USTAZ IDRIS KISAB BERCITA-CITA CALUN N6.TEMPASUK

on Isnin, 9 November 2009




Setelah memenangi pertandingan AJK pemuda UMNO Kota Belud pada tahun2008 yang lalu Ustaz Idris Kisab mula dikenali di dalam persada politik Kota Belud. Selaku ketua Cawangan UMNO kg Tawadakan, walaupun baru dalam politik Kota Belud, beliau mempunyai jiwa yang besar di mana bercita-cita mahu dicalunkan dalam pilihanraya akan datang. Dengan kemenangan dalam pemilihan perwakilan 2 pergerakan pemuda Kota Belud baru-baru ini menambahkan lagi semangat dirinya dalam mengidamkan cita-citanya itu.


Dengan terposnya artekil ini sudah tentu orang-orang TSP akan mempertikaikan kewibawaan anak Iranun bergelar Ustaz ini, bagi mereka tidak ada satu pun yang layak memimpin masyarakat Iranun melainkan Tan Sri Pandikar Haji Mulia sahaja. Satu ketika Saudara Tajul yang telah menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Kota Belud penyokong-penyokong Tan Sri Pandikar Haji mulia telah bermati-matian berkempen untuk mengalahkannya. Akhirnya misi mereka menjatuhkan Saudara Tajul tercapai dan impian mereka untuk kelangsungan politik bos mereka Tan Sri Pandikar telah terlaksana.



Persoalnya apakah cita-cita Ustaz Idris Kisab ini akan tercapai ataupun tidak , tiada siapa pun yang mengetahuinya dan saya pasti akan ada bercambahan pendapat dalam membuat penilaian kepada anak muda ini. Dan sebagai anak Iranun yang sudah matang dengan tabiat masyarakat Iranun sudah pasti akan banyak yang mempertikaikan akan kewibawaan Ustaz ini daripada kemampuannya memikul tanggungjawab ini. Tabiat masyarakat Iranun boleh di umpamakan ketam melayu yang diletakkan di dalam besen, pastinya tiada yang dapat keluar dari tempat itu kerana ketam yang lain akan menariknya dari dalam. Kalau ada pun yang mampu keluar kerana kekuatan peribadinya akan gagal kerana ketam-ketam yang lain akan bersatu mengagalkan impiannya untuk keluar dalam bekas itu.



Demikianlah perumpamanya yang dapat digambarkan kepada masyarakat ini, saya tidak bermaksud memalukan masyarakat ini kepada umum, akan tetapi membawa pengajaran yang mendalam untuk memberi pengajaran kepada masyarakat saya sendiri. Jika kita mahu melihat bangsa kita dapat bersaing dengan bangsa lain di Kota Belud, biarlah kita jadi macam ketam cina. Ketam cina perlu ditutup di dalam besen oleh empunya tuan. Kalau tidak semua ketam ini akan habis keluar kerana mereka akan saling bantu membantu untuk naik keluar dalam besen tersebut.


Siapapun dalam masyarakat Iranun sebenarnya boleh menjadi ketua, apa ta lagi Ustaz Idris yang ada cita-cita untuk menjadi wakil rakyat ini punya landasan yang boleh dikatakan baik untuk kearah itu, tinggal lagi tunjuk ajar dan sokongan dari mereka yang terdahulu perlu untuk memastikan anak muda ini berjaya. Sebenarnya masyarakat Iranun masih dalam kepompong curiga mencurigai antara satu sama lain dan yang paling jelas sekali ialah sikap dengki atas pencapaian orang lain masih menebal di dalam masyarakat ini.



Sama-sama kita fikirkan kearah kebaikan masyarakat kita bersama dari memikirkan menjatuhkan kejayaan orang lain. Pada saya siapa pun jadi pemimpin samada Ustaz Idris, Roslan Akik, Marali Haji Adim, Roslan Haji Manshor, Eping Gayung dan Roslin Kasan itu tidak penting asalkan mereka berjuang untuk membangunkan bangsa kita yang tercinta ini. Tidak ada gunanya kita mengagong-agongkan pemimpin yang telah pernah berkuasa akan tetapi tidak berjaya membangunkan bangsa kita ini. Kalau setakat melakar nama di persada politik Negara sebagai pemimpin tetapi masih lagi suku bangsanya bergelut dengan kemisikian dan kekurangan kemudahan asas. Pastinya suatu masa nanti bangsanya sendiri akan mengutuknya kembali. Renung-renunglah bersama.

15 ulasan:

Unknown berkata...

Sdra Nujum Pak Belalang,

Saya sokong bangsa Irranun mencari pemimpin pelapis utk diketengahkan sebagai "pemimpin dan pembela" nasib bangsa. Samada dalam UMNO, PAS atau PKR..

Dengan mangeluarkan kenyataan orang2 TSP menghalang kemunculan pemimpin Irranun lain sudah menggambar satu kenyataan yg menuju ke arah perpecahan bukan perpaduan.

Saya tidak berhasrat membela mana-mana pihak. Tetapi TSP telah ada pengikut yg setia. Jika pemimpin baru Irranun benar-benar seorang tokoh yg hebat sdh tentu beliau akan disokong pngikut TSP. Dengan syarat menghormati pemimpin lama dan terdahulu.

Oleh sebab itu saya selalu berpegang kepada ayat "meneruskan perjuangan" bukan sebagai pengganti pemimpin.

jangan lupa melayari paradigma.com.my portal yg tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

salam MO

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Saudara Musli,

Sesungguhnya kita golongan muda masyarakat iranun tidak menidakkan kewibawaan pemimpin terdahulu. Meksipun demikian pemimpin terdahulu pastinya pergi suatu hari nanti. Kepergian yang tidak meninggalkan pengganti adalah satu kerugian yang amat sangat kepada masyarakat kami. Kadang-kadang bila kami mengutarakan sesuatu pemimpin lazimnya disalahtafsirkan oleh pemimpin terdahulu dengan mengistilahkannya cuba menjatuhkan pemimpin terdahulu.

Bila prasangka seumpama ini berlaku timbullah rasa ketidakpuasan hati golongan muda seperti kami ini.

Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana menyokong perjuangan kami ini. Insyalllah saya akan layari portal saudara itu.

SAMBAL BELACAN berkata...

Salam,

Semua yang sdra senaraikan sebagai bakal calon adalah kurang kelayakan untuk menjadi pemimpin.

Sekolah tak ke mana, kalau ada pun hanya PJJ atau lebih sedap didengar Ijazah yang dibeli....

Layakkah menjadi pemimpin kalau Ijazah pun dibeli....saya rasa adik Musli Oli pun setuju dengan pandangan saya.

Bagaimana kita nak maju? sedangkan di Semenanjung, wakil rakyatnya terdiri drp Degree (ini paling sedikit bilangannya), Master (kebanyakan) dan PHD...manakala kita di Sabah Ijazah yang dibeli...

Kalau sdra Nujum Pak Belalang berfikiran terbuka dan berani, silalah siarkan komen saya...kalau tidak berani jadilah seperti dalam filem klasik P.Ramlee (ahli mesyuarat tingkap)....

Unknown berkata...

si idris sekarang tengah belajar...mungkin ambik diploma atau degree...persiapan untuk jadi wakil rakyat. satu lagi si idris tengah kumpul harta dengan minta projek sana sini. Sekarang ini pun si idris tengah buat beberapa projek seperti jambatan tawadakan ke SMK Taun Gusi...Kebanyakkan si idris jadi "Mastermind" sahaja...

Pendekar Tua berkata...

kalau istilah Politik, perjuangan yang disandarkan kepada populariti adalah pemimpin bermusim..tidak akan kekal dan akan ditelan arus perubahan..

Iranun ada pemimpinnya TSP yang mampu bertahan dalam persada politik negara setelah hampir 30 tahun..apakah TSP seorang pemimpin bermusim?

Kalau begitu apa kepentingannya mengangkat orang baru yang bermusim daripada terus memberikan sokongan kepada yang mampu bertahan..?

saya akui perlu ada pelapis..tetapi bukan melapis..kerana itu pelapis harus menyambung perjuangan sedia ada bukan menjadi penghalang dan melawan arus perjuangan..

Apakah Iranun akan mampu menghadapinya..?

Pendekar Tua...

Kuda Berhias berkata...

Salam Ziarah,
Siapapun boleh bertanding dalam sistem demokrasi. Soal mampu dan mencapai keunggulan adalah soal yg subjektif. Ingtlah cita-cita berbeda dengan angan-angan. Cita-cita disertai dengan usaha yang bersungguh-sunggu. Angan-angan pula hanyalah kemahuan yg tidak disertai usaha.

Selamat berjuang mencapai cita-cita...

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Sambal belacan,

Kita tidak boleh merendah-rendahkan kebolehan orang lain hanya kerana merasakan kita terlalu hebat. Orang lain juga merasakan dirinya kuat seperti kita. Belum cuba belum tahu,itulah perumpamaan yang menggambarkan keadaan ini.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Si Badang,
Terima Kasih atas kunjungan tuan, suruh si Idris kau itu jaga tingkahlakunya, jangan macam kadig ah ugab, besar cakap isi tiada, barulah orang hormati kita.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Pendikar Tua,

TSP berjaya mencipta nama dipersada politik tanah air, Tapi masyarakatnya masih dibelenggu kemisikanan, walaupun dia pegang macam-macam jawatan, diri dan keluarganya saja yang senang linang. Kau lihat Orang Kanan dia Si Mukaris di Tamau, rumahnya terbakar sampai baino tidak dibantu, walaupun masa itu dia wakil rakyat tempasuk, dimana dia simpan peruntukan Adunya masa itu. Saya dengar dia hanya bagi sama si Haji Muar, Juara, Datu Batul, dan Ady Liun sahaja.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Kudat Berhias,

Saya setuju pendapat saudara, terima kasih mengunjungi blog saya.

Unknown berkata...

Salam Pendikar TUA

Saya sokong sdr Idris jadi calun Tempasuk dlm PRU13 nanti, kerana beliau seorang yg berjiwa mesra, rendah diri dan senang ditemui terutama di kedai2 kopi.

Berbanding dgn TSP yg terlalu ego, berlagak dn bergaya mcm org British. Klu duduk kedai kopi org yg pergi salam dia bukan dia yg pergi salam org, walhal org2 ini lah yg telah mengundi dan memenangkan beliau shinga mendapat peluang sperti yg ada sekarang.

Poin sya di sini, sebenarnya bukanlah TSP yg hebat sehingga menjadi SDU, tetapi peluang dan nasib yg diberi oleh pengundi telah menaikkan beliau sehingga tahap ini.

Bermasksud SESIAPA PUN.. Sdr Idris ka, sdr Roslan ka, Musli atau Pendikar Tua pun boleh menjawat dan mencapai tahap sperti yg telah dicapai oleh TSP, serkiranya mereka2 ini ada peluang sprti TSP.

Rationalnya disini... JGN MEMPERLEKEHKAN KEBOLEHAN ORG LAIN. Kalau pendikar sudah tua, pulang dan berehatlah.... Hehehe...

Pendekar Tua berkata...

sdr abu..

tiada siapa yg d[t menandingi kehebatan TSP..termasuklah golongan muda sepeti yg sdr abu katakan itu..Biarpun TSP sudah tua dan berusia tetapi dia masih kuat utk bergelar pemimpin..

Kalau duduk kedai kopi tapi tak buat apa-apa pun tak kemana juga. Apa yg berlaku ialah goonganmuda perlu banyak mempelajari ilmu dari TSP..supaya menjadi bekalan menghadapi situasi politik yg kian mencabar.

Sdr Abu..

Iranun kena berubah, perlu menghormati TSP dan bukan utk memperlekehkannya..Lihat bagaimana suku Bajau menghormati pemimpin mereka sehingga disanjung begitu rupa .begitu juga suku KDM dan yang lainnya..kenapa Iranun tidak boleh berbuat demikian..?

watasikadi berkata...

akui kebanyakan graduan irranun salam pak nujum,
walaupun pendapat saya selalu dianaktirikan namun saya tetap menulis demi rakyat KB. bersetuju dengan pendapat saudara abu, sebenarnya pemuda seperti saudara idris harus diberikan peluang. kelulusan tinggi cuma prasyarat sebenarnya, namun kadangkala sekolah tinggi pun kalau jadi tambah tembirang bagus ndak payah sekula, kalau mau jadi YB terus menembirang bagus tidak jadi YB. mengapa tidak anak irranun yang degree bukan dari PJJ tidak dicalonkan atau mereka memang tidak berminat? saya harus tidak berminat berpolitik berdasarkan resam politik yang seharusnya suci tapi dilihat penuh muslihat. siapa mau tanggung risiko sedangkan mereka graduan, namun demi bangsa seharusnya pendapat graduan kita didengari dan mereka ini kebanyakannya dari golongan pemuda. jika sekula tinggipun pun kalau salam pun ndak tinguk bagus tidak skula. mengapa KDM menyanjung pemimpinnya? siapa tidak sanjung huguon siau, masa dia perintah dulu si bundok acting 3 kali bah dari penolong pegawai jadi pengarah perjawatan. lain lagi yang dia hantar pegi luar negara sambung skula, yang tidak lulus SPM pun pulang jadi lawyer. time TSP ada kuasa apa dia bagi? kalau bukan saudaranya jangan haraplah.mana dia mau hantar pegi oversea, kalau dia hantar kena kasih lebihla pulak dia oleh anak bangsanya. takut kena putung bah. itu masalahnya. namun saya masih berharap TSP berubah demi anakbangsanya ini. kali ini saya setuju sama pak belalang yang juga kurang senang dengan kepimpinan TSP. Tapi harus diingat saya tatap PAS.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Watasikadi,

Saya minta maaf atas keterlanjuran saya dalam isu sebelum ini. Saya pun golongan muda seperti saudara, sebenarnya bukan saya anti TSP, akan tetapi saya mempersoalkan sikapnya yang tidak mengakui pemimpin pelapis Iranun yang ada sekarang.

Saya bersetuju dengan pendapat saudara bahawa, TSP takut kena potong jalan sebelum dia berehat dalam politik.Sebab itu dia mengatakan semua golongan muda Iranun yang mahu jadi pemimpin tidak layak.

Barangkali yang layak jadi pemimpin anaknya saja, saudara Zamzuri, sebab itu kalau suatu hari nanti anaknya ditonjolkan olehnya, kita pakat-pakat tolak kempimpinannya kerana kempimpinan dalam masyarakat iranun sudah dikira Dinasti TSP.

CT Farhana Wee berkata...

Macam mana dengan Timbalan Presiden PBS, Almuddin Kaida?