SEJARAH HITAM 2004 BUAT DATUK MUSBAH

on Selasa, 6 April 2010




Satu-satunya peristiwa yang sukar dilupakan oleh Datuk Musbah dalam hidupnya ialah, peristiwa yang menimpa dirinya sebagai orang politik apabila tidak dicalunkan sebagai wakil rakyat UMNO di kawasan N6 Tempasuk pada tahun 2004 yang lalu. Penguguran Datuk Musbah pada tahun itu bukan kerana beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat N6 Tempasuk sepanjang tempoh dari tahun 1999 sehingga dewan undangan dibubarkan pada tahun 2004. Sepanjang masa itu Datuk Musbah telah membuat perancangan jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama untuk tercapai iaitu projek Jelapang yang menjadi realiti pada masa kini setelah beliau dicalunkan semula sebagai wakil rakyat kawasan ini. Belum pun hasilnya diperolehi daripada apa yang dirancangnya, musuh politik beliau telah mencari jalan untuk membolehkannya tidak dicalunkan dalam pilihanraya pada tahun 2004 yang lalu.

Satu perancangan bukan sahaja bertujuan untuk merosakan keria politiknya, malahan sanggup memalukan Datuk Musbah dengan memfitnah beliau kononnya tidak bermoral dan rasuah. Mereka sanggup mereka-reka cerita yang tidak berasas langsung dan seterusnya melaporkan Datuk Musbah ke SPRM atas tuduhan yang tidak manasabah langsung. Kalau benar Datuk Musbah itu seorang yang perasuh kenapa sampai sekarang ini beliau tidak diambil tindakan oleh pihak SPRM, apa juga kelebihan Datuk Musbah yang pada ketika itu hanya berstatus sebagai seorang wakil rakyat. Kalau benar SPRM itu tidak tegas dan boleh dirunding oleh mana-mana pihak, kenapa? Datuk Japlin yang berstatus sebagai pembantu menteri boleh juga tidur dalam lokap oleh SPRM. Ini bermakna badan SPRM tidak pernah memilih buluh dalam mengambil tindakan. Kalau orang kata Datuk Musbah itu terlalu rapat dengan ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman sebab itu tidak diambil tindakan oleh SPRM. Kalau ini yang menjadi ukuran kepada SPRM dalam mengambil tindakan sudah tentu Datuk Japlin tidak diambil tindakan sepertimana yang tidak dilakukan kepada Datuk Musbah kerana Datuk Japlin juga adalah orang kuat kepada Ketua menteri Sabah. Cuba kita fikir kebenaran fakta ini, ini bermakna Datuk Musbah sebenarnya telah menjadi mangsa fitnah yang langsung tidak berperikemanusian dan tidak bertamadun kerana semata-mata bertujuan untuk membunuh keria politiknya.

Mungkin ada juga yang ingin tahu kenapa? Ianya dilakukan oleh musuh-musuh politik beliau pada masa itu. Kepada mereka yang mahir dalam membaca pergolakan politik sudah tentu dapat memberi jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan ini. Mereka sebenarnya ingin melihat Datuk Musbah menjadi pengkhianat kepada parti iaitu keluar dari parti UMNO lalu menentang calun Barisan Nasional pada masa itu. Mereka sendiri tahu bahawa Datuk Musbah sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat pada tahun 1999 telah berjaya membina kekuatan pengaruh politik di kawasan Tempasuk kerana pendekatannya yang sentiasa mesra rakyat, sentiasa turun padang dan mudah didampingi walau dimana berada. Mereka mengharapkan dengan berbekalkan pengaruh itu Datuk Musbah akan bangun sebagai calun bebas untuk menentang calun Barisan Nasinonal Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Jika ini yang dilakukan oleh Datuk Musbah pada masa itu, dengan sendirinya perangkap mereka untuk mematikan politik beliau akan tercapai. Dan akhirnya kedudukan politik mereka di daerah Kota Belud tidak akan dapat dicabar sampai bila masa pun, kerana satu-satunya pemimpin yang berkemampuan memberi saingan kepada mereka di Kota Belud ialah Datuk Musbah.

Tetapi perancangan mereka ini sebaliknya meleset sama sekali kerana Datuk Musbah bukan sahaja memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Tan Sri Pandikar, malahan beliau telah bertungkuslumus memastikan kemenangan calun Barisan Nasional dengan mejoriti yang besar. Semua penyokong kuatnya disemua daerah mengundi dalam Dun tempasuk telah dikerah untuk membantu kemenangan kepada Tan Sri Pandikar.

Datuk Musbah bukan sahaja taat kepada perjuangan, akan tetapi sentiasa berpegang teguh kepada wasiat Bapa Tun Mustapah yang tidak pernah berganjah daripada landasan perjuangan meksipun diri mereka diperlakukan sebegitu rupa. Dengan pengalaman semasa menganggoti parti USNO yang masih mengalir dalam darahnya, Datuk Musbah begitu cekal berhadapan musuh-musuh politik yang lebih mahir menikam kawan dari belakang dengan cara tipu helah yang sangat licik.


2 ulasan:

Unknown berkata...

orang politik apa peringkat pun tidak lari dari isu..sedangkan PM pun difitnah apatah lagi setakat YB dan pembantu menteri. Janganlah diambil pusing sgt, asalkan YB beri perkhidmatan kepada rakyat dan ikhlas kepada Allah.

Yang jadi hakim adalah rakyat dan yang maha kuasa.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Kekanda MO,

Terima kasih KMO kerana sekali lagi berkongsi idea dengan adinda Nujumpakbelalang dalam isu ini. Saya juga bersetuju pendapat kekanda itu.