SEHARI SUNTUK BERSAMA DATUK MUSBAH HAJI JAMLI (LEADER OF THE PRESENT AND THE FUTURE)

on Ahad, 22 November 2009












1. Sewaktu saya mengunjungi kenduri kahwin anak kawan saya pada hari ini, tanpa diduga saya menerima panggilan telefon dari Datuk Musbah Haji Jamli bertanyakan khabar saya kerana agak lama juga kami tidak bersua mahupun berhubung melalui telefon. Dalam perbualan itu beliau bertanyakan beberapa perkara samada ianya berhubung dengan politik mahupun perkara yang melibatkan permasalah penduduk kawasan tempasuk yang sempat saya pantau seketika.

2. Di akhir perbualan itu beliau mengajak saya turut sama menghadiri jemputan kenduri kahwin di kampong Labuan dan Kampung Taun Gusi. Di Kampung Labuan kami sempat bersama-sama dengan Datuk Japlin dan Saudara Serin Haji Sudah. Walau bagaimana pun kami tidak dapat berbual lama dengan Datuk Japlin kerana mereka juga terpaksa pergi ke rumah Ketua Cawangan Suang Punggur saudara Ming yang turut mengundang YB Japlin ke kenduri kahwin anaknya, sementara saya dan Datuk Musbah terpaksa juga bergegas ke Kenduri kahwin di kampong Taun Gusi Padang kerana masa sudah terlalu lewat, jam sudah menunjukkan 2.00 petang masa yang amat sesuai pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan.

3. Di kampong Taun Gusi Padang, kami mengambil masa yang agak lama kerana terlalu ramai tetamu-tetamu yang hadir di dalam majlis itu mengambil kesempatan menemui Datuk Musbah mengadu masalah, samada yang melibatkan individu atau masalah yang di bawah oleh pemimpin peringkat kampung seperti Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung. Inilah rutin kehidupan bagi mereka yang bergelar wakil rakyat seperti Datuk Musbah Haji Jamli.

4. Dengan ketekunan dan kerajinan Datuk Musbah dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat, beliau tidak mengenal waktu, samada ianya malam atau siang, beliau sentiasa melawat kawasan dan sanggup memenuhi undangan samada majlis resmi atau majlis-majlis biasa seperti kahwin, kematian, kenduri arwah dan berbagai-bagai lagi.

5. Tepat jam 2.00 petang kami telah beredar dari tempat majlis kahwin itu, pada fikiran saya mungkin kami akan memilih jalan masing-masing, iaitu beliau pulang ke Kota Kinabalu dan saya pulang ke rumah, Namun tanggapan saya itu melesat, beliau membawa saya melawat ke kawasan projek Jelapang Padi yang giat dilaksanakan. Sepanjang lawatan itu saya amat kagum sekali melihat perkembangan projek tersebut secara dekat, di pemikiran saya betapa untungnya para petani apabila projek Jelapang Padi yang selama ini diperjuangkan oleh Datuk Musbah Haji Jamli menjadi realiti. Dan tidak terfikir oleh saya projek megah seperti ini mampu di bawah seorang wakil rakyat yang selama ini cuba diperendah-rendahkan kebolehannya oleh musuh-musuh politiknya.

6. Dalam kereta beliau memaklumkan saya, bahawa jalanraya yang kami lalu itu telah menerima peruntukan RM17 juta untuk dinaiktaraf. Sepanjang jalan yang kami lalu dipenuhi jentera berat dan peralatan pembinaan jalanraya tersadai ditepi jalan menunjukkan kelancaran projek menaiktaraf ini.


7. Dalam perjalanan itu juga, sempat saya mengajukan persoalan beberapa orang yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran baru-baru ini. Menurut beliau mereka yang terlibat telah pun diusahakan untuk mendapat bantuan sewajarnya dan perkara ini dalam tindakan Pemimpin Kemajuan Rakyat N6 Tempasuk saudara Baghdad Haji Turugan.
8. Berdasarkan kepada komitmen Datuk Musbah, saya dapat merumuskan bahawa beliau lah pemimpin masa kini dan masa hadapan. He is a HUMBLE, COMMITTED and GREAT TRANSFORMATIONAL LEADER. Managing by walking around. We should be grateful for having this kind of leader.. HE IS A LEADER OF THE PRESENT AND THE FUTURE!!

4 ulasan:

Hati Seorang Wanita berkata...

A'kum...

Pak Nujum tolonglah saya menyelsaikan teka teki di blog saya...

NUJUM PAK BELALANG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

saya ada buat komen, tetapi dipadam. mohon pak nujum beri saya tahu apakah komen saya itu salah atau tidak disenangi?

salam MO.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Kekanda Musli,

Maaf sebenarnya saya tersilap tekan. Lalu terpadam, sesungguhnya saya sentiasa menunggu-tunggu komen kekanda. Kalau dapat reply balik komen tu.