ANTARA KEPERHATINAN DAN KEIKHLASAN

on Ahad, 2 Mei 2010



Dua patah perkataan yang tidak boleh dipisahkan dengan YB Datuk Musbah dalam beliau menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat kawasan Tempasuk. Walaupun barangkali Datuk Musbah bukan wakil rakyat satu ketika nanti namun sikap seperti ini tidak mungkin lenyap dalam kehidupan sehariannya kerana beliau sangat faham dan telah merasai kehidupan sebagai seorang anak pentani misikin. Apabila beliau bergelar wakil rakyat sejak tahun 1999 sikap seperti ini sangat konsisiten dan tidak pernah berubah. Setiap kali penduduk yang menghadapi musibah akan diziarahi dan dihulurkan bantuan bagi tujuan meringgankan beban yang ditanggung si keluarga.

Dua peristiwa yang sempat saya layari dalam blog beliau ialah peristiwa mengunjungi rumah ketua cawangan UMNO Datu Selan di KG. Labuan yang terlantar sakit di rumahnya. Tidak terfikir oleh pemimpin lain darinya untuk meziarahi orang-orang yang memberi sokongan dan dokongan sewaktu beliau bergelar pemimpin dan jauhi sekali untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringgankan bebanan yang ditanggung keluarganya. Tapi dengan Datuk Musbah walaupun suatu ketika orang itu tidak memberi sokongan kepadanya, namun apabila orang itu ditimpa musibah beliau tetap datang mengziarahinya bukan kerana mendapatkan sokongan atau mahu dilihat sebagai hero kepada mata rakyat akan tetapi telah menjadi darah daging kepada beliau untuk memberi sokongan kepada mereka yang berjasa kepada parti UMNO. Peristiwa ziarah kepada rumah Datu Selan merupakan antara yang saya tahu, tetapi sebenarnya ramai lagi yang telah di lawati olehnya seumpama ini. Untuk rekod Datu Selan adalah penyokong tegar UMNO sejak mengembangkan sayapnya di Sabah. Tetapi yang sedihnya tiada satu pun pemimpin yang mengunjuginya di kala mengharungi liku-liku hidup melainkan Datuk Musbah seorang, wal hal Datuk Selan bukanlah pengundi kawasan DUN N6 Tempasuk yang boleh membantunya dalam pilihanraya nanti.

Baru-baru ini hanya SMS dari seorang kawan Datuk Musbah bergegas ke Kampung Taun Gusi melawat Adik Mohd Sail bin Dzulzain yang menderita menghidap penyakit kanser tulang. Membaca kisah Adik Mohd Sail ini, saya amat merasa sedih kerana melihat menderitanya yang ditanggung dalam usia begitu muda. Beliau sepatutnya menghabiskan masanya dibangku sekolah bersama-sama rakan-rakan seumur dengan beliau, akan tetapi kerana penyakit ini beliau terpaksa melupakan impian itu semua. Dalam kesayuan hati saya membaca paparan dalam blog Datuk Musbah itu, tanpa saya sedar air mata meleleh tanda sempati penderitan beliau. Sebagai rakyat Tempasuk saya mendokan Adik Mohd Sail disembuhkan dari penyakitnya dan kembali kebangku sekolah. Untuk Datuk Musbah, saya mendoakan Datuk semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, harapan kami sebagai rakyat agar Datuk terus berkhidmat seperti hari ini semoga segala usaha Datuk bukan sahaja memberi manafat kepada rakyat Kota Belud akan tetapi mendapat pahala dari Allah SWT. Amin….!!!!!

Antara keperhatinan dan keikhlasan Datuk Musbah memberi khidmatnya yang terbaik sebagai wakil rakyat Tempasuk terselit dalam sanubarinya perasaan mengenang jasa pejuang terdahulu. Bagi Datuk Musbah kemerdekaan yang dinikmati hari ini tidak akan wujud tanpa pengorbanan orang-orang terdahulu. Sebab itu kunjungan Datuk Musbah ke rumah Mak Tu Aning di kampong Labuan mengingatkan kita perjuangan orang-orang terdahulu memerdekakan Negara kita ini dari belenggu penjajah.

Mak tu Aning adalah generasi yang wujud dalam zaman USNO dan turut terlibat sama berjuang menuntut kemerdekaan di tangan penjajah bersama-sama bapa kemerdekaan Sabah TUN MUSTAPAH DATU HARUN. Sikap seperti inilah tuntuan pemimpin kita hari ini supaya kita tidak lupa kepada pejuang-pejuang terdahulu, kerana tanpa pengorbanan mereka maka Negara Malaysia yang tercinta tidak akan wujud dalam peta dunia sebagai sebuah Negara yang merdeka lagi berdaulat.

Baru-baru ini beliau telah membawa rombongan muzium Sabah ke lokasi perkuburan sejarahan Kota Belud EMBO ALI yang terkorban di kampong Pandasan dalam mempertahankan tanah air dari tangan penjajah. Peristiwa perang Pandasan sebenarnya merupakan sebuah sejarah yang perlu dikaji kembali bagi mengembalikan nostalgianya kepada generasi sekarang yang masih buta tentang perjuangan orang-orang terdahulu dalam mempertahankan Negara tercinta ini. Peristiwa perang pandasan banyak menyimpan nostalgia yang mengisahkan pengkhianatan tali barut penjajah sehingga sanggup menembak gurunya (PAHLAWAN EMBO ALI) kerana semata-mata mengejar wang dan pangkat dan perjuangan pahlawan Negara melawan penjajah.

Hanya kali ini sahaja paparan saya dalam menyinggkap tentang keperhatinan dan keikhlasan Datuk Musbah sebagai insan yang beragama islam dan bergelar wakil rakyat. Di masa akan datang saya akan cuba membicarakan tajuk “Antara Datuk Musbah dan Pahlawan Embo Ali ada persamaan”

0 ulasan: