MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

on Rabu, 7 April 2010




“MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” itulah kata-kata Datuk Seri Sanusi Junid bekas Naib Presiden UMNO Malaysia, apabila beliau tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO pada suatu ketika. Ungkapan yang keluar dari mulut veteran UMNO itu sebagai menandakan rasa kecewanya dalam pemilihan yang berlaku pada masa itu. Kekalahannya sebagai penyandang Naib Presiden UMNO dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ini, juga bermulanya politik wang dalam UMNO. Dengan mengupas wang seringgit hingga ke wang seratus ringgit semasa meyampaikan ucapan penangguhan, beliau telah dapat memberi pemahaman kepada perwakilan pada masa itu betapa wang kini telah menjadi ukuran kepada seseorang untuk menjadi pemimpin dalam parti UMNO.

Dengan nada sinis menyindir Ahli Majlis Tertinggi UMNO beliau juga mengingatkan perwakilan bahawa pemimpin yang dipilih hanya kerana memberi wang lama-kelamaan akan membawa kehancuran kepada parti UMNO. Walaupun Datuk Seri Sanusi Junid telah bersara dalam dunia politik, namun kata-kata ini begitu sinonim kepada parti UMNO pada masa sekarang kerana setiap kali ahli UMNO yang berminat ingin menjadi pemimpin kena mempersiapkan diri dalam kewangan kerana hanya mereka yang mempunyai wang sahaja yang boleh bersaing dalam setiap kali pemilihan UMNO. Di dalam bahagian UMNO Kota Belud juga tidak terlepas dalam gejala ini, misalnya dalam pemilihan UMNO pada tahun 2008 mempaparkan bahawa siapa sahaja yang memiliki wang yang banyak tidak banyak masalah untuk menjadi pemimpin.

Walaupun Datuk Musbah telah menunjukkan prestasi yang cemerlang memimpin UMNO bahagian Kota Belud berbanding dengan penyandangnya sebelum itu, namun itu tidak lagi menjadi ukuran kepada perwakilan UMNO Kota Belud. Semasa Datuk Musbah memimpin UMNO Kota Belud, beliau telah membelanjakan ratusan ribu ringgit dengan menyediakan pejabat UMNO yang dibekalkan sistem kumpoter yang canggih dengan tujuan memertabatkan UMNO setanding dengan bahagian-bahagian UMNO di Malaysia. Tetapi semuanya itu tidak menjadi ukuran kepada perwakilan UMNO Kota Belud semasa membuat perhitungan memilih pemimpin UMNO bahagian tempoh hari.

Datuk Musbah tewas dalam pemilihan UMNO bahagian bukan kerana lemah semasa memimpin UMNO bahagian Kota Belud , akan tetapi kerana kalah dengan seterategi yang sangat licik. Pihak lawan telah menggunakan segala kekuatan yang ada iaitu wang, bantuan kaum keluarga dan sokongan pemimpin utama kaum Iranun serta janji-janji kononnya dengan kemenangan itu nanti pihak lawan akan dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Dengan janji pihak lawan ini kepada perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud, jika beliau menang dalam pemilihan itu nanti ,ada lagi imbuhan wang kepada mereka kononnya sebagai tanda rasa syukurnya kepada perwakilan kerana memberi kemenangan kepadanya. Tetapinya sebaliknya apa yang dijanjikan itu semuanya auta semata-mata kerana wang yang dijanjikan itu langsung tidak dibagi. Jawatan menteri yang dikatakan dijanjikan kepadanya telah ditukar kepada jawatan bagi mereka yang telah berpencen dalam arena politik.

Suatu ketika pihak lawan mengeluarkan satu surat kepada Datuk Musbah, kononnya di dalam daerah Kota Belud tidak ada pemimpin yang berkebolahan memimpin UMNO Kota belud melainkan Datuk Musbah. Kandungan surat itu, beliau memuji dan mengakui kebolehan Datuk Musbah memimpin UMNO Bahagian Kota belud semasa menjadi Timbalan Ketua Bahagian Kota belud. Surat misteri itu saya rasa masih dalam simpanan Datuk Musbah dan AJK bahagian yang sempat mendapat edaran. Datuk Musbah langsung tidak goyah pujian pihak lawan kerana beliau banyak melalui pahit dan manis bersama dengannya.

Sememangnya adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah. Tetapi istilah kekalahan bagi seorang pewira kerana perlawanan yang telus dan tanpa muslihat yang licik, barulah dia diiktirap gentlemen. Kalau umpama “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” baik bunuh diri kerana lambat laun segala tipu muslihat itu akan terbungkar akhirnya dan lama kelamaan membunuh dirinya kembali.

Kekalahan Datuk Musbah dalam pemilihan UMNO bahagian Kota Belud lebih disifatkan kekalahan seorang pewira kerana dia telah melaksanakan tugasnya sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Belud dengan cemerlang tanpa mengira wang ringgit yang dicurahkan berbanding dengan penyandangnya sebelum dan selepasnya.

0 ulasan: