SEJARAH PAHLAWAN EMBU ALI SENTIASA DALAM INGATAN PENDUDUK KOTA BELUD

on Rabu, 16 Jun 2010




Apabila Datuk Musbah bersama Jabatan Arkeb Negeri menjejaki sejarah perjuangan negarawan Kota Belud Panglima Embo Ali melalui peristiwa Peperangan Pandasan. Ada pihak yang terasa tertekan macam seperti " SIAPA YANG MAKAN LADA DIA YANG MERASA PEDAS".

Niat Datuk Musah bersama Jabatan Arkib Negeri Sabah adalah untuk membawa peristiwa perjuangan Panglima Embu Ali ke pengetahuan generasi hari ini betapa pengorbanan seorang pejuang mempertahankan tanah tumpah darah dari terus-terusan dijajah oleh penjajah sehingga sanggup mengorban jiwa raganya demi untuk mempertahankan tanah airnya tercinta.


Usaha murni ini telah dijadikan pihak-pihak tertentu untuk menyerang Datuk Musbah dan Jabatan Arkib dengan membawa mereka ke mahakamah kononnya mereka cuba membangkitkan api kemarahan penduduk Kota Belud terhadap mereka. Persoalannya siapa dalang disebalik usaha jahat ini.

Umum semua tahu bahawa sejarah Peperangan Pandasan banyak meninggalkan nostalgia kepada penduduk Kota Belud. Dalam peristiwa itu dua perkara penting yang telah berlaku pertama pengorbanan seorang pejuang yang telah mempertahankan tanah airnya daripada penjajah dan pengkhianatan anak murid kepada gurunya demi untuk mempertahankan kuasa dan wang ringgit.

Dua peristiwa ini diakui oleh generasi yang terlibat pada masa peperangan itu berlaku. Dan ianya disokong oleh bukti yang masih kekal sehingga ke hari ini. Hasrat Datuk Musbah dan Jabatan Arkib Negeri Sabah mengembalikan nostalgia peristiwa itu amatlah baik dari sudut ekonomi dan nilai sejarah yang mempunyai nilai yang tinggi untuk tontonan generasi akan datang.

Penonjolan sejarah Peperangan Pandasan akan menyebabkan lokasi itu akan menjadi tumpuhan pelancung untuk menyaksikan sendiri kesan-kesan peperangan itu berlaku. Kehadiran pelancung ini bukan sahaja meningkatkan ekonomi penduduk Kota Belud khususnya peniaga-peniaga akan tetapi dapat memberi peluang penduduk kampung yang tinggal dipersekitaran lokasi untuk melakukan perniagaan secara kecil-kecilan.

Bahan Sejarah yang ditemui mengakibatkan kawasan itu akan dinaiktaraf sebagai kawasan bersejarah dengan demikian nilai barang-barang yang berhampiran seperti tanah-tanah penduduk kampung akan melambung tinggi. Pelabur asing akan membeli atau menyewa tanah penduduk kampung dengan nilai yang tinggi.

Tetapi malangnya mereka yang takut dengan bayang-bayang mula terasa akan bahang yang mungkin mereka tanggung jika peristiwa peperangan Pandasan ini diketahuhi umum khususnya genarasi hari ini. Semua orang tidak dapat mengubah sejarah kerana sejarah adalah peristiwa yang telah berlaku suatu ketika yang akan menjadi memori ingatan kepada semua orang.

Sejarah tetap menjadi sejarah, pelakon-pelakon yang terlibat dalam sejarah mungkin akan mati akan tetapi peristiwa yang mereka lalui akan menjadi sejarah sampai bila-bila pun. Oleh yang demikian orang lain tidak perlu risau kerana usaha Datuk Musbah dan Jabatan Arkib Negeri Sabah ini hanyalah berupa tanggungjawab yang mereka pikul bersama.

0 ulasan: