SUMBANGAN DATUK MUSBAH TERHADAP ANAK SULUNG UMNO NEGERI SABAH

on Jumaat, 23 Julai 2010


Penindasan kerajaan PBS terhadap orang-orang islam di Sabah semasa era pemerintahannya telah membuka peluang kepada kepimpinan UMNO semenanjung Malaysia untuk membawa parti UMNO ke Negeri Sabab. Bagi merealisasikan impian ini perundingan antara kepimpinan Parti USNO yang dibawah kepimpinan Allahyarham Tun Datuk Mustapah Datu Harun dengan kepimpinan UMNO di bawah era Tun Dr Mahathir Mohammad telah diadakan. Hasil perundingan ini parti USNO perlu dibubarkan bagi membolehkan UMNO mengembangkan sayapnya ke negeri Sabah. Pengorbanan yang dilakukan oleh Bapa Tun Mustapah Datu Harun ini akan dikenang hingga ke akhir zaman, kerana dengan pengorbanan inilah UMNO sabah telah berjaya dikembangkan ke Sabah. Pengembangan UMNO ke Sabah sekurang-kurangnya telah membawa perubahan yang besar penduduk sabah yang beragama islam.

Kemasukan parti UMNO di Kota Belud adalah bermulanya senario baru dalam politik negeri Sabah. Sebagai permulaan bertapaknya UMNO di Kota Belud satu pilihanraya kecil telah diadakan di kawasan Usukan. Tun Mustapah Datuk Harun telah dipilih sebagai calun UMNO yang pertama di negeri Sabah. Semasa pilihanraya ini orang yang telah memainkan peranan penting sehingga UMNO mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil itu tidak lain tidak bukan melainkan Datuk Musbah. Datuk Musbah pada masa itu adalah satu-satunya bumiputra yang dilihat telah berjaya dalam dunia perniagaan, kerana pada masa itu beliau telah berjaya memiliki beberapa unit kedai di daerah Kota Belud dan beberapa kereta mewah hasil daripada usahanya dalam dunia perniagaan sebelum menceburkan diri dalam dunia politik.

Sebenarnya Datuk Musbah sebelum menceburi dunia politik, beliau mampu bersaing dengan peniaga-peniaga cina di daerah Kota Belud dan tuduhan mengatakan bahawa beliau mendapat kekayaan yang dimilikinya sekarang ini adalah kerana beliau seorang perasuah semasa dalam memegang jawatan sebagai wakil rakyat itu adalah sebenarnya fitnah semata-mata. Tujuannya ialah untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan masa depan politiknya di daerah Kota Belud. Melihat kejayaan beliau itu maka Bapa Tun Mustapah Datu Harun telah melantik beliau sebagai salah satu jentera pilihanraya parti UMNO menghadapi kerajaan PBS di Usukan. Datuk Musbah telah menjadikan rumah kedainya sebagai tapak bagi Bapa Tun Mustapa Datu harun beroperasi berkempen semasa pilihan raya itu. Datuk Musbah tidak sedikitpun meminta habuan mahupun sewa kerana menggunakan rumah kedainya itu, dengan bentuk pengubahsuai yang menarik bagi rumah kedai itu menyebabkan Tun Mustapah Datu Harun tertarik untuk tidur atau bermalam semasa kempen tersebut.

Inilah pengorbanan Datuk Musbah terhadap parti UMNO yang tidak dapat dilupakan oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat semasa kempen tersebut terutama Ketua Menteri sekarang ini YAB Datuk Seri Musa Aman yang turut serta terlibat semasa kempen itu. Apabila UMNO telah bertapak daerah Kota Belud melalui calunya pada masa itu Tun Mustapah Datu Harun, maka ramailah pemimpin-pemimpin dari persekutuan yang turun ke negeri Sabah Khususnya di daerah Kota Belud.

Semasa mereka berada di daerah Kota Belud kenderaan Datuk Musbah jugalah yang digunakan untuk mengangkat mereka daripada helikopter ke lokasi majlis-majlis itu berlangsung. Antara pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah menggunakan kereta Ninja King Datuk Musbah ialah termasuklah tokoh agung UMNO iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir bin Mohammad Perdana Menteri Malaysia pada masa itu dan juga presiden UMNO Malaysia.

Salah satu lagi pemimpin UMNO yang pernah menggunakan kereta ninja Datuk Musbah ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba yang juga Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Timbalan Presiden UMNO Malaysia bila beliau setiap kali berkunjung ke daerah Kota Belud kerana beliau pada masa itu ialah Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Setelah Allahyarham Tun Ghafar Baba digantikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tugas-tugas Tun Ghafar Baba telah diteruskan oleh beliau bagi terus memantapkan UMNO di negeri Sabah. Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kota Belud telah dilakukan kerana mungkin ke akrabannya dengan Ketua Bahagian pada masa itu Datuk Salleh Tun Said. Peristiwa kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kg Labuan mengingatkan saya kepada keadaan kelam kabut penduduk yang berada di sekitar SMK Taun Gusi kerana sebuah helikopter tiba-tiba mendarat di padang SMK Taun Gusi. Perkara yang sama dilakukan oleh Datuk Musbah untuk menyediakan keretanya bagi mengangkut Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kg. Labuan bagi menghadiri sebuah majlis bersama rakyat. Kali ini dengan biji mata saya melihat Timbalan Perdana Menteri Malaysia memasuki kereta Ninja Datuk Musbah, waktu itu ramai juga tetamu terhormat yang menanti kehadiran Timbalan Presiden UMNO itu dan saya turut berada di lokasi itu bersama-sama penduduk kampung yang ingin melihat dengan dekat wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian ialah sumbangan Datuk Musbah dalam membantu parti UMNO mengembang sayapnya ke Sabah melalui daerah Kota Belud. Melalui peristiwa inilah juga UMNO Kota Belud menerima nama julukan sebagai Anak Sulung UMNO Negeri Sabah dan berkat dari kemasukan UMNO ini ke Sabah,kini kerajaan Negeri Sabah ditunjangi parti keramat orang melayu ini. Pengorbanan Datuk Musbah tidak berakhir di situ sahaja malahan hingga ke hari ini, Datuk Musbah sanggup membelanjakan beratus ribu ringgat demi untuk melihat UMNO Kota Belud tetap agung di mata pemimpin-pemimpin Malaysia. Semasa menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, meksipun beliau tidak bergelar wakil rakyat kesungguhannya menyumbang kepada parti UMNO tidak mengenal batas asalkan demi untuk kepentingan parti UMNO yang tercinta ini.

Sebab itu sewaktu beliau menerajui kepimpinan UMNO bahagian Kota Belud, beliau telah menyediakan sebuah pejabat UMNO Kota Belud yang mirip sebuah pejabat Exselusif dengan dilengkapi komputer yang canggih selaras perkembangan tekologi ICT zaman ini. Meksipun wang yang digunakan untuk menyediakan itu semua memerlukan kewangan yang banyak, Datuk Musbah sedikit tidak berkira mengeluarkan wang dari sakunya demi untuk kepentingan parti UMNO yang telah menyelamatkan umat islam dari cengkaman kerajaan PBS satu ketika.

0 ulasan: