Tempasuk Melangkah Maju Kehadapan

on Sabtu, 9 Januari 2010


















Gambar-gambar pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan Adun Tempasuk




Bahang pembangunan negara yang diilhamkan oleh mantan Tun Dr Mahathir menjadi negara maju pada tahun 2020 mula dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di Negara ini. Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengariskan beberapa perkara yang perlu dicapai oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini maju setanding dengan negara maju yang lain. Antara perkara yang terkandung dalam wawasan yang diihlamkan oleh Tun DR Mahathir ini ialah menyediakan pasarana yang baik meliputi pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan meningkatkan sosio ekonomi penduduk negara ke satu tahap yang membanggakan.

Bagi mecapaian impian kerajaan ini, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu membantu kerajaan memastikan wawasan yang murni ini menjadi impian. Ianya bukan hanya retorik semata-mata bahkan satu perkara yang telah difikirkan semasak-masak oleh pemimpin negara agar dapat dicapai, jika mendapat sambutan dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat di negara ini.

Menyahut saranan kerajanan ini wakil rakyat tempasuk YB Datuk Musbah Haji Jamli telah melipatgandakan usahanya membawa pasarana secukupnya di kawasan ini sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2008 yang lalu. Jalanraya kawasan ini yang menjadi rintihan penduduk sejak negara ini merdeka lagi telah diambil perhatian wakil rakyat ini. Sebelum ini ada kampung-kampung yang tidak dapat dihubungi kerana jalanrayanya yang berbukit dengan kecuraman yang tinggi menyulitkan lagi penduduk kampong keluar ke Pekan Kota Belud membawa hasil tanaman untuk dipasarkan di samping membeli keperluan harian.

Penderitan penduduk sekitar kampung Sarang, kampung Dudar, Kampung Rampayan Laut dan Ulu, Kampung Taburan, Kampung Rosok dan beberapa kampung-kampung yang berdekatan telah beberapa kali disuarakan oleh penduduk kampung melalui surat khabar dan media elektronik beberapa tahun yang lalu. Kesemua ini telah mendapat perhatian yang serius daripada Datuk Musbah sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2008 yang lalu. Kini beberapa kampung berkenaan jalarayanya yang menghubung ke kampung tersebut telah pun dinaik taraf ke jalan bertar. Dan beberapa buah kampung lagi sedang dalam pembinaan, sementara hanya sebahagian kecil sahaja yang masih menunggu peruntukan dari kerajaan pusat. Walau bagaimanapun secara keseluruhannya masalah jalanraya utama yang menghubungkan kampung-kampung di kawasan Dun tempasuk akan selesai dalam sedikikt masa lagi.


Kawasan Dun tempasuk tidak juga ketinggalan membangunkan pasarana pendidikan untuk kegunan pelajar. Misalnya sekolah rendah yang dinaiktarap ke bangunan konkrit ialah SK. Jawi- Jawi dan SK. Tamau kedua-dua buah sekolah ini difahamkan menelan peruntukan hampir 40 juta ringgit. Bangunan sekolah yang dibina ini setinggi empat tingkat dengan menyediakan bangunan dewan serbaguna, rumah guru, kantin dan peralatan yang canggih untuk kegunaan pelajar dan guru. Sebuah lagi sekolah menengah telah dibina di kawasan tempasuk iaitu sekolah Menengah Taun Gusi Dua bagi tujuan menampung pertambahan murid setiap tahun.


Kompleks sukan Botong yang terletak di dalam kawasan Dun Tempasuk mengambarkan kawasan ini menjadi tumpuhan atlit samada dari daerah kota belud ataupun pengunjung dari luar daerah Kota Belud. Justeru itu Kompleks sukan Botong tidak dapat menampung aktiviti sukan diadakan apabila sukan-sekolah diadakan setiap tahun. Ketiadaan dewan serbaguna sukan dikompleks ini mengapai keperluannya kepada penduduk Kota Belud yang menjadikan sukan sebagai aktiviti riadah harian. Kelulusan sebuah dewan yang bertaraf kebangsaan telah dapat menyelesaikan permasalahan ini. Oleh itu sebuah dewan yang dimaksudkan sedang dalam pembinaan dan menelan belanja dalam lingkungan belasan juta ringgit.

Seperti yang dinyatakan dalam posting saya lalu, projek JELAPANG PADI yang dianggarakan menelan 1 bilion ringgit jika siap sepenuhnya, merupakan lonjakan ekonomi masyarakat Kota Belud khususnya kawasan Dun Tempasuk. Projek ini bukan sahaja menjadikan daerah Kota Belud pengeluar Padi yang terbanyak di Negeri Sabah, akan tetapi merancakkan lagi ekonomi Kota belud dalam pelbagai bidang, mislanya perlancungan, perniagaan, penternakan, perikanan dan sebagainya. Kewujudan beberapa projek Agropolitan di beberapa tempat di daerah Kota Belud, menjadikan daerah ini lebih maju berbanding dengan daerah-daerah lain di Sabah. Hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan ke paras sifir akan dapat direalisasikan, jika rakyat daerah ini berdiri teguh berjuang bersama Datuk Musbah mencapai matlamat tersebut.


Dalam bidang perikanan pula baru-baru ini kementerian perikanan daerah Kota belud telah melabukan beberapa buah tukun tiruan di kawasan rampayaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Musbah, dengan tujuan untuk memastikan perikanan di kawasan pesisir pantai yang meliputi pantai KG Rampayaan ke pantai Kuala Abai kekal sebagai destinasi perikanan di kawasan pantai barat Negeri Sabah. Dengan pelabuahan tukun tiruan seumpama ini diharapkan akan membantu pendapatan beberapa nelayan kecil yang bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan laut.

Secara keseluruhannya pembangunan kawasan DUN Tempasuk berada dilandasan yang baik untuk mencapai wasasan Negara maju pada tahun 2020. Ketekunan yang ditunjukan oleh Datuk Musbah mempercepatkan lagi pembangunan ini dilaksanakan. Beliau kerap kali turun padang memastikan semua perancangan yang diaturnya sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2008 akan menjadi kenyataan. Kota Belud yang suatu ketika diisthiar antara daerah termiskin kerana mempunyai bilangan rakyat termiskin akan dapat dikurangkan, apabila semua perancangan yang telah disusun rapi berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

2 ulasan:

Watababai berkata...

sdr Nujum..

pem,impin yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat adalah pemimpin yang tidak mengharapkan balasan mahupun habuan dari orang lain..

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Watababi,

Terima kasih atas kunjungan, semua pemimpin seharusnya berbuat demikian.

PB