DATUK MUSBAH PEMIMPIN JUARA RAKYAT KOTA BELUD

on Selasa, 16 Mac 2010






Apabila Program Juara Rakyat dilancarkan oleh UMNO pada tahun ini, sebenarnya program ini telah lama pun wujud di daerah Kota Belud. Mungkin orang akan tertanya-tanya bagaimana program ini boleh wujud di daerah Kota Belud sedangkan program ini baru dilancarkan pada tahun ini. Juara Rakyat ialah satu program yang dirancang oleh UMNO pusat untuk dilaksanakan pada setiap bulan bagi tujuan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada parti UMNO ekoran kekalahan parti itu dalam PRU12 yang lalu. Program ini telah dipertanggungjawabkan kepada setiap biro-biro UMNO diperingkat bahagian melaksanakannya. Setiap biro yang ditubuhkan dalam peringkat bahagian UMNO akan mengadakan aktiviti yang bertujuan untuk membantu masyarakat setempat dalam berbagai perkara, dengan harapan rakyat akan mengubah sokongan kepada parti UMNO.


Sebenarnya kejayaan perlaksanan program Juara Rakyat seharusnya dipikul bersama semua pemimpin UMNO jika mahu melihat rakyat memberi sokongan kembali kepada kerajaan yang ditunjangi oleh parti UMNO. Bagi Datuk Musbah Haji Jamli program Juara Rakyat sudah lama diamal olehnya . Sebagai seseorang yang bergelar pemimpin seharusnya sentiasa prihatin akan masalah rakyat samada ianya dalam masa gembira atau di dalam kesusahan. Semua ini dilakukan oleh wakil rakyat ini. Misalnya apabila berlaku banjir di Kota Belud baru-baru ini, Datuk Musbah adalah pemimpin Kota Belud yang pertama turun padang bagi memastikan rakyatnya benar-benar mendapat bantuan sewajarnya. Dalam keadaan air hujan yang turun dengan lebatnya Datuk Musbah sanggup mengharunginya dari mula banjir sehinggalah banjir ini surut dan kemuncaknya beliau membawa Ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ke Kota Belud melihat sendiri keadaan mangsa-mangsa banjir di Kota Belud dan seterusnya melakukan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Sikap turun padang bagi Datuk Musbah tidak terbatas oleh masa dan dimana berada, ada setengah pemimpin cuba meniru cara hidup Datuk Musbah yang rajin mengunjungi masyarakat samaada dalam majlis-majlis rasmi, kenduri kahwin, upacara kematian, kenduri arwah dan sebagainya setelah mengambil ahli kepimpinan UMNO bahagian Kota Belud. Beliau sendiri mengakui kekuatan Datuk Musbah diperingkat akar umbi kerana sikapnya yang mesra rakyat dan sentiasa mendampingi rakyat dengan tidak mengira masa dan tempat. Namun beliau gagal berbuat demikian kerana beliau sebenarnya tidak mempunyai darah daging yang lahir dalam keluarga yang pernah merasai kesusahan seperti Datuk Musbah rasai semasa kecil-kecil.

Apabila Datuk Musbah Haji Jamli dipilih wakil rakyat pada tahun 1999 perkara yang dibuatnya pada masa itu ialah membawa Jelapang Padi kerana bagi beliau ini salah satu cara membantu bangsanya keluar dari kepompong kemiskinan pada masa itu. Walaupun beliau tidak dicalunkan kembali pada tahun 2004, usaha untuk membawa Jelapang Padi ini sentiasa diteruskan olehnya sehinggalah ianya berhasil sepenuhnya apabila beliau dipilih kembali wakil rakyat N6 Tempasuk pada tahun 2008 yang lalu dan seterusnya dilantik Pembantu Menteri Pertanian Industri Makanan Negeri Sabah.

Dengan hanya kuasa sebagai Pembantu Menteri beliau telah melibatgandakan usaha beliau membawa pembangunan ke kawasan Tempasuk, misalnya baru-baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Sabah YB Datuk Ewon Ebun melawat tapak projek Agropolitan di Kampung Pintasan. Projek Agropolitan dilihat satu lagi usaha beliau membawa pembangunan di kawasan Tempasuk. Di anggarkan sebanyak 550 buah kediaman akan dibina dengan disediakan kemudahan ladang ternakan dan penanaman getah. Penumpuhan wakil rakyat ini bukan sahaja kepada penternak dan petani sahaja akan tetapi meliputi nelayan-nelayan di daerah Kota Belud. Sebab itu pada penghujung tahun lalu beliau telah melabuhkan tukun-tukun tiruan di kawasan kg Rampayan. Di fahamkan tidak sampai setengah tahun pendapatan nelayan di kawasan dimana tukun tiruan ini dilabukan meningkat sehingga belasan ribu ringgit.


Sebab itu tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa Datuk Musbah adalah pemimpin yang mendahului zaman. Beliau telah dapat memikirkan apa yang akan berlaku dalam masa 20 tahun akan datang. Sebagai seorang wakil rakyat telah mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan, beliau dapat melihat apa yang akan berlaku di masa akan datang. Projek-projek yang berimpak tinggi melonjakkan ekonomi daerah Kota Belud telah menjadi keutamaannya pada masa ini. Pada beliau, jika rakyat mempunyai kuasa beli tinggi ekoran setelah mempunyai pendapat tetap hasil daripada kesan projek Jelapang Padi, Projek Agropolitan, Tukun Tiruan, Penternakan Ikan dan sebagainya sudah tentu wang yang berligar-ligar dalam daerah Kota Belud dan wang yang masuk di dalam daerah Kota Belud akan berjumlah ratusan juta ringgit. Dengan itu kesannya kepada golongan peniaga seperti pengusaha restoran, kedai runit, penjual ikan di pasar dan super market akan meningkat.

Datuk Musbah sebenarnya telah menyahut seruan kerajaan 1 Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Datuk Musbah juga adalah Role Model pemimpin Juara Rakyat terbaik bagi daerah Kota Belud. Kejayaan UMNO dalam PRU13 nanti bergantung penuh kepada sikap kepimpinan yang relevan seperti YB Datuk Musbah Haji Jamli wakil rakyat N6 Tempasuk.

0 ulasan: