LAHIRNYA HULUBALANG DI KALANGAN ORANG BIASA

on Isnin, 15 Februari 2010








Jarang sekali dalam dunia yang penuh cabaran ini lahir seorang hulubalang yang lahir dari kalangan orang biasa, biasanya jika mahu menonjolkan diri amat mudah bagi mereka yang telah mempunyai asas samaada ianya diwarisi dari keluarga atau dari nenek moyang lagi. Umpamanya mahu menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya lazimnya adalah mereka yang mempunyai darah keturunan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. Ramai di antara mereka yang ternama dalam dunia perniagaan kerana telah mewarisi perniagaan yang ditinggalkan oleh ibubapanya, misalnya syarikat kumpulan NAZA setelah kematian pengasas kepada syarikat gergasi ini meninggal dunia, maka anak-anaknya telah mengambil kepimpinan pengurusan syarikat ini.






Demikian juga dalam bidang politik, ramai di antara mereka yang lahir menjadi pemimpin kerana mewarisinya dari keluarganya terdahulu. Contoh mudah yang kita dapat lihat dalam keadaan ini ialah dari legasi keluarga Tun Said. Tun Said merupakan seorang tokoh dalam politik negeri Sabah, beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan sehingga ke jawatan Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri Sabah. Setelah beliau meninggal dunia kesinambungan politiknya ini telah diwarisi oleh Datuk Seri Moha Salleh Tun Said dan Kekandanya Datin Saidatul Badru Tun Said. Perkara ini seumpama ini kerap kali kita saksikan dalam dunia politik tanah air, antaranya Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mewarisi keria politiknya dari arwah bapanya Tun Razak. Demikian juga kepada Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein mewarisi kepimpinannya dari bapanya Tun Hussein. Tetapi jarang sekali kita dengar seseorang yang telah membina kejayaan atas asas yang dibinanya sendiri tanpa mewarisi dari sesiapa anggota keluarganya.






Kali ini saya ini membawa isu kejayaan Datuk Musbah Haji Jamli dalam politik sehingga mencapai jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan atas kekuatan dan kelibatnya sendiri tanpa mewarisi dari sesiapa dikalangan keluarganya. Arwah bapanya Haji Jamli hanya seorang peniaga secara kecil-kecilan tanpa melibatkan diri dalam dunia politik. Di kalangan keluarga arwah ibunya pun tidak ada seorang pun yang menonjol dalam dunia politik, tetapi Datuk Musbah bermula dari seorang peniaga bumiputera Kota Belud yang berjaya kemudian melebarkan aktiviti dalam dunia Politik. Kejayaan Datuk Musbah dalam politik lebih banyak di dorong oleh kejayaan beliau dalam dunia perniagaan pada masa itu. Pada waktu beliau berniaga sepenuh masa, beliau hanya satu-satunya anak bumiputera yang berjaya ketika itu dan mampu menyaingi kejayaan peniaga bangsa cina di Kota Belud.





Justeru kelibat Datuk Musbah setelah menjadi seorang wakil rakyat telah mengutamakan kepentingan rakyatnya dalam semua segi kerana beliau sendiri telah merasai kesusahan dan kemiskinan sewaktu beliau kecil-kecil lagi. Ketika ini boleh dikatakan setiap hari beliau turun padang melawat penduduk yang diwakilinya. Jarang sekali kita mendengar seorang wakil rakyat turun padang mencari rakyatnya yang mengalami keperitan, kalau adapun mereka menunggu aduan masyarakat atau individu yang bermasalah lepas itu baru menggambil tindakan. Berbeza dengan sikap yang ditunjukan oleh Datuk Musbah yang turun padang sendiri mendengar, menyaksikan dan menghayati kesusahan yang sedang dialami penduduk yang diwakilinya. Kemudian tanpa menunggu begitu lama untuk menyelesaikannya, setiap kali masalah yang disaksikan olehnya hanya memakan beberapa bulan sahaja masalah itu akan diselesaikan olehnya.






Sebab itu pemimpin yang lahir dari mereka yang telah mengalami kesusahan, kemiskinan dan keperitan akan lebih mempunyai perasaan mendalam menghayati kesusahan, kemiskinan dan keperitan yang dialami oleh rakyatnya. Datuk Musbah Haji Jamli tidak ubah SEORANG HULUBALANG YANG LAHIR DI KALANGAN ORANG BIASA kemudian diangkat menjadi pemimpin kerana keperibadian yang ditunjukkan olehnya sepanjang masa membolehkan beliau dihormati oleh penduduk Kota Belud. Bagi mereka yang turut terlibat dalam dunia politik dan sempat berdamping dengan beberapa pemimpin Kota Belud kemudian mendampingi Datuk Musbah Haji Jamli, mereka akan dapat merasakan kepimpinan beliau banyak perbezaan dengan yang lain. Datuk Musbah seorang ikhlas, jujur dan bertanggunjawab kepada tugasnya, dia tidak pernah membeza-bezakan sesiapa samada penyokong setianya mahupun penyokong UMNO itu sendiri. Keakraban beliau dengan masyarakat Kota Belud melonjakkan nama beliau sebagai pemimpin SEPANJANG ZAMAN oleh semua lapisan masyarakat di Kota belud.

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam Pak Nujum,

Hulubalang memang dari kalangan orang kebanyakan atau orang biasa. Hulubalang dalam sejarah kesultanan Melayu adalah askar yang pegang tombak dan bukan menjadi pemimpin.

Pemimpin tentera digelar Laksamana. Pernah disandang Hang tuah dan Hang kasturi. Hang Jebat pernah jadi Laksamana dalam tempuh yang singkat. Jawatan tertinggi politik selepas sultan ialah Bendahara. Bendahara Tun Perak adalah yang paling termasyur.

Pemimpin lain dalam hirarki kesultanan Melayu adalah Temenggong yang menjadi Menteri Kewangan dan Shahbandar yang menjaga pelabuhan dan perdagangan seterusnya para memanda menteri yang lain.

Saya faham maksud tulisan Pak Nujum dan saya setuju Datuk Musbah lahir dari kalangnan orang biasa..tetapi dia bukan hulubalang tetapi lebih daripada taraf hulubalang.

Salam MO

NUJUM PAK BELALANG berkata...

saya setuju pendapat kekanda dalam perkara ini. treima kasih sentiasa memberi komen