MENYUSUR AKAR TAK AKAN HILANG BISANNYA

on Selasa, 6 Julai 2010



“Menyusur akar tak akan hilang bisanya” satu pepatah melayu yang berhubungkait dengan aktiviti rutin yang sentiasa dilakukan oleh YB Datuk Musbah setiap hari. Pengalaman pahit yang dilalui semasa kecil-kecil telah dijadikan aspirasi wakil rakyat ini dalam menyelami kesusahan kehidupan rakyatnya di kawasan Tempasuk. Setiap kali beliau turun padang meninjau projek-projek yang sedang rancak di kawasan Tempasuk beliau mengambil kesempatan melawat penduduk yang memerlukan bantuan samada ianya berbentuk perumahan, makanan atau barang-barang keperluan.

Lawatan baru-baru ini ke daerah mengundi Dudar telah diambil kesempatan untuk melawat seorang penduduk yang tinggal di sebuah rumah usang dan daif, merenung rumah yang dipaparkan olehnya melalui blognya baru-baru ini rumah ini hanya wajar dijadikan tempat tinggal bagi mereka yang menghalau pipet di tengah sawah. Keluarga yang dimaksudkan ialah keluarga Pilang yang kini hidup dalam kemiskinan.

Atas kesedaran tanggugjawab sebagai wakil rakyat beliau menjanjikan sebuah kehidupan yang baru bagi keluarga Pilang di masa akan datang. Sikap dan aktiviti seumpama ini bukanlah perkara baru dalam kehidupan Datuk Musbah sebagai wakil rakyat. Sebagai orang kenamaan tempat beliau sepatutnya hanya dihabiskan bersama-sama menteri atau orang-orang kenamaan yang lain bagi tujuan bertukar-tukar pendapat bagi membawa lebih banyak pembangunan di kawasan tempasuk. Tugas seperti ini sepatutnya boleh dilakukan oleh Pegawai Kemajuan Rakyat atau Pemaju Mukim yang telah dipertanggungjawabkan. Tetapi Datuk Musah tidak menyerah bulat-bulat tanggungjawab ini kepada pegawai-pegawainya. Beliau sendiri turun padang bersama pegawai kerajaan yang berkenaan untuk meenyaksikan sesahihan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat secara dekat melalui penglihatan matanya sendiri.

Kawasan Dudar satu ketika amat rumit dihubungi kerana jalanrayanya yang masih belum bertar menyebabkan kawasan ini jauh ketinggalan dari arus pembangunan, Pemimpin UMNO seperti Abar Gumbar telah beberapa kali menyiarkan dalam surat-surat khabar tempatan tentang masalah jalanraya yang tidak pandai selesai sejak zaman merdeka lagi. Akhirnya penduduk kampung dan kampung-kampung yang berhampiran menarik nafas lega apabila jalanraya yang dinantikan begitu lama telah diluluskan oleh kerajaan dan kini ianya dalam pembinaan, semua ini adalah hasil usaha wakil rakyatnya Datuk Musbah.

Datuk Musbah tidak sahaja mengutamakan soal-soal pembangunan infrakstruktur, malahan peningkatan ekonomi merupakan keutamaan beliau, dengan perlaksanan penanaman getah secara berkelompok di kawasan ini telah merancakkan lagi sumber ekonomi panduduk di kawasan Dudar, Sarang, Rampayan Ulu dan Kampung Mandawang. Dengan demikian sasaran beliau untuk membasmi kemiskinan di kawasan Kota Belud akan tercapai dalam masa yang singkat dari target yang ditentukan oloeh kerajaan.

Sebagai rakyat yang kebetulan tinggal di kawasan Tempasuk merasakan bahawa Datuk Musbah akan dapat menyelesaikan semua permasalahan yang membelenggu kawasan Tempasuk dalam tempoh yang singkat. Kesungguhan dan komitmen Datuk Musbah turun padang telah membantu mempercepatkan usaha untuk membawa kawasan Tempasuk mencapai daerah Maju seiring dengan dasar Kerajaan untuk menjadikan Negera ini menjadi negara maju pada tahun 2020.

0 ulasan: