MUSBAH MENGUBAH TRADISI

on Ahad, 4 April 2010




Setelah saya membaca komen Saudara Rojokobog dalam blog Datuk Musbah beberapa hari yang timbul ilham saya untuk mengimbas kembali scenario pemilihan UMNO Kota Belud tahun 2008 yang lalu. Apa yang diperkatakan oleh saudara Rojokobog itu sebenarnya benar-benar berlaku, kalau bukan kerana stragegi yang licik pihak lawan belum pasti Datuk Musbah tewas dalam pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud. Datuk Musbah bukan sahaja kalah dari segi perancangan yang terlalu licik malahan segala kekuatan pihak lawan telah dipergunakan untuk memastikan beliau kecundang. Daripada kekuatan Wang, bantuan keluarga dan bantuan sokongan yang tidak berbelah bagi Hogon Siou kaum Iranun bagi memastikan Datuk Musbah berputih mata pada masa itu. Mungkin setengah orang sahaja yang boleh membaca apa sebenarnya yang tersirat daripada misi yang terselit untuk memjatuhkan Datuk Musbah sebagai Ketua UMNO Bahagaian Kota Belud.

Sebagai pemerhati politik pada masa itu saya awal-awal lagi mengetahui misi mereka, untuk memastikan kekuatan Datuk Musbah sebagai Ketua Bahagian dinafikan kerana kalau beliau dibiarkan berterus-terusan memimpin bahagian akan menutup langsung peluang musuh-musuh politiknya berkecempung kembali dalam arena politik. Datuk Musbah bukan sahaja telah berjaya membawa UMNO bahagian ke puncak kecemerlang sepanjang UMNO bertapak di Kota Belud, malahan pengaruh beliau sebagai pemimpin daerah makin hari makin terserlah dan sukar di tandingi oleh mana-mana pemimpin khususnya mereka yang telah sama-sama pernah memperlihatkan aksi menjadi pemimpin kota Belud. Datuk Musbah sebenarnya cuba memecah tradisi dalam mengetengahkan pemimpin iaitu daripada pemimpin yang mesti lahir dari mereka yang berketurunan pemimpin daerah kepada siapa sahaja yang ada kebolehan memimpin boleh dijadikan pemimpin.


Jika kita lihat sendiri yang Datuk Musbah Jadi pemimpin pun kerana kebolehan yang ada pada dirinya sehingga rakyat Kota Belud bersatu menjadikan beliau pemimpin Kota Belud. Dari seorang peniaga yang berjaya dan kemudian diangkat menjadi pemimpin politik yang disegani di Kota Belud tanpa apa-apa tunjuk ajar dari sesiapa samada kaum keluarga atau siapa sahaja. Berbanding dengan Datuk Salleh Tun Said jadi pemimpin kerana beliau mempunyai darah keturunan pemimpin dari arwah ayahnya Tun Said, Tan Sri Pandikar yang mempunyai darah keturunan arwah ayahnya Haji Mulia, Datuk Abd. Rahman Haji Dahlan mempunyai darah keturunan Arwah Haji Dahlan. Cuma satu-satu pemimpin yang lahir dari orang susah ialah Datuk Japlin Hakim tetapi pemimpin ini sekarang seperti telur dihujung tanduk menanti pecah kerana tidak berkemampuan berhadapan keadaan yang terlalu mencabar. Dengan kes SPRM dan penggantungan keahliannya dalam UMNO membuatkan Datuk Japlin sendiri tidak mengetahui nasibnya di masa akan datang.


Berbeza dengan Datuk Musbah yang walaupun menerima berbagai tekanan, ancaman dan propaganda yang bertujuan untuk menjatuhkan keria politiknya, namun beliau bukan sahaja melepasi halangan itu dengan jayanya, akan tetapi terus-terusan menerima sokongan diperingkat akar umbi. Saya melihat Datuk Musbah tidak mudah dijatuhkan oleh musuh-musuhnya kerana beliau sentiasa berpegang kepada tali keikhlasan dalam perjuangan. Dan barang siapa yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan pastinya akan menerima hidayah dari Allah SWT.

0 ulasan: