IMPAK JELAPANG PADI MULA DIRASAI

on Jumaat, 18 Jun 2010




Meksipun projek JELAPANG PADI yang dinantikan oleh keseluruhan warga petani daerah Kota Belud masih dalam proses perlaksanan impaknya kepada petani mula dirasai kini. Suatu ketika sawah padi yang tidak pandai kering kerana air yang berlebihan mula dapat dikeringkan dan memudahkan pesawah melakukan hamburan baja padi semasa anak padi dalam usia 1 minggu hingga sebulan kerana sistem perparitan yang sedang dalam pembinaan memudahkan air sawah dikeringkan dengan segera. Kesannya pembesaran anak padi berlaku dengan baik sekali dan serangan serangga perosak sekalipun dapat diatasi dengan mudah.

Satu masalah yang telah dapat diselesaikan ekoran dari pembinaan Projek Jelapang Padi ini ialah ianya telah dapat mengatasi masalah banjir yang sentiasa berlaku di beberapa tempat apabila sahaja berlakunya hujan lebat, misalnya di KG. Linau dan KG. Peninting Taun Gusi. Penambahbaikan sistem perparitan di kawasan berkenaan memudahkan air hujan dapat dialirkan terus ke kawasan sungai dan sedikit sebanyak telah menyelesaikan masalah banjir kilat yang sentiasa berlaku.

Pembinaan infrakstruktur ke kawasan sawah padi kini telah memudahkan petani-petani menghubungkan sawah dengan kereta pengangkut bagi tujuan mengangkat baja dan mengeluarkan hasil padi untuk dikeluarkan dan dihantar ke kilang padi untuk dijual. Mengimbau kesangsaran yang dialami oleh petani amat menyedihkan ada yang diantara mereka mengalami berbagai penyakit kerana mengangkat baja yang berpuluh-puluh kilogram ke tengah sawah. Namun kini kesangsaraan yang dilalui bertahun-tahun itu telah berakhir dengan pembinaan jalanraya sawah padi yang menghubungi sawah padi melalui pakej projek Jelapang Padi yang sedang dalam pembinaan.

Hasil padi sebelum pembinaan Projek JELAPANG PADI tidaklah seperti yang diharapkan oleh petani kerana itulah daerah Kota Belud telah diistihar sebagai antara daerah yang paling ramai rakyat yang termiskin. Namun kini petani mula menarik nafas lega apabila Impak projek JELAPANG PADI mula dirasai. Seorang Petani Saudara Sapuan dari kampong Pantai Emas yang sempat saya temui menceritakan kepada saya bagaimana hasil padinya telah meningkat berlipatganda. Sawah padi 5 ekar yang diusahakannya selama ini telah dapat menghasilkan jualan padi mencerca RM 20,000.00 semusim, sedangkan sebelum sistem perparitan dinaiktaraf melalui projek JELAPANG PADI beliau hanya dapat mengutip hasilan jualan padi hanya cukup-cukup makan dan kadang-kadang mengalami kerugian.

Peningkatan hasil padi menyebabkan pendapatan pekilang-pekilang dikawasan Kota Belud telah berlipatganda dan kadang-kadang kilang-kilang padi di daerah Kota Belud tidak dapat menampung pertambahan hasil jualan padi yang semakin bertambah setiap tahun. Seorang anak muda yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan padi iaitu Saudara Mohd Nizamuddin Hamid melaporkan bahawa beliau tidak dapat menampung pembelian hasil padi yang semakin bertambah kini. Menurut beliau yang kini hanya menjaga petani yang mengusahakan hanya dalam 100 ekar telah mula kekurangan modal wang kerana hasil padi yang semakin bertambah dijual dikilangnya. Anak muda ini meksipun sebelum ini mempunyai perniagaan kereta sewa di ibukota Kuala Lumpur beliau sanggup pulang ke Kota Belud dan menceburkan diri dalam dunia perniagaan kilang padi kerana dapat mencuim keuntungan yang berlipatganda melalui impak PROJEK JELAPANG PADI yang sedang rancak dijalankan.

Meksipun Projek Jelapang Padi baru dari peringkat permulaan pembinaannya namun hasrat wakil rakyatnya YB Datuk Musbah Haji Jamli Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah untuk melihat pendapatan para petani di kawasannya meningkat mula dapat dirasai. Kini suasana ekonomi daerah Kota Belud semakin hari semakin bertambah baik, misalnya restoran yang satu ketika merai jualan sekitar rm 1,000.00 sehari telah bertambah berlibat ganda jualannya sehingga ke rm 4,000.00 ke atas. Kota Belud yang dikemudi oleh YB Datuk Musbah sebagai antara wakil rakyat yang ada di Kota Belud telah berjaya membawa ekonomi Kota Belud ke landasan yang baik ekoran pembangunan ekonomi yang dapat meningkatkan dan memacu ekonomi penduduk Kota Belud.. "SYABAS DATUK MUSBAH TERUSKAN PERJUANAGAN"................................!

0 ulasan: