DATUK MUSBAH PEMIMPIN IDOLA MASYARAKAT KADAZAN/DUSUN KOTA BELUD

on Ahad, 13 Jun 2010






Kemesraan dan keakraban Datuk Musbah dengan masyarakat Kadazan Dusun Kota Belud sememangnya tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Meksipun Datuk Musbah berbangsa bajau namun jiwanya bukan sahaja menambat perasaan masyarakatnya malahan telah menjadi idola masyarakat Kadazan Dusun yang diwakilinya di kawasan Dun Tempasuk. Di mana pun majlis yang diadakan dikawasan masyarakat Kadazan Dusun Kota Belud pastinya mendapat sambutan yang amat menggalakan.

Berbanding dengan pemimpin UMNO yang ada di Kota Belud samada yang terdahulu dan pemimpin masa kini, Datuk Musbah tetap mengatasi mereka dari segi sokongan daripada masyarakat Kadazan Dusun. Dalam dua pilihanraya yang ditandinginya iaitu dalam tahun 1999 dan pada tahun 2008 semasa menjadi calun UMNO di kawasan Tempasuk. Pengundi Kadazan Dusun di kawasan Rosok, Timbang, Dudar, Sarang, Taburan dan Mantanau Datuk Musbah tetap menjadi pilihan mereka.

Baru- baru ini dalam dua perayaan Pesta Menuai yang dianjurkan di kawasan Tempasuk iaitu di peringkat Dun Tempasuk diadakan di Dewan Kampong Tempasuk 1, meskipun tiada tetamu bergelar menteri Kabinet negeri Sabah. Kehadiran pengunjung masyarakat Kadazan Dusun hampir mencecah seramai 2,000 orang. Berdasarkan kehadiran ini dapat mengambarkan kepada kita bahawa kepimpinan Datuk Musbah amat diterima oleh masyarakat Kadazan Dusun Kota Belud. Demikian juga perayaan yang diadakan di mukim Rosok yang mana melibatkan 7 buah kampong yang terletak dalam mukim Rosok kehadiran masyarakat Kadazan Dusun hampir-hampir serupa sambutan yang diberikan sewaktu diadakan pesta menuai diperingkat DUN Tempasuk. Begitulah kepercayaan dan keyakinan masyarakat Kadazan Dusun terhadap kemampuan Datuk Musbah menjadi pemimpin semua kaum di daerah Kota Belud.

Semasa menghadiri majlis Pesta Menuai Peringkat Dun Tempasuk beberapa minggu yang lalu, Pengerusi penganjur ketika itu saudara Muji NC Ampau memuji usaha Datuk Musbah meningkatkan pendapat penduduk Kota Belud khususnya dalam membawa projek Megah seperti Projek JELAPANG PADI dan Projek Agropolitan yang bertujuan membawa perubahan pendapatan masyarakat Kota Belud. Daripada daerah yang dikatakan miskin satu ketika ke tahap daerah yang pesat membangun selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Negara kita maju pada tahun 2020. Di akhir ucapan itu Saudara Muji NC Ampau memberi semangat kepada Datuk Musbah supaya terus berusaha membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan Tempasuk. Satu ketika beliau mengelarkan Datuk Musbah ‘BAPA PEMBANGUNAN PERTANIAN DAERAH KOTA BELUD’. Datuk Musbah merupakan role Model pemimpin yang ingin dilahirkan oleh Perdana Menteri kita iaitu bercirikan pemimpin ‘1 MALAYSIA’. Kepimpinan Datuk Musbah merangkumi semua lapisan masyarakat yang mendiami daerah Kota Belud jelas mengambarkan yang kepimpinan beliau amat diterima oleh semua lapisan masyarakat Kota Belud.

0 ulasan: