TANGISAN SEORANG ANAK KELUARGA MISKIN

on Ahad, 11 April 2010





Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khatab, beliau sangat mengamalkan kerja turun padang dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang pemerintah Negara. Beliau melakukan demikian untuk melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh rakyat yang berada dibawah naungannya dan memastikan bantuan yang diberikan olehnya betul-betul sampai ke sasarannya. Khalifah yang terkenal dengan sifat prihatin ini melakukan rondaan setiap malam dan pada satu ketika beliau terpaksa menyamar sebagai pengembara yang dalam perjalanan dan singgah di rumah seorang ibu yang sedang menidurkan anaknya.

Sebelum memberi salam beliau mengintai dari celah-celah dinding rumah ibu tersebut, dari luar beliau sedang memerhatikan ibu itu sedang memasak sesuatu dalam sebuah bekas di atas unggun kayu api. Pada masa yang sama beliau sedang mendengar tangisan seorang anak yang meminta makanan kepada ibunya, setiap kali anak itu meminta makanan ibunya menjawab bahawa makanan yang tengah dimasak belum cukup masak untuk dihidangkan. Hampir berjam juga beliau mengintai ibu tersebut, namun makanan yang dimasak tadi tidak juga dihidangkan kepada anaknya, lalu timbul rasa curiga dihati beliau kenapa? ibu tidak menghidangkan makanan yang terlalu lama dimasak tadi. Mustahil juga begitu lama masa yang diambil untuk memasak makanan sehingga berjam-jam lamanya.

Timbul perasaan ingin tahu kepada Umar untuk bertanyakan ibu tersebut, lalu beliau memberi salam dan bertanyakan ibu tadi. Dengan memperkenalkan dirinya yang beliau itu seorang pengembara yang dalam perjalanan, beliau terus bertanyakan ibu tadi kenapa tidak menghidangkan makanan yang dimasak tadi, sedangkan anaknya tidak henti-henti mengangis meminta makanan. Dengan nada sedih ibu memberitahu Umar, bahawa benda yang dimasak itu adalah sekadar biji batu dan dia berbuat demikian semata-mata bertujuan untuk memujuk anaknya berhenti menangis dan mengharapkan tidur malam itu. Melihat keadaan itu Umar tersentak dan merasa sedih, lalu keesokan harinya beliau mengarahkan orang-orangnya memberi bantuan sepatutnya kepada siibu tadi.

Peristiwa seperti ini benar-benar terjadi dalam hidup Datuk Musbah sebagai seorang wakil rakyat kawasan Tempasuk. Sikap beliau yang rajin turun padang ini mengundang beliau menemui seorang ibu yang tinggal disebuah pondok usang di sebuah kampung di kawasan DUN Tempasuk. Satu ketika apabila beliau melakukan aktiviti turun padang di kampung Mantanau beliau dikhabarkan oleh pemimpin yang dilantiknya dikawasan itu tentang kesusahan yang dialami oleh seorang ibu yang hidup dalam kedaifan. Tanpa membuang masa beliau telah menemui ibu tersebut pada hari dia diberitahu oleh pemimpin tersebut. Dalam menyusur jalan untuk sampai ke tempat itu Datuk Musbah terpaksa berjalan kaki kerana jalan yang menghubungkan rumah ibu tersebut nun jauh terletak dipinggiran kampung. Dengan mengambil masa yang agak lama dan keletihan juga Datuk Musbah untuk sampai ke tempat itu, namun beliau tidak sedikit pun merasa bosan kerana bagi beliau yang penting menyaksikan sendiri penderitan ibu tersebut dengan biji matanya sendiri.

Sesampainya ditempat itu alang terkejutnya beliau melihat keadaan ibu tersebut dengan wajah yang tidak terurus dan pakaian yang koyak rabah ibu tersebut menyambut Datuk Musbah dengan perkataan “ADA NASI”. Sayu hati Datuk Musbah mendengar ungkapan itu betapa miskinnya orang ini. Kenapa sampai keluarnya perkataan itu, sedangkan inilah kali pertama beliau menemuinya. Ibu tadi tinggal disebuah pondok usang yang hanya beratapkan langit dan berlantaikan tanah, begitulah gambaran kedaifan rumah ibu miskin ini. Dengan memberi makan dari makanan ada dibawahnya Datuk Musbah tidak membuang masa menemuramah ibu tadi.

Begitulah keperhatinan seorang Wakil Rakyat yang benar-benar berjiwa rakyat sehingga sanggup menemui rakyatnya walaupun tidak mempunyai jalanraya menghubungkan untuk sampai ke tempat itu. Kisah ibu tadi telah mendapat perhatiannya dan telah pun dimasukkan dalam kategori E- kasi untuk menerima bantuan rumah PPRT dan bantuan jabatan kebajikan Kota Belud

Melalui cerita yang dipaparkan ini, jalan ceritanya hampir sama dan membawa message yang amat penting kepada golongan pemimpin untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini. Umar Al-Khatab seorang khulafah Al Rasidin dan memerintah selepas kewafatan Rasullallah SAW dan seorang lagi wakil rakyat yang benar-benar mengambil berat tentang masalah rakyat yang berada di bawah jagaanya. Datuk Musbah benar-benar telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat sebagaimana yang dituntut oleh Islam dan mendukung saranan kerajaan melalaui dasar “1 Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”.

0 ulasan: