DATUK MUSBAH PEMIMPIN IMPIAN KOTA BELUD

on Isnin, 28 Disember 2009




Pemimpin muda Kota Belud harus melihat Datuk Musbah sebagai pemimpin yang boleh dijadikan contoh pemimpin yang akan lahir di masa akan datang. Ketekunan dan keperhatinan Datuk Musbah sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin yang ada di Kota Belud, beliau telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada pemimpin pelapis muda yang akan bakal mengambil ahli kepimpinan di masa akan datang.


Kemesraan beliau dalam semua lapisan masyarakat tidak kira golongan muda, tua, wanita dan lelaki tidak mengira masa dan tempat semuanya dilayan dengan begitu baik. Setiap mereka yang berkesempatan bertemu dengan beliau akan pulang dengan hati yang gembira walaupun apa yang dipinta pada ketika itu mungkin tidak dapat dilaksana dengan terus. Pastinya mereka akan diberi harapan untuk mendapatkan apa yang dihajati, dan apa yang dijanjikan pastinya akan ditunaikan apabila masanya tiba. Inilah sikap Datuk Musbah yang sempat saya dengar kepada mereka yang sempat berjumpa dengan beliau. Kemesraan dan keramahan beliau tidak mengenal masa dan tempat, samada ianya di rumah, dipejabat, di majlis-majlis yang dihadirinya layannya kepada orang ramai sama sahaja.

Dalam melayan tetamunya masa yang diperuntukan kepada mereka pastinya memuaskan hati mereka yang mengunjungi beliau di rumah, sudahlah dilayan dengan baik disulami lagi juadah minuman yang disajikan oleh pelayan-pelayan digajikan khas untuk itu. Mereka tidak perlu diarah untuk menyajikan tetamu yang hadir, pastinya akan berkerja seperti yang diarahkan dalam tugas mereka. Penghormatan kepada golongan tua dapat di didengar dengan sapaan yang diberikan kepada mereka yang berkunjung. Sapaan perkataan pak, boh, dik dan kak telah menjadikan lidah Datuk Musbah lembut menyebutnya.


Sebagai wakil rakyat beliau telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan apabila dapat membawa PROJEK JELAPANG PADI DAN PROJEK AGROPOLITAN kedua-dua projek ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk Kota Belud. Sebab itu tidak keterlaluan kalau dikatakan kawasan Tempasuk telah membangun di bawa era kepimpinan YB Datuk Musbah Haji Jamli. Pembangunan yang dibawa oleh beliau tidaklah terbatas kepada pertanian malahan bidang lain seperti perikanan, perniagaan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya. Sebagai anak jati Kota Belud yang telah melalui beberapa era wakil rakyat dan kepimpinan samada ianya di dalam kawasan DUN Tempasuk mahupun daerah Kota Belud. Pembangunan yang di bawah oleh wakil rakyat tempasuk ini tidak dapat ditandingi oleh wakil rakyat terdahulu.


Mungkin timbul persoalan kenapa berlaku demikian, mungkin jawapan kepada persoalan ini timbul berbagai-bagai, yang pastinya jawapannya adalah kerana YB Datuk Musbah adalah seorang wakil rakyat yang benar ikhlas membawa pembangunan kepada masyarakat sementara sebelumnya hanya membawa pembangunan kepada diri, keluarga, pengikut dan kaki-kaki ampu mereka. Sebab itu nama Datuk Musbah telah melonjak bukan sahaja di dalam daerah Kota Belud akan tetapi di negeri sabah. Daerah Kota Belud kini akan tercatat dalam sejarah Negara Malaysia sebagai daerah yang akan mengeluarkan padi yang terbanyak di negeri sabah. Usaha beliau ini telah membantu kerajaan mengatasi kekurangan beras di dalam negeri sabah dan akan memacu ekonomi daerah Kota belud setanding dengan daerah-daerah lain di negeri sabah.

Dalam politik Datuk Musbah adalah rool modul yang terbaik bagi pemimpin muda Kota Belud. Dari seorang anak petani yang susah kehidupannya kemudian berkecimpung dalam dunia perniagan, namanya meningkat sekitar tahun 1980an sebagai usahan bumiputra Kota Belud dan mampu bersaing dengan peniaga-peniaga cina di Kota Belud. Dunia perniagaannya dibina atas usaha beliau sendiri tanpa mendapat bimbingan dari keluarga mahupun sesiapa yang dekat dengan beliau. Kesusahan yang dialami dalam dunia perniagaan telah memantapkan diri beliau untuk melebarkan keria beliau dalam dunia politik sekitar tahun 1980an apabila beliau telah dipilih oleh arwah Bapa Tun Mustapah sebagai calon USNO. Percubaan pertama ini menemui kekalahan ditangan parti pemerintah pada ketika itu iaitu PBS. Namun semangat Datuk Musbah tidak mudah luntur dalam berjuang kerana inilah sikap yang sebati dengan diri beliau sejak lahir lagi. Kemasukan UMNO ke Kota Belud menyebabkan peluang beliau menceburkan diri dalam dunia politik tanah air dalam parti yang telah membawa Negara merdeka telah terbuka luas. Percubaan pertamanya merebut jawatan dalam UMNO Kota Belud telah berjaya, beliau telah dipilih Timbalan Ketua UMNO Kota Belud.

Pepatah Melayu “Kalau benih itu baik dibuang laut jadi pulau dan dibuang di darat jadi emas” sangat sinonim dengan perjuangan politik Datuk Musbah, semasa memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Kota belud beliau telah berkhidmat dengan baik sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada mereka yang irihati kepadanya sebab itu satu pakatan dilakukan untuk menjatuhkan beliau dalam politik Kota Belud. Ekoran daripada itu Awadnir Matanggal yang pada ketika itu menjawat Naib Ketua UMNO Kota belud telah ditaja oleh orang yang amat berkuasa ketika itu untuk melawan Datuk Musbah dalam pemilihan UMNO Kota Belud. Misi mereka untuk menjatuhkan Datuk Musbah telah berjaya, tetapi kekalahan ini hanya sementara sahaja apabila dalam pertandingan kemudiannya Datuk Musbah telah mengalahkan Awadnir Matanggal.

Sekali lagi Datuk Musbah Haji Jamli telah menunjukkan prestasi yang baik semasa memegang jawatan itu, namun musuh politiknya sekali lagi mencari jalan bagaimana melenyapkan beliau dari arena politik Kota Belud. Adakalanya mereka berjaya juga menjatuhkannya, namun setiap kali kejatuhannya, Datuk Musbah akan bangun dengan kekuatan yang baru, beliau menganggap setiap kegagalan ada hikmahnya disebaliknya. Hasil dari perjuangan yang dipenuhi ranjau dan duri itu hari ini beliau telah berjaya membuktikan kepada masyarakat Kota Belud bahawa apa yang diperjuangkan selama ini adalah bukanlah dirinya atau keluarganya akan tetapi untuk bangsanya yang tercinta. Kesedaran terhadap kesengsaraan bangsanya ditindas dan diperkota katikan selama ini telah dijadikan semangat untuk berjuang untuk membawa bangsanya keluar dari kemisikinan dan sikap meminta-minta. Melihat bangsanya bangun berdikari di atas kaki sendiri adalah satu kepuasan dalam perjuangannya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

guru yg baik dinilai daripada jumlah muridnya yg lulus peperiksaan. Samada guru itu bijak, pandai mengajar dan sebagainya tidak penting. contoh jika 100 murid ambil peperiksaan dan hanya 45 orang sahaja lulus maka guru itu gagal walaupun guru itu seorang yg bijak.

Sebaliknya walaupun guru kurang bijak tetapi 100 peratus murid lulus maka berjayalah guru itu.

membuat perbandingan antara pemimpin politik, lihat berapa yg dapat mereka bantu dan bimbing menjadi berjaya dalam hidup!

salam MO