POLITIK PERPADUAN ASPIRASI DATUK MUSBAH

on Selasa, 13 Julai 2010


Mentaliti Datuk Musbah dalam berpolitik meletakkan perpaduan kaum sebagai aspirasi beliau menyatupadukan semua kaum di daerah Kota Belud, satu kelainan yang tidak dimiliki oleh pemimpin yang seangkatan dengannya. Menerusi konsep ini beliau telah memberi peluang yang luas kepada anak muda seperti golongan belia merebut peluang yang tersedia tanpa menyekat peluang itu kepada mereka. Lihat sahaja betapa ramai golongan politik yang lahir di kawasan Tempasuk yang dipoluporinya sejak zaman USNO lagi, jika dibandingkan dengan kawasan lain seperti Usukan dan Kedamaiaan. Kelahiran pemimpin di kawasan Tempasuk tidak juga dimonopoli satu suku kaum sahaja, akan tetapi ianya turut diceburi oleh pelbagai kaum yang mendiami kawasan Tempasuk.

Setiap kali pemilihan UMNO samada ianya pemilihan AJK bahagian atau pemilihan wakil 7. Calun-calun dari kawasan Tempasuk lebih ramai yang menang berbanding dengan kawasan Usukan atau Kedamaian. Ini membuktikan Datuk Musbah sedikit pun tidak menghalang atau menyekat peluang-peluang politik bagi mereka yang menceburinya. Malahan ada di antara mereka di dorong atau di ajar supaya berjuang membela rakyat secara ikhlas tanpa mengharapkan habuan atau jawatan. Perjuangan yang ditunjukkan olehnya kepada pelapis politik lebih bersifat satu perjuangan yang bersirikan pemerintahan Khulafah Al Raisdin iaitu pemerintah islam selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Kekerapan beliau turun padang meninjau dan menyaksikan sendiri keperitan yang dialami oleh rakyat Tempasuk adalah sifat-sifat yang ada dengan Khulafah Al Rasiddin kedua iaitu Syaidinah Omar Al Khattab semasa pemerintahannya. Iaitu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadinya. Ini juga selaras dengan dasar pemerintahan Perdana Menteri Kita hari ini yang berkonsepkan ‘RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.

Mengimbau peristiwa yang dilaluinya sepanjang menceburi politik sejak zaman USNO dapat menjelaskan bahawa Datuk Musbah sebenarnya pendepani segala dasar-dasar kerajaan kita hari ini. Umpamanya Konsep ‘RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ telah lebih awal diamalkan oleh beliau sejak UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Peristiwa tahun 1994 apabila tidak dicalunkan oleh parti UMNO dalam pilihanraya menggambarkan bahawa Datuk Musbah benar-benar mendukung konsep “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”, beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jentera Parti UMNO pada masa itu untuk memastikan kemenangan Kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sebagai calun Barisan Nasional. Sedikitpun tidak terlintas dalam jiwa beliau mengkhianati perjuangannya, meksipun sebenarnya beliaulah yang paling layak dicalunkan pada masa itu kerana beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kawasan Tempasuk mejoriti pengundinya adalah dari ahli-ahli UMNO. Tetapi oleh kerana konsep Barisan Nasional yang memberi peluang kepada calun dari Parti AKAR menjadi calun di kawasan Tempasuk, maka Datuk Musbah akur dan patuh kepada kehendak parti. Dalam perkara ini calun bukanlah penting bagi beliau akan tetapi sebaliknya kepentingan rakyat di dahulukan demi untuk membela rakyat yang tertindas di bawah pemerintahan Kerajaan PBS.

Demikian juga apabila beliau telah tewas dalam pemilihan Timbalan Ketua Bahagian satu ketika, beliau tetap bersama-sama dengan UMNO, kemudian pada tahun 2004 apabila beliau tidak dicalunkan dalam pilihanraya kerana fitnah musuh-musuh politiknya, Datuk Musbah sedikitpun tidak goyah, malahan bekerja keras membantu kemenangan kepada Tan Sri Pandikar Amin sebagai calun Barisan Nasional. Wal hal kalau ianya bertanding calun bebas pada ketika itu, peluangnya untuk menang amat cerah kerana perkhidmatannya sebagai wakil rakyat sangat cemerlang. Musuh politik Datuk Musbah menjangkakan bahawa beliau akan mengambil tindakan menentang calun Barisan Nasional pada ketika itu, namun sangkaan mereka meleset sama sekali apabila beliau tidak berbuat demikian kerana Datuk Musbah bukanlah sejenis orang yang mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi kepentigan rakyat.

Selepas tidak bergelar YB pada tahun 2004 beliau meneruskan khidmat sebagai pemimpin UMNO di daerah Kota Belud tanpa mencampuri urusan wakil-wakil rakyat pada ketika itu. Kesungguhan beliau memimpin UMNO Kota Belud telah membuka minda ahli-ahli UMNO Kota Belud dengan meminta beliau menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Melihat sokongan padu dan khidmat cemerlang Datuk Musbah terhadap ahli-ahli UMNO walaupun tidak bergelar wakil mengerunkan pihak lawan. Justeru itu penyandang Ketua Bahagian ketika itu Datuk Salleh Tun mengambil jalan mengalah dengan tidak mempertahankan jawatannya Sebagai Ketua Bahagian Kota Belud. Walau bagaimanapun seorang hamba Allah yang entah ke mana datangnya iaitu Datuk Yahya Lampong telah digunakan oleh musuh politik Datuk Musbah menentangnya dalam pemilihan itu. Melihat senario ketika itu Datuk Yahya Lampong bukanlah tandingan kepada Datuk Musbah, sebaliknya jika Datuk Salleh Tun Said sekalipun mempertahankan jawatan pastinya akan menerima kalahan yang amat memalukan di tangan Datuk Musbah. Mujurlah awal-awal lagi beliau telah dapat mencium bau kekalahannya ditangan seorang hubulang yang lahir dari orang biasa.

Kejayaan Datuk Musbah sehingga hari ini berpaksikan kepada keikhlasan dan kejujuran dan tidak sekali-kalipun menggunakan dasar pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa seperti yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin yang ada di Kota Belud.

Datuk Musbah meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya. Usahanya membangunkan pasarana kehidupan masyarakat Tempasuk dengan membawa Projek berimpak tinggi seperti JELAPANG PADI dan AGROPOLITAN membuktikan bahawa beliau mengutamakan kepentigan rakyat dari kepentingan dirinya sendiri. Beliau tidak sekalipun menggunakan dasar pecah dan perintah hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa atau jawatan, tidak seperti mereka itu yang menjadikan seseorang korban demi untuk kelangsungan politiknya, berapa ramai pemimpin UMNO yang menjadi mangsanya sepanjang kerianya memimpin UMNO Kota Belud. Arwah Haji Kadri Nanti sehingga mengembuskan nafasnya, niatnya untuk kembali bersama-sama dalam parti UMNO tidak kesampaian. Inilah natijahnya politik pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh kerajaan British semasa zaman penjajah. Sistem ini dimanipulasi oleh orang tertentu dengan niat untuk membunuh politik seseorang dalam mengekalkan kuasanya sehingga kiamat.

Mungkinkah kerana inilah juga Datuk Musbah masih gagah perkasa dalam dunia politik dan dunia perniagaan berkat dari keikhlasan melaksanakan tugasnya samada sebagai wakil rakyat atau pemimpin UMNO Kota Belud. Meksipun berbagai usaha dan sterategi yang digunakan untuk membunuh politiknya, namun Datuk Musbah masih seperti hari ini dan mungkin lebih hebat di masa-masa akan datang. Semunyanya kerana berkat usaha, keikhlasan, kejujuran, ketabahan, kesabaran, pengorbanan, dermawan, dan orang yang mendoakan kesejahteraannyanya dimakbulkan oleh Allah SWT.

0 ulasan: