DATUK MUSBAH BAPA PEMBANGUNAN DAN PEMODENAN PERTANIAN KOTA BELUD

on Isnin, 24 Mei 2010






Hujung minggu begini seperti biasa saya duduk di kedai kopi bersembang-sembang dengan rakan-rakan, topik perbincangan tidak terbatas daripada soal kehidupan sehingga soal politik semasa. Tiba-tiba seorang rakan melebel Datuk Musbah sebagai “BAPA PEMBANGUNAN PERTANIAN KOTA BELUD”. Lantas saya mengajukan soalan kenapa beliau berkata demikian, alasan beliau sungguh sempel “sebab Datuk Musbah telah dapat membawa projek JELAPANG PADI DAN AGROPOLITAN”. Seketika saya berfikir apa yang diperkatakannya ada kebenarannya, dua projek besar yang dijangka membawa impak yang besar kepada golongan petani apabila siap sepenunnya nanti.


Projek ini jugalah yang membawa nama Datuk Musbah sangat popular dikalangan petani kota Belud. Sebagai anak petani, saya masih dapat rasakan keperitan yang dialami oleh keluarga petani seperti kami ini. Suatu ketika sebelum tali air dapat disediakan oleh jabatan parit dan saliran daerah Kota Belud, kesusahan yang dialami oleh para petani amatlah dirasakan, mereka bukan sahaja tidak dapat hasil padi yang banyak akan tetapi sebaliknya mereka hanya dapat menanam padi apabila musim hujan turun. Walaupun ianya telah berlalu begitu lama, tetapi memori ini tidak akan dilupakan oleh anak-anak petani seperti saya.


Kejayaan Datuk Musbah membawa projek JELAPANG PADI DAN PROJEK AGROPOLITAN melegakan hati keluarga petani yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada air hujan untuk tujuan pengairan sawah Padi. Walau pun projek ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang singkat oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan, tetapi yang pastinya perlaksanaannya sedang rancak berjalan. Pusingan kewangan yan akan dapat dihasilkan ekoran daripada impak projek JELAPANG PADI ini dianggarkan lebih 200 juta ringgit, satu jumlah wang yang begitu banyak buat golongan petani. Mesteri kepergantungan keluarga petani kepada air hujan untuk penanaman padi secara keseluruhannya akan berakhir dalam tempoh yang singkat ini.


Sebagai persediaan kepada keluarga petani buat masa ini mereka sedang rancak meratakan tanah sawah dan membuka tanah-tanah yang terbiar sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu untuk dijadikan sawah padi. Bagi syarikat yang berorentasikan beras dan padi mereka kini sedang sibuk mencari tanah-tanah yang terbiar untuk disewakan. Walaupun PROJEK JELAPANG PADI DAN PROJEK AGROPOLITAN ini baru dimulakan, mereka telah dapat mencium pulangan hasil daripada impak kewujudannya projek ini.


Walaupun Projek JELAPANG PADI dan Projek Agropolitan dilihat projek megah bagi petani dan peladang, namun YB Datuk Musbah tidak melupakan nasib pekebun-pekebun kecil seperti penanam getah, penanam kelapa sawit, penanam koko dan tanaman kecil yang lain daripada arus pemodenan pertanian di daerah Kota Belud.


Membandingkan pencapaian pemimpin-pemimpin terdahulu dengan YB Datuk Musbah dalam isu pertanian yang menjadi asas kehidupan 90 % penduduk Kota Belud, Tidak terlaluan kalau saya membenarkan kenyataan kawan saya tadi bahawa YB Datuk Musbah adalah “BAPA PEMBANGUNAN DAN PEMODENAN PERTANIAN DAERAH KOTA BELUD”

0 ulasan: