AKSI MIANG ATUK GATAL

on Jumaat, 11 September 2009





AKSI MIANG ATUK YANG GATAL


Inilah yang menyedihkan orang-orang tua yang tak sedar diri, kata orang DUNIA KATA PERGI KUBUR KATA MARI masih lagi utamakan KELALATUGAN



KUALA LUMPUR: Segelintir warga emas yang dikategorikan sebagai miang menjadikan wanita asing yang berkeliaran di Jalan Pudu di sini, sebagai kekasih sampingan bagi memuaskan nafsu.Walaupun menderita dari segi fizikal yang kian dimamah usia, keinginan membuak untuk dibelai dan ditemani ‘buah hati’ langsung tidak menjadi halangan golongan ‘atuk gatal’ ini daripada meneruskan niat mereka.Malah, ada antara golongan warga emas ini turut bergantung dengan pil perangsang seks bagi membangkitkan nafsu.Seorang peniaga restoran di Jalan Pudu berkata, kebanjiran gadis dan wanita warga asing terutama dari China sejak beberapa bulan lalu menyebabkan kawasan terbabit menjadi sarang hubungan cinta gelap antara lelaki tempatan dan golongan wanita ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Don, 35, berkata perempuan simpanan warga asing ini yang disifatkannya sebagai wanita murahan sanggup menjalin cinta dengan dua hingga empat lelaki dalam satu-satu masa asalkan mendapat wang.


Menurutnya, kebanyakan ‘perempuan simpanan’ ini dikesan menghuni pangsapuri berhampiran yang disewa beramai-ramai dengan anggaran sewa sekitar RM2,000 sebulan.“Mereka (gadis) ini bukan menawarkan cinta sejati sebaliknya hanya sebagai teman di kalangan warga emas yang rata-ratanya berusia lebih 60 tahun.“Golongan gadis pisau cukur ini yang merantau jauh dari China atau Thailand biasanya akan menawarkan diri untuk menjadi perempuan simpanan asalkan mereka diberikan nafkah wang setiap kali temu janji diatur,” katanya.Menurutnya, kebanyakan mereka umpama kupu-kupu pagi apabila dilihat berkeliaran seawal jam 7 pagi untuk bertemu teman lelaki warga emas yang datang untuk bersarapan di gerai atau medan selera berhampiran.“Biasanya lelaki warga emas ini yang datang dengan berjalan kaki atau berkereta akan duduk di dalam kedai sebelum menghubungi buah hati menggunakan telefon bimbit bagi memaklumkan kehadiran mereka.“Selang beberapa minit kemudian, gadis simpanan berkenaan yang siap berdandan dan berpakaian seksi muncul sebelum duduk di samping teman lelaki berkenaan,” katanya.Beliau berkata, gadis warga asing ini cukup bijak melayan warga emas ini apabila tanpa segan silu bersandar di bahu atau sengaja mengurut tangan atau bahu kekasih hati masing-masing sambil berbual kosong.“Mereka kemudian akan mengikuti gadis terbabit ke rumah sewa mereka,” katanya.Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro mendapati beberapa kafe dan medan selera di kawasan berkenaan menjadi tumpuan golongan warga emas berpeleseran dengan tanpa segan silu berpelukan atau makan semeja dengan gadis yang 40 tahun lebih muda dari mereka.

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam pak belalang..

Apa makna kelalatugan tu?

Betul lah kata org ada duit semua boleh jadi.
Kubur kata mari..amoi pun kata mari jugak..

Ba bila kita makan soto?

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Pak Abu,

Apa makna kelalatugan tu?

Kelalatugan berasal berada dari bahasa Iranun dan membawa maksud seseorang yang samada lelaki atau perempuan yang mempunyai nafsu Sexs yang meluap-luap atau tinggi. Kadang-kadang kalalatuganlah seseorang itu hilang pertimbangan sehingga sanggup merogol asalkan keinginan dapat dipenuhi.

Bagi mereka yang berduit pula dan mempunyai kegilaan sexs yang tinggi sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk kepuasaan sexsnya.

Ba bila-bila bah?