UMNO HILANG UMPH!!! DI MATA RAKYAT

on Isnin, 2 November 2009



Dalam zaman era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad umno dilihat cukup kuat dan amat digerui lawan khususnya parti pembangkang seperti parti DAP, PAS, dan lain-lain lagi. Kebolehan Tun Dr Mahathir mentadbir Negara bukan sahaja diakui oleh penduduk negara ini kerana kejayaannya yang membawa pembangunan yang pesat pada waktu itu, malahan negara maju juga amat kagum pencapaian Malaysia berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.




Namun kini kegagahan UMNO itu tinggal kenangan, PRU12 yang lalu membuktikan kehebatan parti yang mencipta sejarah memerintah negara ini dengan begitu lama telah menerima ujian pertama apabila lima buah negeri sebelum ini diperintah parti UMNO telah jatuh di tangan pembangkang. Kini perubahan pucuk kepimpinan daripada Datuk Sri Abdullah Badawi kepada Datuk Sri Najib Tun Razak diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan parti UMNO semasa zaman pemerintah Tun Dr Mahathir Mohamad. Pindahan perlembagaan parti UMNO yang telah diluluskan dalam perhimpunan UMNO baru-baru dilihat langkah awal untuk mengembalikan kekuatan parti UMNO di mata rakyat.





Mengimbas kembali kehebatan UMNO sewaktu baru-baru mengembangkan sayap di Sabah dalam tahun awal 90 an telah menlenyapkan penguasaan parti PBS yang memerintah negeri sabah selama 13 tahun. Waktu itu Ketua Cawangan UMNO disemua peringkat amat dihormati dan disegani oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ketua UMNO cawangan pada ketika itu diberi kuasa sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah satu agensi kerajaan persekutuan yang ditubuhkan semata-mata untuk menyalurkan projek-projek persekutuan kerana pada ketika itu negeri Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah.





Di peringkat permulaan itu JPPS (Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah) membolehkan ketua-ketua Cawangan UMNO melaksanakan projek persekutuan dalam lingkungan RM 30,000.00 ke bawah tanpa di tender. Di waktu itu ketua-ketua Cawangan UMNO di Sabah merasakan diri mereka di hormati dan dihargai jasa mereka memperjuangkan UMNO untuk merampas pemerintaha negeri Sabah. Dan berkat usaha-usaha ketua-ketua cawangan UMNO itulah dalam pilihanraya 1994 parti UMNO telah berjaya merampas pentadbiran kerajaan negeri Sabah.





Namun semuanya itu tinggal kenangan bagi ketua-ketua cawangan UMNO yang masih meneruskan perjuangan tersebut, ianya tidak ubah seperti sebuah memori manis seketika. Kini mereka tidak lagi diberi kuasa melaksanakan projek yang suatu ketika membenarkan mereka melaksanakannya. Sebaliknya semua projek-projek dari persekutuan itu perlu melalui tender cabut undi, dan sebilangan besar yang berjaya mendapatkan pula projek-projek tersebut adalah mereka yang suatu ketika menentang UMNO yakni menyokong parti pembangkang.





Pegawai-pegawai kerajaan pula menganggap ketua-ketua cawangan UMNO sebagai lebiliti kepada mereka bila mereka mengadukan sesuatu perkara yang berkaitan kemajuan atau ahli parti. Malahan ada pegawai-pegawai kerajaan yang dengan berani menyokong parti pembangkang dan menggunakan kuasanya menekan pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat bahagian. Saya masih ingat seorang Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud Tuan Haji Said Andong yang cuba menyekat wakil-wakil rakyat kota Belud daripada memasuki kawasan sekolah. Di dalam eranya mentadbir Jabatan Pelajaran Daerah Kota Belud semua guru-guru yang memegang jawatan dalam parti UMNO diminta di arah memilih salah satu keria samada jawatan dalam parti UMNO atau jawatan hakiki sebagai guru. Malahan ada guru-guru yang telah ditukar ke Daerah Sandakan, Pitas, Lahat Datu dan sekitar pendalaman negeri Sabah hanya kerana mereka ini penyokong kuat parti UMNO.





Sekarang ini orang mula mempertikaikan kewibawahan pemimpin UMNO kerana pegawai-pegawai kerajaan lebih berkuasa daripada mereka. Justeru itu pemimpin kena mengambil inisiatif mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO supaya penolakan rakyat di dalam PRU 12 yang lalu dapat dibendung dan sokongan rakyat terhadap parti UMNO dapat dikembalikan seperti di dalam era Tun Dr Mahathir Mohamad.





Umno juga kuat apabila ianya dapat menguasai kerajaan, yakni dilihat pemimpin parti lebih berkuasa daripada pegawai-pegawai kerajaan dan mengembalikan imej pemimpin UMNO di peringkat akar umbi seperti pemimpin peringkat bahagian dan peringkat cawangan. Kalau ini dapat dilakukan insyallah rakyat akan memberi sokongan kembali kepada parti UMNO di masa akan datang.

5 ulasan:

watasikadi berkata...

SALAM PAK NUJUM,
saya melihat ulasan saudara merupakan seorang yang sangat berpengalaman dan pernaqh melalui banyak generasi kepimpinan. Namun jika apa yang saudar cadangkan ini dilakukan maka akan terbalik teruslah UMNO. Apa yang saudar cadangkan merupakan penyebab kepada kekalahan BN dalam 5 buah negeri PRU12 lepas. cara orang dahulu berfikir lain dengan sekarang, input yang sampai dengan capaian maklumat yang amat cepat kini bakal mengundang kejatuhan lebih cepat UMNO dari sepatutnya. Ini kerana, bagi saya cadangan saudara itu nampak lebih kepada kepuasan hati pemimpin UMNO cawangan dan bukan rakyat seluruhnya. Mengapa Tuan Haji Said berbuat demikian? ini kerana beliau mengikut peraturan sebagai seorang pentadbir. beliau hanya melaksanakan apa yang diarahkan didalam pekeliling. Graduan dahulu tidak seramai sekarang saudara, jadi persaingan untuk mendapatkan pekerjaan jauh berbeza berbanding dahulu, maka kesusahan mencari pekerjaan ini menjadi salah satu penyebab mengapa graduan menyalahkan parti pemerintah. Pegawai kerajaan hanya menjalankan perintah menurut prosedur yang diberi. jika tidak mereka akan diambil tindakan. Mereka juga tidak mahu disiasat oleh SPRM kerana tidak menurut prosedur kerana parti pemerintah melaungkan untuk membanteras rasuah melalui SPRM. Dalam ulasan saudara ini saya nampak melihat kesungguhan saudara memperbaiki UMNO itu. tapi saya fikir saudara harus memikirkan cara lain kerana cara begini bakal memalaskan ketua cawangan UMNO untuk mencari pendapatan lain dan bergantung pada projek diberi atas kapasiti ketua cawangan. maka akan timbullah ketua cawangan yang tidak berjuang untuk parti tetapi untuk projek. maka jangka panjang UMNO akan punah seperti sekarang ini. aku menulis bukan kerna nama..PAS SAMPAI MATI!!

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Watasikadi,

Apa juga pandangan saudara mengenai parti UMNO lebih dilihat sebagai pandangan seorang musuh kepada parti UMNO kerana saudara adalah penyokong kepada parti PAS. Justeru itu saudara tidak layak membicarakan situasi yang berlaku dalam UMNO itu sendiri. Kalau pun saudara cuba mengutarakan sesuatu idea, saya beranggapan bahawa pendapat itu bersifat yang tidak ikhlas kerana saudara adalah salah seorang daripada beribu-ribu musuh UMNO di luar parti kami yang tercinta ini.

Oleh itu saya tidak boleh member respond kepada hujah yang saudara utarakan, bagi saya adalah lebih baik saudara menjaga tepi kain parti PAS saudara daripada menjaga tepi kain parti UMNO. Pada saya, semua yang dinyatakan dalam artikel ini merupakan lahir daripada keikhlasan saya mengembalikan maruah parti UMNO di mata rakyat.

Wasalam

Unknown berkata...

Salam Pak Nujum, terima kasih atas pelawaan sdra utk saya memberi komen.

pertama ingin saya beri sedikit pembetulan PBS memerintah 9 tahun (1985-1994).

Ketika UMNO ke Sabah pada 21 hb Februari 1991, parti yg memerintah adalah PBS, parti pembangkang diperingkat Pusat. Sudah tentu peruntukan kerajaan Pusat yang tadbir urus JPPS tidak akan disalurkan kepada kerajaan negeri sebaliknya kepada pemimpin politik utk memperkasakan UMNO pada ketika itu.

Setelah UMNO berkuasa, dengan sendirinya BN sudah berbeza dengan kerajaan PBS sebelumnya. Ini juga dilakukan di Terengganu sewaktu PAS memerintah (1999-2004)melalui wang ehsan dimana royalti minyak disalurkan kepada UMNO bukan kerajaan negeri. Terbaru dengan pengumuman wang ehsan di Kelantan, wang itu tentunya akan disalurkan kpd JPPS Kelantan dan ketua-ketua UMNO ada kuasa mengagihkan projek.

Konsep pengasingan kuasa atau separation of power antara "eksekutif, legislatif, dan judiciary" sepatutnya dihormati tetapi adakalanya politik kerap mencampur adukkan kuasa itu seperti dibuktikan dalam kes klip video Lingham.

Berhubung dengan tindakan pegawai pendidikan, beliau menghormati konsep pengasingan kuasa itu. dia tahu bidang kuasanya selaras dengan peraturan am kerajaan (general order).

saya sering berpendapat bahawa parti politik jangan dijadikan alat untuk mencari rezeki sebaliknya utk membela nasib rakyat yang perlu mendapat dari kerajaan.

Parti politik bukan utk pemimpin disemua peringkat utk mendapatkan projek dan memperkaya diri sendiri. Itu prinsip saya dan mungkin ramai yang tidak bersetuju.

Salam MO

Unknown berkata...

saya juga jemput pak nujum layari portal saya yang baru paradigma.com.my

salam MO

Tanpa Nama berkata...

UMNO Menimbulkan segala bentuk Mitos. Hal Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation adalah tdk betul. Parti yang awal memperjuangkan dan melaungkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi.
Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!
Perpaduan Negara oleh Dato onn pun tidak diterima UMNO.
Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini telah diadakan oleh Kerajaan UMNO yang baru menyedari hal ini.Adakah selama ini mereka tidak terfikir hal ini. mungkinkah mereka adalah betul-betul buta sejarah. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965.Semua orang tahu akan hal ini.
Sebenarnya tidak ada perpaduan Melayu pun. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan India.Perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu, maka mereka akan mencari perlindungan.Muncul United Malays National Organisation DENGAN menjunjung keris saktinya menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.Menanamkan semangat bencikan DAP yang kononnya menghina islam walhal pemimpin DAP juga yang menyelamatkan orang melayu sehingga beliau dipenjarakan diKajang.Ini fakta!Tidak semua rakyat tahu dan tidak semua rakyat tidak tahu.