MEMANCING DAN MENANGKAP IKAN DALAM SUKU KAUM IRANUN

on Jumaat, 11 September 2009



Bagi mereka yang meminati aktiviti memancing ikan di laut akan sanggup melakukan apa sahaja yang mampu menyumbang untuk memuaskan ketagihan mereka menyintap pancing apabila umbannya di makan oleh pemangsanya.
Namun bagi mereka yang tidak meminati kegemaran ini menganggap aktiviti ini sebagai kerja orang gila. Menurut mereka, menunggu umban sehingga di makan ikan membuang masa dan suatu kerja yang tidak berfaedah. Namun apa pun pandangan orang kepada aktiviti ini, kita kena berbalik kepada kekuasaan Allah yang menjadikan manusia adalah bersuku-suku dan bermacam-macam. Keunikan inilah membuatkan manusia adalah semulia-mulia makhluk kejadian Allah di muka bumi.
Sewaktu di sekolah rendah dulu, saya sering mengikut ayah ke laut tapi bukan memancing tetapi menangkap ikan menggunakan pukat tenggalam. Di peringkat permulaan saya merasakan aktiviti ini amat menyenorokkan, namun lama kelamaan ianya membosankan kerana mengharungi ombak setiap hari. Bagi mereka yang dapat berpeluang turun kelaut akan merasai suasana itu. Namun apa yang saya katakan di sini bukanlah pengalaman saya turun kelaut atau mereka yang mengemari aktiviti memancing akan tetapi merenung nasib golongan nelayan yang tidak terbela sejak begitu lama. Walaupun pengumuman demi pengumuman di buat oleh kerajaan untuk membantu nelayan, namun apa yang kita saksikan kehidupan nelayan kita dipesisir pantai sehingga ke hari ini masih di tahap seperti sebelum meredeka.
Di pesisir pantai daerah Kota Belud yang mejoritinya dihuni oleh masyarakat Iranun yang hidupnya bergantung penuh kepada hasil menangkap ikan. Rata-rata di antara mereka masih lagi menggunakan teknik penangkapan lama yang hasilnya amat kurang, tetapi perlu menggunakan sepenuh tenaga untuk melakukannya. Di Kampung Tamau dan Pintasan misalnya masih ramai yang menangkap ikan mengunakan perahu dayung. Perahu ini dibuat daripada pokok kayu besar yang terdapat di tebing-tebing sungai di sepanjang sungai kg Peladok dan Kg Payas-payas.
Jika laut bergelora sikit nelayan-nelayan tadi tidak dapat turun ke laut kerana perahu mereka tidak mampu mengharungi ombak dan boleh membahayakan nyawa mereka. Walaupun telah banyak kali masalah ini di ajukan kepada wakil-wakil rakyat di kawasan ini, namun masalah ini tetap begitu sahaja tiada tindakan yang di ambil oleh mereka yang sepatutnya bertanggungjawab. Sebagai anak Iranun yang dibesarkan dalam keluarga nelayan masih lagi dapat merasai keperitan ini, walaupun sumber ekonomi kami tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada aktiviti menangkap ikan.
Harapan kepada pihak yang berwajib agar dapat melakukan sesuatu yang boleh mengubah hidup golongan ini di masa akan datang. Insyallah

0 ulasan: