PENINGKATAN EKONOMI RAKYAT KEUTAMAAN DATUK MUSBAH

on Jumaat, 2 Julai 2010



Pendekatan yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kawasan N6 Tempasuk amat berbeza dengan wakil rakyat yang ada sekarang mahupun wakil rakyat yang telah berlalu. Sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai wakil rakyat N6 Tempasuk beliau telah banyak menumpuhkan perhatian kepada projek-projek yang boleh membawa kepada peningkatan ekonomi penduduk di kawasan Tempasuk.

Antara projek yang telah berjaya diusahakan olehnya ialah projek JELAPANG PADI dan projek AGROPOLITAN yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kawsan Kota Belud. Projek JELAPANG PADI telah membawa kepada petani dunia baru dalam penanaman padi yang lebih bersistem dan dapat menghasilkan hasil padi yang amat lumpayan. Pengairan sawah padi tidak lagi bulat-bulat mengharapkan air hujan untuk tujuan menanam padi,tetapi sebaliknya hanya menanti musim penanam padi supaya pengeluaran padi lebih teratur dan mudah untuk proses pembajakan. Penderitan petani Kota Belud akan berakhir satu persatu dengan siapnya kedua-dua projek ini.

Sikap Datuk Musbah mengajak rakyat supaya sentiasa mengejar peluang yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional melalui pertemuaan-pertemuaannya dengan masyarakat Kota belud, beliau sentiasa menasihati rakyat untuk berubah menceburi peluang-peluang yang tersedia kini. Dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam dunia koperat dan sebagai wakil rakyat beliau tidak banyak bercakap soal politik, tetapi sebaliknya beliau sentiasa memberi perancang dan semangat kepada rakyat supaya membuka minda dan merebut peluang yang tersedia bagi mengubah kehidupan yang lebih baik daripada masa-masa yang lalu.

Setiap hari beliau sentiasa menerima kunjungan masyarakat yang mengadu mengenai berbagai-bagai masalah, dari masalah ekonomi, pendidikan sehingga kepada masalah peribadi. Namun beliau sedikitpun tidak merasa bosan atau malas dalam melayan rakyat yang menemuinya, peluang pertemuan seumpama ini diambil kesempatan olehnya untuk memberi sedikit resipi dengan memaklumkan kepada mereka tentang usaha-usahanya membawa masyarakat Kota Belud ke mercu kehidupan yang lebih baik dari sekarang.

Berbanding tokoh politik lain yang ada di Kota Belud dari pagi hinggalah beliau melelapkan mata topik perbincangan hanya berkisar soal politik, isu Datuk Musa Aman diganti sebagai Ketua Menteri dan siapa wakil rakyat dalam PRU13 nanti sentiasa dimainkan. Kelemahan pemimpin sentiasa dijaja sana sini, malahan ada isu yang dimainkan itu adalah fitnah semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan keria politik seseorang. Tetapi berbeza dengan Datuk Musbah yang sentiasa membicarakan soal peningkatan kehidupan dan membawa minda mereka memikirkan bagaimana ekonomi rakyat yang ada dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik lagi.

0 ulasan: