan lawan mereka satu ketika asalkan matlamat mereka untuk mendapatkan jawatan dan kuasa akan tercapai.

Sebab itu apabila mereka bergabung dengan membentuk satu pasukan menentang Datuk Musa Aman tidak menghairankan mana-mana pihak, mekspin kedua-dua tokoh ini tidak sependapat dalam berbagai perkara. Apabila kedua-dua tokoh ini kehilangan kuasa dan jawatan, maka mereka perlu bersatu membentuk satu pasukan yang berwadahkan USBO bagi memberi tekanan kepada Datuk Musa Aman dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil perhatian kepada pasukan yang mereka bentuk ini. Saya masih ingat seorang kawan yang sempat menceritakan kata-kata Tan Sri Pandikar tentang kebenciannya kepada Datuk Salleh Tun Said. Menurut beliau Tan Sri Pandikar pernah mengeluarkan kata-kata bahawa " kalau tiada perintah Salleh wajib disembelih" . Begitu sekali kebenciaan Tan Sri Pandikar kepada Datuk Salleh satu ketika kerana benci cara politik Datuk Salleh yang penuh muslihat dalam mengekalkan jawatan dan kuasa di Kota Belud. Tan Sri Pandikar juga pernah menerima tempias sepak terajang Datuk Salleh.

Tetapi hari ini semuanya itu tinggal memori yang dijadikan mereka sempadan dalam membentuk pasukan untuk mendapatkan kuasa dan jawatan. Lihat sahaja bagaimana permusahan Datuk Salleh dan Datuk Musa Aman tetapi akhirnya hari ini bukan main akrab lagi mereka. Umumnya dalam situasi politik negeri Sabah yang tidak menentu segala-galanya boleh berubah asalkan matlamat yang diingini akan tercapai. Dalam dua insan ini antara Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh, kita sudah dapat merasakan bahawa Datuk Salleh mempunyai agenda sesuatu yang pasti sudah dapat dicium oleh Datuk Musa bagi menyelamatkan keria politiknya di Sabah.

Bagaimanapun kehebatan Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar satu ketika mereka ini telah ditewaskan oleh seorang hulubalang hebat dan mereka ini terpaksa akur akan kehebatan hulubalang itu. saya merujuk kepada perjalanan politik Datuk Musbah pada tahun 2004 apabila pada masa itu Datuk Salleh yang memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud tidak berani berhadapan dengan Datuk Musbah merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Sebenarnya awal-awal lagi beliau telah dapat mengetahui kekuatan Datuk Musbah pada ketika itu, mahu tidak mahu walaupun beliau masih mahu memegang jawatan Ketua UMNO Kota Belud, beliau terpaksa melepaskannya begitu sahaja. Bagi beliau daripada tewas di tangan Datuk Musbah lebih baik mengalah sahaja. Bagi membolehkan beliau mengatur strategi seterusnya menentang Datuk Musbah pada masa akan datang.

Bermula dari tahun 2004 UMNO Kota Belud telah berada di bawah kepimpinan Datuk Musbah, pada masa ini juga kedudukan UMNO bahagian Kota Belud betul-betul berada di ambang kegemilang. Datuk Musbah telah menumpuhkan perhatian penuh untuk memastikan bahagian UMNO Kota Belud di segani di seluruh Sabah. Dalam sejarah UMNO Kota Belud juga ianya mempunyai pejabat Exlusif dengan dibekali rangkaian teknologi komputer yang canggih. Semua kemudahan seperti ini, sebelum ini tidak pernah disediakan oleh Datuk Salleh sewaktu beliau memimpin UMNO Kota Belud.

Penampilan Datuk Musbah sewaktu menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud telah mengerunkan Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar. Bagi memastikan kehebatan Datuk Musbah ini tidak bertapak sehingga ke peringkat akar umbi sehinggakan mereka tidak berpeluang lagi berpolitik di Kota Belud. Mereka dalam diam-diam telah membentuk satu pasukan untuk memastikan Datuk Musbah kalah dalam pemilihan UMNO Kota Belud. Sebab itu pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud 2008 merupakan hidup dan mati politik kedua-dua pemimpin ini. Andai kata mereka tewas pada masa itu keria politik mereka akan berkubur sama dengan kekalahan mereka dalam pemilihan itu.

Apa pun ceritanya Datuk Musbah yang dianggap binatang kecil di umpamakan Sang Kancil telah berjaya menjadi raja rimba dalam satu masa. Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar yang diumpamakan harimau dan beruang terpaksa akur akan kebijakkan Datuk Musbah sehinggakan mereka terpaksa mengembeling keseluruhan tenaga mereka bagi memastikan Datuk Musbah tersungkur. Meksipun cerita Pak Belalang hanya menggunakan perumpamaan,yang pastinya messege yang disampaikan ialah KALAU BUKAN KERANA GABUNGAN DATUK SALLEH DAN TAN SRI PANDIKAR SERTA MUSLIHAT JAHAT MEREKA BERDUA. Datuk Musbah Masih Ketua Bahagian UMNO Kota Belud.

0 ulasan: