PEMIMPIN DULU, KINI DAN SELAMANYA

on Sabtu, 6 Februari 2010




Keikhlasan Datuk Musbah membantu penduduk kawasan yang diwakilinya semakin hari dapat dirasai oleh penduduk kawasan Tempasuk. Anak-anak muda sudah mula memberi pujian kepada kelibat Datuk Musbah apabila setiap kali muncul walaupun tidak dijemput dalam satu-satu majlis. Bila ada musibah kematian menimpa rakyatnya di daerah Kota Belud, pemimpin yang pertama kali tiba memberi sokongan kepada keluarga tersebut adalah Datuk Musbah. Demikian juga dalam majlis-majlis perkahwinan, kenduri arwah dan sebagainya, beliau mampu menunggu berjam-jam sehingga majlis itu selesai.


Sebab itu ramai pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini, cuba mencontohi cara Datuk Musbah mendekati rakyat, akan tetapi ternyata mereka tidak dapat melakukannya kerana mereka tidak mempunyai jiwa yang ikhlas seperti pemimpin ini. Mereka melakukannya kerana mempunyai agenda tertentu.


Peristiwa banjir yang melanda daerah Kota belud baru-baru ini telah mengangkat nama Datuk Musbah sebagai pemimpin DULU, KINI DAN SELAMANYA. Beliau sanggup mereda air dan hujan semata-mata untuk membantu rakyatnya yang dalam kesusahan, sehingga kini kedengaran suara-suara dari mereka yang ditimpa kesusahan semasa banjir itu agar pemimpin mereka masa akan datang biar Datuk Musbah atau sekurang-kurangnya "serupa macam dia".


Saya masih ingat kata-kata guru sewaktu dibangku sekolah "dalam perjuangan tiada yang mahalnya melainkan keikhlasan". Justeru itu sama-samalah kita memikirkan makna disebalik kata-kata ini.

2 ulasan:

Unknown berkata...

jika pemimpin kelihatan ikhlas, penyokong mesti tunjuk dan buktikan keikhlasan.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Kekanda MO,

Saya amat setuju pendapat saudara, barulah perjuangan seiring dan matlamat perjuangan muda tercapai. TK kerana melayari blog ini.