CALUN PILIHANRAYA

on Sabtu, 26 September 2009


Setiap ahli UMNO mengharapkan pemimpin tertinggi UMNO mengambil tindakan sesuatu yang boleh membawa perubahan kepada UMNO ke arah yang boleh membantu memulihkan imej UMNO di mata masyarakat melayu. Saya amat teruja penjelasan Mantan Perdana Menteri Malaysia TUN MAHATHIR melalui blognya. Sebagai ingatan kepada semua lapisan pemimpin UMNO supaya memahami penjelasan TUN MAHATHIR ini.

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.

5. Imej ini boleh diubah jika UMNO secara serius cuba bertindak membersihkan dirinya. Yang rakyat lihat ialah janji akan terus bertindak terhadap yang terlibat dengan penggunaan wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi tidak dikotakan. Sebaliknya banyak tanda-tanda yang menunjuk yang kotor diterima juga. Jika yang dipilih sebagai calon di Bagan Pinang tidak bersih maka persepsi rakyat terhadap UMNO sebagai parti rasuah tidak akan berubah. Ia akan mempunyai kesan buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.


8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.9. Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum.

10. Sebenarnya penolakan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 disebabkan kebanyakan ahli UMNO terus menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh rakyat. Oleh kerana ahli UMNO tidak bertindak menukar pemimpin yang tercemar dengan rasuah dan nepotisme, maka rakyat sebagai pengundi terpaksa bertindak mengalahkan BN dan UMNO di banyak kawasan.

11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.

4 ulasan:

palingberani berkata...

Assalamuwalaikum Sdr nujum Pak Belalang..

isu UMNO silap pilih calon berlaku sejak dari dulu lagi. Penyakit ini berjangkit di Sabah dan di Kota Belud. Pilihanraya yang lepas menyaksikan beberapa pemimpin di gugurkan kerana faktor politik bukan kewibawaan calon.

Di Kota Belud, kita mendapat calon baru Datuk Rahman. Dan Datuk Japlin...rekod peribadi nampaknya memihak kepada Datuk rahman kerana sehingga kini masih tidak disabitkan dengan sebarang kes..kecuali suatu ketika datuk Rahman menggemparkan parllimen apabila mendakwa cuba di sogok oleh pihak pembangkang. selainnya kes orang kuatnya mengamuk. Itu saja..

Manakala Datuk Japlin...sehingga kini tidak tahu kesudahan kes SPRM nya. Mungkin sedikit sebanyak menjejaskan UMNO Kb.

Saya mencadangkan agar dlm PRU-13 Umno memilih calon yang bersih dan amanah serta berwibawa. Memberikan khidmat kepada masyarakat kb dengan bersungguh-sungguh.

salam hormat dari saya.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Saudara Palingberani,

saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. kekalahan calun-calun BN pada PRU12 yang lalu kerana calun korap dan masalah peribadi yang tidak boleh dimaafkan.

Saya sentiasa menanti komen-komen saudara.

Watababai berkata...

Salam ziarah sdr Nujum Pakbelalang..

kalau kita berfokus di KB..tentunya kita jauh menyebut bahawa kesemua calon pemimpin kita bebas dari masalah peribadi...

Datuk Salleh antara sebab tidak dicalonkan ialah kerana terlalu mementingkan politik peribadinya...rekod nya selama dalam kerajaan dan parti memang diketahui oleh KM ..begitu juga TSP..dri sudut pembangunan infrastruktur di KB, kedua-dua pemimpin ini gagal menunjukkan prestasi yg membanggakan.

Bila Datuk Rahman menjadi ahli Parlimen..sedikit perubahan kita nikmati di KB ini. Misalnya Masjid Pekan ada sudah Skrin Projektor...Pekan KB juga ada lampu jalan yang cantik..Bekalan air pun tengah diusahakan oleh DARD..syukurlah, sekurang-kurangnya ada perubahan.

Datuk Musbah juga mengusahakan Agropolitan dan jelapang padi..

Rasanya kita mungkin bertuah memiliki pemimpin seperti ini. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Terima kasih atas kunjungan saudari ke dalam blog saya, Selamat Hari Raya Aidil Fitri,

Saya hargai pada pandangan sauadari mengenai pemimpin kita di Kota Belud. Sememang itulah yang terjadi, tetapi bila mula diperkatakan oleh lapisan masyarakat KB mengenai kepimpinan mereka mula mereka bertindak dengan penafian yang bermacam-macam. Itulah bah sifat manusia yang sentiasa tidak mengakui kesilapan masing-masing.

Saya sentiasa menanti komen saudari di lain hari.