JETI KG.TAMAU KOTA BELUD: PROJEK PEMBAZIRAN KERAJAAN

on Sabtu, 14 November 2009




Seketika saya duduk minum dengan rakan-rakan di kedai Jack , restoran yang kegemaran penduduk kampong Tamau bersantai bersama-sama kawan, kedengaran mereka membualkan pembinaan Jeti Kg. Tamau yang dilaksanakan oleh kontraktor berbangsa Dusun dianggap satu lagi projek pembaziran kerajaan, dimana ianya tidak mencapai matlamat untuk kegunaan nelayan persisiran pantai di kg Tamau.

Bila disebut Jeti berlegar di minda setiap orang bahawa ianya adalah kegunaan nelayan-nelayan memunggah hasil tangkapan ikan dari laut. Tetapi sebaliknya apa berlaku pembinaan Jeti di Kg. Tamau, tidak ubah sebagai satu projek mengaut keuntungan yang banyak kepada kontraktor yang melaksanakan kerana bahan yang digunakan sekadar bertahan sekitar setahun, selepas itu ianya reput dimamah anai-anai atau kerana tidak tahan daripada air hujan dan panas serik matahari.

Rekabentuk pembinaan Jeti ini juga dipersoalkan kerana kedudukkan yang tinggi mendedahkan jeti ini daripada pukulan ombak yang besar apabila berlaku rebut. Dikhabarkan tiang yang di tanam hanya sekadar sedalam 1 kaki setengah dalam pasir. Dengan keadaan tanah yang berpasir sudah tentu Jeti ini menanti rebah dipukul oleh ombak. Baru-baru ini menurut seorang nelayaan yang turut sama dalam sembang-sembang pagi di kedai Jack memaklumkan kami, bila air naik dengan ombak yang sederhana kerana tiada rebut, jeti ini macam menari mengikut rentak pukulan ombak pantai.

Dengan desakan ingin tahu mengenai Jeti kg Tamau ini, baru-baru ini saya berkesempatan meninjau-ninjau ke tempat tersebut. Apa yang kami bualkan tempoh hari betul-betul terbukti benar. Atas kesedaran itu saya mengambil gambar Jeti ini untuk kita fikirkan bersama siapa yang harus dipersalahkan dalam pembinaan Jeti Kg. Tamau.

Seperti yang diberitahu oleh JKKK kg Tamau Tuan Haji Tambaku Jeti kepada saya, Jeti ini menelan belanja RM 170,000.00. Tetapi sesetengah orang menilai kos perlaksanaan Jeti ini oleh kontraktor yang melaksanakannya hanya sekadar menelan belanja RM 70,000.00 saja kerana bahan yang digunakan melaksanakan projek ini menggunakan bahan yang tiada kualiti dan tidak boleh bertahan dalam berbagai cuaca. Ini bermakna 100,000.00 , adalah keuntungan mutlak kontraktor perlaksana.

Justeru itu wakil rakyat Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli atau Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Haji Dahlan menyiasat perkara ini secara terperinci, jika terbukti ianya lari daripada kerja-kerja yang ditetapkan JPNS, kami masyarakat Iranun yang tinggal di persisir pantai mahukan perkara ini dilaporkan kepada SPRM. Supaya nanti setiap kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan akan melaksanakannya dengan baik seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

0 ulasan: