ANTARA DATUK MUSBAH DAN UMNO TEMPASUK BANYAK TERSIMPAN NOSTALGIA YANG SUKAR DILUPAKAN

on Rabu, 4 Ogos 2010



Kelahiran parti UMNO di kawasan DUN Tempasuk banyak dipengaruhi oleh seorang tokoh anak muda yang telah menunjukkan kejayaan dalam dunia perniagaan yakni YB Datuk Musbah Haji Jamli. Meksipun ramai tokoh-tokoh politik di kawasan ini umpamanya seperti arwah Haji Kadri Haji Nanti, Haji Mastan Haji Hassan, Jemil Haji Sidah, Roslan Haji Manshor, Matlie Haji Johari, Lamsil Hamidshor, Madlan Haji Guring, Serin Haji Sudah, Jenuin Haji Sudah dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan sini. Namun mereka merupakan hanya pelengkap kepada kewujudan dan kekuatan Parti UMNO di kawasan Tempasuk.

Di peringkat awal kemasukan UMNO di Kawasan Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli telah diberi peranan yang cukup besar untuk menjaga kawasan Tempasuk. Memandangkan UMNO ketika itu baru menyusur masuk di daerah ini, maka segala-galanya serba kekurangan. Dengan berbekalkan kewangan sendiri hasil daripada perniagaan sendiri, sebahagian besar aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh UMNO bahagian di kawasan ini dtelah dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Musbah pada ketika itu. Apa lagi pada masa itu Datuk Musbah merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Diperingkat permulaan Datuk Musbahlah yang bertanggungjawab menubuhkan Jentera Pilihanraya dikawasan Tempasuk. Penubuhan Jawatankuasa ini merupakan bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan parti UMNO ketika itu di kawasan Tempasuk. Penubuhan jawatankuasa ini melibatkan Ketua-Ketua cawangan yang berada di peringkat daerah mengundi masing-masing. Saya masih ingat bahawa kawasan Tempasuk mempunyai daerah mengundi sebanyak 9 buah kawasan antaranya ialah Daerah Mengundi Taun Gusi, Daerah Mengundi Tamau, Daerah Mengundi Dudar, Daerah Mengundi Rampayaan, Daerah Mengundi Rosok, Daerah Mengundi Tempasuk, Daerah mengundi Lasau Podi ( hari ini daerah mengundi ini telah berpindah di kawasan Kadamaian). Setiap daerah mengundi diketuai oleh seorang Pengarah Jentera Pilihanraya yang dilantik dari salah seorang ketua Cawangan diperingkat daerah mengundi tersebut dan AJKnya terdiri dari ketua-Ketua cawangan, ketua Pemuda, Ketua Pemuda dan beberapa orang yang dilantik untuk membantu Jentera Pilihanraya tersebut.

Semasa pilihanraya pada tahun 1994 UMNO telah pertama kali mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri sabah dengan meletakkan calun-calunnya di kawasan yang majoritinya penduduk orang-orang islam. Sebab itu sepatutnya pada pilihanraya tersebut kawasan Tempasuk seharusnya ditandingi oleh parti UMNO berdasarkan kepada kawasan ini merupakan majoriti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang islam. Kedua pada masa itu Jentera pilihanraya telah bersiap sedia berbanding dengan parti kompenan Barisan Nasional yang lain. Jika kawasan Tempasuk diberi kepada parti UMNO pada masa itu seharusnya Datuk Musbah menjadi calun UMNO pertama kali di kawasan Tempasuk berdasarkan kepada kedudukkannya sebagai Timbalan Ketua UMNO bahagian Kota Belud. Kedua pada masa itu Datuk Musbah mengetuai jentera pilihanraya UMNO kawasan Tempasuk dan bersiap sedia menghadapi parti lawan.

Namun kerana konsep Barisan Nasional kawasan Tempasuk telah diberi kepada parti Akar salah satu parti kompenan Barisan Nasional di negeri Sabah. Oleh itu Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia timbalan presiden Akar telah menjadi calun Barisan Nasional di Kawasan Tempasuk pada ketika itu. Pemilihan Tan Sri Pandikar sebagai calun Barisan Nasional di kawasan Tempasuk sedikitpun tidak mengecewakan Datuk Musbah sebagai orang yang telah berusaha memperkukuhkan kedudukan parti UMNO di kawasan Tempasuk. Sebagai buktinya bila Jentera pilihanraya yang ditubuhkannya sebelum pilihanraya telah digerakkan untuk membantu Tan Sri Pandikar memenangi pilihanraya pada masa itu. Pengorbanan Datuk Musbah ini seharusnya dihargai oleh Tan Sri Pandikar selepas memenangi Pilihanraya itu atas laluan yang diberikan olehnya dan membantu beliau menghadapi parti PBS ketika itu.

Tetapi apa yang berlaku selepas sahaja Barisan Nasional mengambil ahli kerajaan Negeri Sabah dari Parti PBS, Tan Sri Pandikar yang mewakili kawasan Tempasuk telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Dan beliau mengetepikan pengorbanan Datuk Musbah apabila beliau melantik Jemil Haji Sidah sebagai Setiausaha Politiknya bersama-sama dengan Kibin Haji Samad.

Meksipun perjalanan Datuk Musbah dalam memartabatkan UMNO di kawasan Tempasuk melalui ranjau-ranjau onak duri, Datuk Musbah tetap meneruskan perjalanan untuk berjuang bersama-sama rakan-rakan memperkukuhkan UMNO dengan harapan parti ini dapat membawa perubahan besar kepada masyarakat Tempasuk. Perjuangan ini tidak sia-sia apabila beliau sekali lagi telah dipilih menjadi Wakil Rakyat Tempasuk pada tahun 2008, beliau telah merealisasikan impiannya untuk membawa JELAPANG PADI DAN AGROPOLITAN ke daerah Kota Belud menjadi kenyataan.

0 ulasan: