DALAM DIRI DATUK MUSBAH MENGALIRNYA DARAH SEORANG PEJUANG

on Khamis, 27 Mei 2010



Aura darah pejuang Datuk Musbah terserlah sejak zaman USNO lagi, walaupun dalam usia yang begitu muda dan baru menceburi dunia politik Datuk Musbah telah mendapat kepercayaan Bapa kemerdekaan Tun Mustapah untuk bertanding di kawasan DUN Tempasuk atas tiket parti USNO menentang calun dari parti pemerintah ketika itu parti PBS. Meksipun percubaan pertama beliau ini gagal di tangan Saudara Robert Minggir, namun semangat beliau untuk bersama-sama dengan parti USNO tidak pernah luntur. Berbagai tawaran kepada beliau telah diberikan oleh parti pemerintah ketika itu yang bertujuan untuk memancing beliau menyertai PBS, tetapi semangat keperjuangan beliau tidak mudah digula-gulakan oleh bermacam-macam tawaran yang menarik.

Walaupun pada masa itu beliau baru menyinar dalam dunia perniagaan dan merupakan anak tempatan Kota Belud yang mampu bersaing dengan peniaga-peniaga cina Kota Belud. Peluang untuk mendapatkan projek-projek amat diperlukan bagi membantu mengaut kekayaan dalam masa yang singkat amat mudah jika menerima tawaran dari pihak pemerintah. Tetapi Datuk Musbah sanggup menolak tawaran itu semua demi untuk mempertahankan prinsip perjuangannya bersama-sama dengan Bapa Tun Mustapah.

Kesetiaan Datuk Musbah dengan parti USNO berakhir apabila beliau mengikuti jejak langkah bosnya Tun Mustapah menyertai UMNO dan parti USNO dibubarkan pada tahun 1990. Di dalam parti UMNO pertama kali beliau telah dipilih menjadi Timbalan Ketua UMNO bahagian, meksipun Tun Mustapah keluar daripada UMNO kerana tidak bersetuju beberapa perkara dengan pimpinan Kuala Lumpur, namun beliau masih bertahan dalam UMNO kerana bagi beliau prinsip perjuangan perlu dipertahankan walaupun barangkali beliau terpaksa membelakangkan orang yang membawanya dalam dunia politik iaitu Bapa Tun Mustapah.

Darah pejuang Datuk Musbah banyak kali teruji di dalam parti UMNO, antaranya buat pertama kali ujian itu ialah apabila pada tahun 1995 beliau telah tewas di tangan Saudara Awadnir Matanggal dalam mempertahankan jawatan timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud masa itu. Kekalahan beliau pada ketika itu kerana angkara campurtangan seseorang yang mahukannya tewas dalam pertandingan itu, itupun kerana masalah politik wang kalau tidak Datuk Musbah belum tentu tewas dalam pemilihan itu. Meksipun beliau tewas dalam pemilihan itu, namun semangatnya bersama UMNO tidak pernah berubah walaupun selepas itu beliau langsung tidak berjawatan dalam parti UMNO.

Berkat kesabarannya dalam perjuangannya, dalam pemilihan UMNO pada tahun 1998 beliau sekali lagi menewaskan saudara Awadnir Matanggal dalam pertandingan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Kemudian pada tahun 1999 Datuk Musbah telah dipilih menjadi calun UMNO di kawasan Tempasuk dan menang mudah mengalahkan parti PBS kerana sebelum ini beliau memang ramai pengikut khususnya di kawasan perkampungan Dusun, Bajau dan Iranun. Sepanjang menjadi wakil rakyat bermula tahun 1999 beliau mengambil pendekatan mesra rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat khususnya menyediakan pasarana yang boleh membantu meningkatkan ekonomi penduduk Tempasuk. Dalam masa inilah juga idea beliau untuk memperjuangkan Projek Jelapang padi yang bertujuan untuk membantu petani mendapat pasarana yang setanding dengan negeri-negeri yang berorentasikan padi seperti negeri Kedah, Perak, Kelantan dan sebagainya.

Kemudian pada tahun 2004 sejarah hitam melanda politik Datuk Musbah apabila beliau tidak dipilih menjadi calun DUN Tempasuk angkara fitnah pihak-pihak tertentu yang sengaja direka-reka dengan tujuan untuk menjatuhkan keria politiknya. Namun beliau tidak mengkhianati parti, malahan mengerahkan penyokong-penyokongnya menyokong Tan Sri Pandikar yang ketika itu telah dinamakan calun UMNO di kawasan Tempasuk. Beliau sendiri telah turun membantu calun UMNO memenangi pilihanraya itu dengan mejoriti besar.

Meskipun tidak bergelar Wakil Rakyat bermula tahun 2004 tetapi semangat yang dicurahkan kepada UMNO telah diperkuatkan lagi apabila beliau menawarkan diri bertanding Ketua UMNO bahagian pada tahun 2004 yang lalu. Kesetiaan beliau yang ditunjukan kepada parti UMNO telah menambat perhatian perwakilan dalam pemilihan UMNO pada tahun 2004 apabila beliau menewaskan Datuk Yahya Lampong dengan mejoriti yang besar iaitu lebih 200 undi. Harapan perwakilan UMNO Kota Belud menjadikan beliau pemimpin tidak disia-siakan, beliau telah melakukan perubahan besar kepada pengurusan UMNO Kota Belud dan mengeluarkan belanja wang sendiri untuk menyediakan pejabat UMNO Kota Belud yang dilengkapi kemudahan computer yang canggih dengan tujuan untuk melancarkan pentadbiran UMNO Kota Belud.

Kelibat Datuk Musbah itu telah mendapat pengiktirafan ahli-ahli UMNO Kota Belud dan pemimpin UMNO pusat. Sehinggalah pada tahun 2008 apabila beliau sekali lagi telah dipilih menjadi wakil rakyat kawasan Tempasuk seterusnya dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan industri makanan sabah. Semasa pilihanraya ke 12 rekod beliau memimpin UMNO bahagian Kota Belud dan Pengerusi Barisan Nasional Kota Belud terserlah apabila berjaya memenangkan ke empat-empat kawasan pilihanraya di Kota Belud. Datuk Rahman Haji Dahlan calun Parlimen Kota Belud yang dijangka menerima kekalahan kerana factor orang luar juga merai kemenangan berkat kerja keras Datuk Musbah sebagai Ketua UMNO Kota Belud. Meksipun cabaran semasa pilihanraya itu amat getir kerana ada sebilangan pemimpin UMNO Kota Belud itu sendiri telah mengkhianat dengan menyebelahi pembangkang.

Melihat pencapaian cemerlang yang ditunjukan oleh Datuk Musbah ini, maka musuh-musuh politik tradisinya di Kota Belud telah mula risau kerana peluang mereka akan musnah jika tidak dibendung lebih awal, lantas mereka telah bergabung tenaga menjatuhkannya dalam pemilihan UMNO Kota belud pada tahun 2008 yang lalu. Meksipun tewas dalam pemilihan itu semangat juang Datuk Musbah tidak sekali-kali berubah, malahan beliau telah melipatgandakan usahanya untuk memperlihatkan kepada penduduk Kota Belud bahawa apa yang diperjuangkannya selama ini ialah untuk membela bangsanya yang masih dalam belanggu kemiskinan dan masih dijajah pemikiranya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik.

Inilah Datuk Musbah, meksipun melalui liku-liku hitam sepanjang perjuangannya memertabatkan penduduk Kota Belud, namun prinsip perjuangannya membela rakyat miskin tetap menjadi keutamaan. Jika kita bandingan dengan pemimpin-pemimpin yang ada Di Kota Belud, mereka telah banyak menganggoti bermacam-macam parti semata-mata hanya untuk mempertahankan politik peribadi dan keluarga. “SYABAS DATUK MUSBAH TERUSKAN PERJUANGAN”.

0 ulasan: