DATUK MUSBAH TIDAK UBAH THAKSIN KOTA BELUD

on Isnin, 29 Mac 2010






Negara Thailand yang bergolak pada hari ini kerana disebabkan tindakan pihak pemerintah yang menafikan hak seorang pemimpin yang mempunyai pengaruh kuat diperingkat akar umbi. Thaksin Sinawat seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi penduduk Thailand golongan miskin kerana tokoh ini amat dekat di hati rakyat yang tinggal di pelosok pendalaman Negara Thailand. Penduduk pendalaman Thailand amat menyanjungi Thaksin kerana kejayaan Tokoh ini membantu, mendekati dan mengambil berat permasalahan penduduk pendalaman yang hidup dalam kemiskinan. Apabila tokoh ini dinafikan haknya menjadi Perdana Menteri Negara itu maka rakyat yang mendapat pembelaan tokoh ini bangun memberontak tanda protes kepada pemerintah negera itu. Sekarang ini mereka menuntut agar negara yang terkenal dengan jolokan Negara Gajah berada diambang kekacuan jika tuntutan penyokong Thaksin supaya Parlimen Thailand dibubarkan bagi membolehkan satu pilihanraya baru diadakan bagi memilih Perdana Menteri yang baru. Jika ini berlaku rata-rata penganalisis politik Negara ini mengesahkan kemenangan akan memihak kepada kumpulan pro Thaksin.

Ketokohan Datuk Musbah di Kota Belud lebih mirip apa yang dilakukan oleh Thaksin di Negara Thailand. Datuk Musbah berusaha dengan lebih gigih membantu golongan miskin Kota belud selain menikmati hidup yang baik melalui pembangunan yang dibawanya, tetapi sebaliknya Wakil rakyat ini merancang dan membawa pelbagai perancang yang bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk membantu golongan petani, nelayan, peladang, dan peniaga yang rata-ratanya masih lagi berada di paras kemiskinan. Sebab itu Datuk Musbah amat popular di kalangan masyarakat kampong khususnya golongan yang berpendapatan rata-ratanya di paras kemiskinan. Semua orang sudah dapat jawapannya sendiri kenapa? Beliau begitu di terima di kalangan golongan ini kerana latar belakang Datuk Musbah sendiri pernah melalui pahit maung dalam membawa dirinya ke tangga kejayaan seperti yang kita nampak pada hari ini.

Projek Jelapang padi dan program Agropolitan yang menjadi keutamaan beliau buat masa kini bertujuan untuk membawa golongan ini maju setanding dengan masyarakat lain yang telah maju. Walaupun projek ini dilihat lebih menumpukan petani-petani dan penternak namun impaknya meliputi keseluruhan masyarakat yang tinggal di daerah Kota Belud. Golongan peniaga akan menikmati kesannya apabila petani-petani dan penternak-penternak ini setelah mempunyai wang sudah tentu mereka akan membelanjakan wang tersebut untuk membeli keperluan harian. Dari sini peniaga akan dapat mendapat manafat daripada projek yang dirancang sejak beliau menjadi wakil rakyat sejak 1999.

Secara keseluruhannya Datuk Musbah mengutamakan peningkatan sumber pendapatan bagi semua lapisan masayarakat Kota Belud. Kejayaan beliau membawa program mega yang bertujuan membasmi kemiskinan di daerah ini sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup masyarakat Kota belud daripada suka mengharapkan bantuan kerajaan dan pemimpin kepada berusaha sendiri untuk masa depan sendiri serta keluarga. Perkara ini juga akan membantu mengubah corak politik Kota belud daripada Dasar “Pecah dan Perintah” selama ini kepada politik yang benar-benar berdasarkan kepada kebolehan dan keikhlasan berkhidmat membantu masyarakat membangun kearah yang maju lagi. Jika ini berjaya diubah oleh Datuk Musbah, maka pada masa itu pemimpin yang lahir di daerah bukan lagi berdasarkan mereka itu dari keturunan orang politik atau orang yang mempunyai wang. Masa itu wang sudah tidak menjadi perkara penting untuk menjadikan seseorang itu pemimpin.

Antara sebab utama Datuk Musbah itu lebih dekat dengan golongan di peringkat akar umbi kerana sikap dan pembawaanya yang tidak memilih kaum, agama, rakan, lawan dan di mana beliau berada apabila tiba masanya beliau dijemput pastinya akan menghadirkan diri untuk memastikan tuan rumah tidak merasa kecewa. Walau bagaimanapun masih ada yang tidak menyenangi penonjolan beliau ini, mereka khuatir Datuk Musbah akan dapat mencipta sejarah sebagai seorang pemimpin yang telah membawa Kota Belud maju seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh daerah-daerah lain yang lebih dahulu maju.

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam Nujum,

saya cadang Nujum rujuk buku "Thaksin: The Agriculture Revolution in Thailand" utk memahami siapa sebenarnya Thaksin.

thaksin mempunyai creative mind dan idea yg tidak ramai pemimpin Asia yg berkebolehan seperti beliau. Kecuali seorang pengusaha di Bangladesh yang memperkenalkan Bank Luar Bandar yang mendapat penghargaan dari Bank dunia kerana berjaya mengurangkan masalah kemiskinan di Bangladesh.

Thaksin bukan seorang pemimpin yang mengharapkan wang dan peruntkan kerajaan ketika beliau memajukan golongan petani di negara itu. Thaksin menggunakan pendekatan koperasi dan persatuan peladang seperti LPP di negara kita.

Idea pengujudan koperasi itu berjaya kerana self subsistence iaitu menampung perbelanjaan sendiri tanpa mengharapkan wang beratus juta seperti jelapang padi dan agropolitan.

Barangkali DATUK musbah mempunyai matlamat seperti thaksin namun pendekatan mereka tidak sama dan amat berbeza. Andaikata Musbah memperkenalkan pendekatan baru dalam mengatasi masalah kebergantungan rakyat kepada peruntukan kerajaan mungkin Musbah akan dianggap seorang pemimpin yang berjaya dan setaraf dengan Thaksin.

salam MO

p.s kalau boleh jgn lah komen tidak disiarkan jika kurang bersetuju kerana tidak semua komen yg menyokong sahaja itu memberi kebaikan.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Kekanda MO,

Saya sebenarnya merujuk persamaan Datuk Musbah dengan Thaksin yang mempunyai penyokong ramai diperingkat akar umbi. Keakraban mereka dengan penduduk luar bandar menyebabkan mereka ini lebih popular berbanding dengan pemimpin yang seangkatan dengan mereka.

Pengwujugan Jelapang Padi Dan Agropolitan sekuranng-kurangnya meningkatkan pendapatan golongan petani dan mengurangkan beban kerajaan membasmi kemiskinan. Apa pun ada kebenaran pendapatan Kekanda MO, namun dari sudut pandangan saya Datuk Musbah berjaya membawa perubahan ekonomi bagai golongan yang lebih ramai dalam miskin.

Wasalam