DATUK MUSBAH BERHATI KENTAL BERJIWA BESAR

on Ahad, 3 Januari 2010




Apabila saya membicarakan peribadi Datuk Musbah setiap kali posting saya buat masa ini, tentu ada yang beranggapan bahawa saya diupah atau menerima imbuhan daripada beliau. Sebelum persoalan ini ditimbulkan, biarlah saya jelaskan terlebih dahulu bahawa saya tidak pernah menerima arahan atau dijanjikan apa-apa bentuk upah atau imbuhan daripada Datuk Musbah sebagai imbalan dari apa yang tulis.

Namun masih ada barangkali merasa sangsi hubungan Pak Belalang dengan Datuk Musbah. Ingin juga saya jelaskan bahawa saya tidak mempunyai apa-apa bentuk hubungan dengan beliau. Apa yang diceritakan dalam blog ini berdasarkan penemuan Pak Belalang dari rakan-rakan yang rapat dengan beliau.

Untuk posting kali ini saya akan cuba mengupas isu DATUK MUSBAH BERHATI KENTAL BERJIWA BESAR. Berdasarkan peristiwa yang dilalui oleh beliau sepanjang menceburi bidang politik telah mengambarkan bahawa Datuk Musbah seorang yang berhati kental dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Saya ingat dengan segar peristiwa yang berlaku semasa persidangan UMNO Kota Belud satu ketika dulu, yang diadakan di dewan SMK Arshad. Peristiwa yang menarik dalam cerita ini ialah kekental hati Datuk Musbah dalam menghadapi cabaran yang hebat ketika itu. Selaku Timbalan ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu telah menyebelahi Kem Pak Ghafar yang ditentang hebat oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam perebutan jawatan Timbalan Presedin UMNO Malayasia. Walaupun Kem Datuk Musbah kalah teruk dalam proses pencalunan Timbalan presiden UMNO pada masa itu. Namun Datuk Musbah yang diamanahkan oleh Arwah bapa Tun Mustapah menjaga Kota belud daripada jatuh di tangan Anwar Ibrahim. Tetap berdiri teguh pada panji-panji perjuangannya untuk mendokong perjuangan Bapa Tun Mustapah.

Semua penyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim bangun menyatakan sokongan kepada pencalunan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Datuk Salleh Tun Said yang pada masa itu menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Tapi Datuk Musbah dan beberapa rakannya duduk diam di tempat duduk barisan AJK UMNO Kota Belud di atas pentas menandakan yang beliau tidak menyokong pencalunan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Suasana dewan yang gamat itu sedikitpun tidak mengubah pendirian Datuk Musbah mempertahankan prinsip perjuangannya. Akhirnya dalam peristiwa itu kem Datuk Musbah menerima kekalahan, satu kekalahan yang dipenuhi muslihat jahat yang dirancang rapi oleh Kem Datuk Sri Anwar Ibraham. Antara kekalahan kem Datuk Musbah pada masa itu ialah politik wang yang begitu banyak ditaburkan dengan perwakilan UMNO Kota Belud sehinga tidak dapat tidak dapat dibendung lagi.

Bermula di situlah kekental hati Datuk Musbah mempertahankan prinsip perjuangannya, walaupun beliau tahu yang kumpulannya akan menerima kekalahan.

Kemudian pada masa beliau dikalahkan oleh saudara Awadnir Matanggal dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagaian, semua orang menjangkakan yang Datuk Musbah akan berhenti dalam keria politiknya, memandangkan Awadnir Matanggal adalah calun tajaan Datuk Salleh Tun Said yang kebetulan pada masa itu memegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Ada yang mengatakan beliau akan jatuh bengkerap kerana bermusuh dengan Datuk Salleh Tun Said. Namun apa yang diramalkan semuanya meleset belaka apabila makin hari makin mantap ekonominya, oleh kerana beliau bukan Macam Datuk Salleh yang hidup mewah kerana kuasa poltik. Sementera Datuk Musbah dilahirkan dalam dunia peniagaan yang dibinanya sendiri. Walaupun beliau tidak dalam politik perniagaannya berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan.


Peristiwa tahun 2004 yang mana pada masa itu beliau tidak dicalunkan sebagai Adun Tempasuk meksipun pada waktu itu beliau adalah calun yang paling layak kerana selain dari beliau ini penyandang jawatan Adun Tempasuk akan tetapi memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Akan tetapi kerana permainan politik pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau, menyebabkan beliau disingkirkan menjadi calun Adun Tempasuk. Antara penyebabnya beliau tidak dicalunkan pada masa itu kerana laporan musuh politiknya kepada Badan Pencegah Rasuah yang kononnya beliau melakukan rasuah. Dengan harapan apabila beliau tidak dicalunkan pada masa itu, beliau akan keluar parti UMNO dengan demikian hapuslah politik Datuk Musbah dalam daerah Kota Belud dan bermaharajalela tukang karut politik Kota Belud kerana tiada lagi orang yang boleh mencabarnya lagi.

Tetapi harapan mereka melihat beliau keluar parti meleset malahan beliau telah mencabar Datuk Salleh Tun Said dalam jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Tempoh masa inilah tempoh sukar yang dilalui oleh Datuk Salleh sepanjang beliau menjawat Ketua Bahagian UMNO Kota Belud kerana beliau telah dicabar dalam jawatan Ketua UMNO Bahagian dan orang yang mencabarnya adalah orang yang paling ditakutinya selama ini. Lalu memikirkan pertembungan yang sengit antara beliau dengan Datuk Musbah, beliau memilih jalan berundur dari bertanding. Akan tetapi telah menaja Datuk Yayah Lampong untuk mencabar Datuk Musbah. Si tua ini pula tidak menyedari yang beliau dijadikan umpan untuk mematikan politiknya kerana Datuk Salleh tahu beliau tidak mampu mencabar Datuk Musbah dalam perebutan itu.

Inilah liku-liku hidup perjalanan Datuk Musbah dalam politik yang sempat saya singkap dari beberapa kawan yang rapat dengan beliau. Kekentalan hati beliau berhadapan dengan musuh menyebabkan siapa sahaja yang bertembung dengan beliau dalam sebarang pertandingan samada dalam pilihanraya atau dalam pemilihan dalam parti UMNO pastinya lawan beliau akan merasa gerun, risau dan takut. Kelebihan beliau dari musuhnya bukan sahaja berhati kental namun beliau memiliki hati yang besar berjuang membantu rakyat di daerah Kota Belud.

Sikap beliau yang sentiasa tidak berbelah bagi turun padang melawat rakyatnya bukanlah perkara baru dalam hidup Datuk Musbah, sikap inilah yang tiada dengan orang lain yang bergelar pemimpin di Kota Belud. Datuk Musbah turun padang bukan kerana beliau itu mengharapkan sesuatu kepada rakyatnya, akan tetapi inilah kehidupan Datuk Musbah sepanjang masa sejak sebelum menceburkan diri dalam dunia politik. Sebab itu musuh politiknya telah meniru pendekatan yang ditunjukkan oleh beliau selama ini. Kalau dulu tidak pernah ke majlis-majlis perkahwinan, tetapi kini dah mulalah pula berjinak-jinak mengamalkan pendekatan itu.

Melihat rakyatnya maju ke hadapan adalah intipati perjuangan Datuk Musbah selama ini, sebab itu apabila beliau menjadi wakil rakyat pada tahun 1999 perkara pertama yang dilakukannya ialah mengusahakan projek JELAPANG PADI. Ramai yang memperlekehkan usaha beliau itu ini, terutama musuh-musuh politiknya, tetapi beliau tidak mengendahkannya. Kononnya usaha ini tidak akan berjaya sebab sebelum itu Kota Belud mempunyai Menteri Pertanian Negeri Sabah, tetapi tidak juga berjaya membawa Jelapang Padi ke Kota Belud, apalagi Datuk Musbah hanya seorang wakil rakyat pada ketika itu.

Tetapi segala cemuhan itu tidak dipedulikan oleh beliau, kali ini apabila beliau dipilih menjadi Adun Tempasuk dan menjawat Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh beliau untuk merealisasikan impian beliau selama ini membawa Jelapang Padi Ke Kota Belud.

Inilah Datuk Musbah Haji Jamli seorang wakil rakyat berjiwa rakyat dari seorang anak petani miskin bangun berdiri diatas kaki sendiri untuk membela bangsanya yang ketinggalan selama ini. Teruskan perjuangan Datuk…….. Pak Belalang sentiasa melihat nasib Datuk dalam mangkuk ajaib akan sentiasa sukses. Dan rakyat Datuk di kawasan Tempasuk sentiasa mendoakan kesejahteraan Datuk sekeluarga.

0 ulasan: