PROJEK AGROPOLITAN KG.PINTASAN BERIMPAK BESAR

on Rabu, 10 Mac 2010












Usaha Datuk Musbah Haji Jamli sebagai wakil rakyat kawasan N6 Tempasuk membawa pembangunan di kawasan ini, sedikit sebanyak telah membawa hasil. Terbaru, sekarang ini ialah projek Agropolitan di kawasan KG. Pintasan, baru- baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah YB Datuk Dr. Ewon Ebun telah melakukan lawatan resmi ke tapak projek tersebut di KG. Pintasan Kota Belud. Sebagai rakyat Kota Belud saya memuji kesungguhan YB Datuk Musbah melakukan lonjakan ekonomi masyarakat Kota Belud. Selain Projek Jelapang Padi yang menelan beratusan juta ringgit, projek Agropolitan juga menelan belanja hampir 200 juta ringgit. Menurut sumber dalam blog Datuk Musbah diperingkat permulaan ini projek ini telah pun ditender sekitar 25 juta ringgit bagi tujuan hanya untuk memulakan projek tersebut.


Projek ini selain membuka peluang kepada penduduk Kota Belud melibatkan diri peserta juga akan dapat menikmati berbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan antaranya ialah kemudahan jalanraya, air, letrik, talipon, bangunan pejabat traktor dan sebagainya. Di fahamkan juga projek ini menyediakan 550 buah rumah bagi kemudahan bagi peserta yang terlibat dalam projek tersebut.


Antara aktiviti yang dibuat dalam projek ini ialah penternakan lembu tenusu, penanaman getah, pemerosesan susu segar, pemerosesan daging, baja organik dan gas yang dihasilkan oleh tahi-tahi lembu, pendek kata kesemua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada peserta digunakan sebaik mungkin untuk dijadikan bahan dagagan yang mendatangkan duit.


Kewujuan projek Agropolitan ini sedikit sebanyak akan membawa impak besar kepada penduduk Kota belud terutamanya penduduk yang berada disekitarnya. Projek yang menelan belanja hamper 200 juta ini akan menyediakan peluang pekerajaan kepada penduduk yang berada sekitarnya semasa projek ini sedang dalam pembinaan. Justeru itu dinasihatkan bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan agar merebut peluang yang terbuka luas ini.


Kesungguhan dan kegigihan YB Datuk Musbah Haji Jamli membawa projek berimpak yang tinggi seumpama ini di Kota Belud melonjakkan nama wakil rakyat ini sebagai seorang wakil rakyat yang benar-benar ikhlas membantu masyarakatnya menikmati kehidupan yang selesa dalam sebuah Negara yang merdeka begitu lama. Namun usaha murni ini di bawa oleh YB Datuk Musbah ini masih lagi ada kedengaran suara-suara yang sumbang kononnya wakil rakyat ini hanya membawa projek Agropolitan yang membawa keuntungan kepadanya. Satu tuduhan yang sama sekali tidak berasas, dan sememangnya bertujuan jahat untuk menjatuhkan imej beliau di mata masyarakat Kota Belud dan pemimpin negeri dan pusat. Apa pun orang kata mengenai usaha yang dilakukan oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli, saya masih yakin semangat beliau tidak akan luntur sama sekali untuk membawa seberapa banyak pembangunan demi bangsanya yang telah dibelenggu dalam kemiskinan samada kemiskinan minda dan harta benda.


Saya masih yakin usaha beliau ini bertujuan supaya di masa akan datang masyarakat Kota Belud tiada lagi yang bergantung harap kepada pemimpin atau kerajaan tetapi sebaliknya mampu berdikari dibahu sendiri kerana waktu itu mereka telah pun mempunyai wang sendiri atau paling tidak telah menikmati impak ekonomi hasil daripada kesan pembangunan projek ekonomi seperti Projek Agropolitan dan Jelapang Padi yang sedang rancak berjalan lancar.

0 ulasan: