YB.DATUK RAHMAN: 7 PROJEK GELANGGANG FUTSAL

on Isnin, 28 September 2009





Bila membicarakan Datuk Rahman Haji Dahlan orang dikedai kopi kini telah mula mempertikaikan tindak-tanduknya kini apabila beliau memberikan pengendalian projek 7 buah gelanggang Futsal kepada seorang cina dari semenanjung Ah King ( anak didik Guan On).

Apakah perasaan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bertungkus lumus memenangkan beliau sewaktu pilihanraya tahun lalu. Kini perasaan tidak puashati itu turut disuarakan kepada adiknya Tajuddin yang memonopoli semua projek bekalan dan projek-projek di bawah peruntukan Ahli Parlimen Kota Belud. Bagi mereka yang berurusan dengan Datuk Abd Rahman akan diatur oleh adiknya si Tajuddin itu.

Dalam keadaan UMNO yang kini nazak seharusnya tindakan ini tidak berlaku kerana ianya sidikit sebanyak menambahkan kebencian rakyat khususnya ahli-ahli UMNO itu sendiri kepada parti keramat ini. Justeru itu Datuk Rahman kena berhati-hati dalam semua tindakannya supaya ianya tidak dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai veteran UMNO kota belud, merasakan sudah sampai masanya Datuk Rahman mengkaji dasarnya dalam pemberian projek kepada orang-orang tertentu jika ingin melihat masa depannya di Kota Belud cerah di masa akan datang.


16 ulasan:

Pendekar Tua berkata...

A'kum sdr nujum...

kalau benar apa yang sdr Nujum katakan ini..DARD seharusnya mengambil tindakan. Jangan mengambil kesempatan dengan mengayakan kroni dan keluarganya. Jika hal ini berlaku..laporan kepada SPRM harus dibuat.

DARD jangan memperbodohkan masyarakat di KB... Masyarakat sudah mempercayainya dengan mengangkat jadi ahli Parlimen..jangan dikhianti kepercayaan itu...mungkin dia juga tahu dia tidak akan lama di Kb,..itulah dia ambil kesempatan..

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Pendekar Tuan,

Inilah hakikatnya dan diakui oleh semua pemimpin UMNO Kota Belud. Masih ada ruang untuk diperbaiki, justeru DARD kena melakukan sesuatu sebelum nasi menjadi bubur atau berhadapan tindakan SPRM.

watasikadi berkata...

apa agendanya DARD berbuat begini? bukan rahman sahaja sebernarnya, siapa sahaja wakil rakyat UMNO memang begini tindakannya. biasalah tu dalam UMNO. siapa suruh undi BN. tanggunglah akibatnya.. ingat Tun DR M cakap 'melayu mudah lupa', sekarang jak la orang-orang UMNO mempersoalkan DARD bila dah dekat pilihanraya Diberi wang macam biasa, dijulanglah DARD atau pemimpin yang lain mewakili BN. perkara biasa di KB. berpuluh tahun dalam politik pun masih mudah diperdaya. saya tatap PAS. saya tidak jugalah menghentam sahaja, mungkin DARD ada agendanya sendiri memberi pada Ah King, mungkin ah king experience dalam membuat padang futsal dan kerjanya berkualiti berbanding kontraktor kota belud? siapa tau kan? ataupun suapan ah king lebih berkualiti kepada tajudin berbanding orang lain..beginilah permainan UMNO. hujungnya rakyat rugi kerana selepas guna 2,3 tahun padang sudah rosak..hehehe...apapun sebenarnya tidak kira siapa kontraktor projek ini harus berkualiti dan setimpal dengan nilainya dan rakyat mendapat manfaat. jangan jadi macam tandas di ambong kesian haji batun ndak kena bayar gara-gara asli perlin..hehe..ndak pasti pulak sekarang sudah bayarkah belum.untuk keterangan lanjut lawatlah watasikadi.blogspot.com...amun aku pesut tigad ku betisku..

palingberani berkata...

Salam ziarah..

DARD perlu menerangkan perkara ini kepada rakyat Kota Belud..kerana kita mahu ketelusan..jangan ambil kesempatan setelah dilantik jadi ahli parlimen

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
NUJUM PAK BELALANG berkata...

Datu Panglima Tebuan,

Bercakap macam orang gila mengamuk tak tentu pasal. Tak percaya tanya sendiri Ahli Parlimen kau itu. Jangan cuba mencabar Nujum Pak Belalang. Saya tidak ada urusan dengan saudara. Saya mempaparkan apa yang saya dengar dan nampak. Jangan sampai kau yang gila ini saya dedahkan lebih banyak kelemahan ahli parlimen kesayangan kau itu. Jangan libatkan saudara Asli Haji Parlin dia tiada urusan dengan saya.

Sekali lagi yang ingatkan saudara jangan cuba bangunkan Harimau yang sedang tidur. Jangan takut kalau kalian tidak bersalah. Jawab setiap persoalan dengan lebih berhemah dan lebih bertanggungjawab.

Komen saudara akan saya paparkan sebagai membuktikan yang saudara turut menghancurkan kepercayaan masyarakat KB terhadap DARD.

Fikir-fikir sebelum parah, saya tidak ada pun minta projek daripada DARD, yang kau tuduh meluluh ini apa pasal. Jangan-jangan saudara ini taiko projek si DARDkah?

ROJOKOBOG berkata...

Salam Nujum Pak Belalang,
Saya amat tertarik dgn artikel Sdra tentang 7 gelanggang Futsal yg dibina oleh Ah King, berdasarkan pandangan Sdra ada baiknya kita tunggu semua gelanggang ini siap sepenuhnya & sampai mana tahap kualitinya (ketahanan), kalau ianya hanya boleh digunakan 3 bulan (rosak)dan ada bukti bahan tidak berkualiti digunakan dari tarikh siap, maka ianya tidak memadai dan kontraktor mesti bertanggungjawap keatas gelanggang tersebut dalam apa segi aspekpun, samaada dibuat semula dll...sebab kita mahu belia-belia kita selesa dgn setiap premis permainan yg mereka gunakan terutama di kampung2, Pak Belalang kalau main Futsal 5 minit agaknya sudah tercungap-cungap sebab org veteran @ lebih bertenaga dari org muda..bercakap tentang kontraktor ini, dari apa yg kita lihat hari ini ramai kontraktor yg menjual projek kpd kontraktor yg lebih berkemampuan dari segi wang, ini lah sikap org kita yg sukar dibendung, saya risau ada diantara gelanggang Futsal ini telah dijual kpd Ah King, kalau ada, hentikan lah perbuatan ini, berdikari dan percaya kpd diri sendiri utk mencuba sesuatu yg lebih mencabar, tiada guna lisen PKK @ PUKONSA yg di bawa ke hulu dan ke hilir tapi tangan tak pernah merasai memegang pasir dan simen...wasalam

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Salam...
Pak Nujum...tolong tingok dalam mangkuk itu nasib saya punyai kidai, ada baik ka?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Kalian,


Apapun yang anda katakan, kita tunggu sahaja penjelasan DARD dalam isu yang dibangkitkan ini. Mereka yang ada kepentingan dengan DARD tentunya mengamuk macam Saudara Panglima Tebuan dan Oripen. Lepas itu menyalahkan orang lain, kalau tidak benar buat apa takut, hadapi kenyataan ini dengan lebih berhemah baru kelihatan orang DARD ada pemikiran yang waras. Sebaliknya kalau kenyataan ini tidak benar beri penjelasan, supaya isu ini terjawab.

Wasalam.

watasikadi berkata...

Saudara datu panglima tebuan, apa yang pak nujum cakap ada relevannya, tetapi asli memang ada masalah, saudara boleh lihat di watasikadi.blogspot.com tentang ulasan berkenaan tandas di ambong, setelah tidak dibayar tuntutan oleh pejabat daerah maka barulah dibina semula. bila dah siap saya akan memaparkan sendiri kedudukan terbaru tersebut. Tindakan DARD bakal memakan dirinya walaupun setinggi manapun fail di pejabat parlime..hehehe

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Saudara Nujum Pak Belalang,

Tolong tilik masa depan DARD di Kota Belud. Dan nasib si Asli Haji Parlin yang kaki rasuah itu.