Pindahan Perlembagaan UMNO: YB Datuk Musbah Haji Jamli Tersenyum Lebar

on Ahad, 25 Oktober 2009

Pindahan perlembagaan baru yang dibuat baru-baru ini membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO samada yang memegang jawatan dalam parti atau wakil-wakil rakyat berhati-hati dalam melakukan tindakan. Mereka mesti berusaha memenangi hati rakyat jika mereka mahu kelangsungan politik mereka dalam parti UMNO berterusan. Ucapan presiden UMNO YAB Datuk Sri Mohd Najib Bin Tun Razak samada semasa ucapan peresmian atau pengulungan menekankan betapa setiap ahli yang berniat untuk menjadi wakil rakyat hendaklah mereka yang popular di kalangan pengundi-pengundi. Menurut beliau tidak ada gunanya memenangi satu-satu jawatan parti tetapi apabila dicalunkan dalam pilihanraya nanti akan ditolak oleh rakyat. Berdasarkan itulah maka pemimpin-pemimpin UMNO hendaklah mengorak langkah untuk mendekati rakyat bermula dari sekarang, jika mereka mahu dipilih sebagai calun Barisan Nasional pada pilihanraya nanti.

Gesaan Presiden Parti UMNO itu menggambarkan bahawa memegang jawatan dalam parti belum menjamin seseorang itu menjadi calun semasa PRU13 nanti. Berdasarkan rekod semasa PRU12 dan pilihanraya kecil lalu, calun-calun UMNO yang memegang jawatan dalam parti, samaada Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian( Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri) dan AJK UMNO bahagian akhirnya tewas dengan parti pembangkang. Berdasarkan pengalaman itulah presiden kena berhati-hati dalam menonjolkan calun semasa PRU k 13 nanti…

Jika ini menjadi tren pemilihan calun kepada parti UMNO akan datang, maka orang yang tersenyum lebar untuk dicalunkan semua PRU ke 13 nanti ialah YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli. Berdasarkan rekod yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat yang ada di Kota Belud hanya beliau sahaja yang konsisten turun padang dari mula beliau menceburi politik sehinggalah ke hari ini. Tindakan ini dilakukan mungkin kerana sudah menjadi darah daging kepada beliau untuk mendampingi rakyat setiap masa. Berdasarkan rekod sebelum dicalunkan pada tahun 1990 an, yang waktu itu beliau memegang jawatan timbalan ketua UMNO bahagian Kota Belud semengat beliau membantu rakyat dalam ertikata turun padang tidak pernah luntur meksipun pada tahun 1994 beliau tidak dicalunkan di kawasan tempasuk kerana memberi laluan kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang waktu itu presiden parti Akar melalui kerjasama parti komponan Barisan Nasional.
Kemudian pada pilihanraya 1999 beliau buat pertama kali dicalunkan oleh parti UMNO bertanding di kawasan Tempasuk dan menang dengan majority seibu lebih. Walaupun beliau tidak dilantik menganggoti kabinet kerajaan negeri Sabah, akan tetapi beliau tidak mudah putus asa malahan melibat gandakan usaha beliau membantu rakyat tempasuk dengan melakukan aktiviti masuk kampong diseluruh pelusuk kawasan tempasuk. Sehingga tahun2004 sekali lagi beliau direhatkan dari menjadi wakil rakyat dan tempatnya digantikan sekali lagi oleh Tan Sri Pandikar yang kononnya kerana konsep 2:1:1 perlu dilaksanakan di Kota Belud demi mengekalkan keharmonian kaum yang mendiaminya. Dalam keadaan tidak berjawatan beliau telah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian yang pada ketika itu di sandang oleh Yng Berbahagia Datuk Sri Panglima Mohd Salleh Tun Said. Oleh kerana pada ketika itu Datuk Salleh menarik diri dari bertanding Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, maka pemimpin veteran USNO Datuk Haji Yahya Lampong telah menentang YB Datuk Musbah dalam pertandingan yang dianggap sengit oleh setengah-tengah penganalisis politik Kota Belud. Tetapi dengan sikap konsisten YB Datuk Musbah Haji Jamli dalam memberi khidmat kepada masyarakat maka beliau telah memenangi pertandingan itu dengan mejoriti yang besar.

Maka dengan sebab itu jugalah barangkali pada pilihanraya tahun lepas, YB Datuk Musbah Haji Jamli telah dipilih sekali lagi calun UMNO di kawasan tempasuk, berkat usaha beliau yang gigih itu YAB Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah member kepercayaan kepada beliau menganggoti kebinet negeri sabah dengan memegang jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Dalam tempoh hanya setahun, saya difahamkan beliau telah dapat membawa projek-projek megah yang bertujuan untuk menaiktaraf kehidupan penduduk kawasan tempasuk, menurut sumber yang boleh dipercayai sejumlah RM300 juta projek telah Berjaya di bawah masuk ke kawasan tempasuk. Dan projek megah yang dijangka akan mengubah cara hidup penduduk kawasan tempasuk ialah projek “JELAPANG PADI”. Menurut ucapan beliau dalam satu majlis yang diadakan di kawasan tempasuk sejumlah RM 100 juta untuk tujuan Projek Jelapang Padi sedang rancak dilaksanakan.

Dengan gaya hidup yang sentiasa diamalkan oleh YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli mendampingi rakyat, beliau boleh tersenyum lebar apabila pindahan perlembagaan UMNO baru-baru ini. Ciri-ciri calun yang dicadangkan oleh presiden Parti semasa perhimpunan UMNO baru-baru ini sudah lengkap dimiliki oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli. Tinggal lagi rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT setiap individu di dunia ini tiada siapa yang tahu. Apa pun kita tunggu sahaja PRU ke 13 nanti.

Wasalam.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..

Wahai nujumpakbelalang, berapalah datuk musbah bayar kau untuk tulis artikel yg mengampu dia ni. Nanti dpt habuan kau belanja teh tarik d kedai jack ar.

Pada kau musbah tu baik sangat la, kau tak tahu ka yg dia ni suka menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.. org putih kata self-interest.

Mentang2lah dia pembantu menteri pertanian, dari source yg aku dengar, dia mengarahkan Agrobank di kota belud, berpindah dan menyewa di lot kedai milik musbah. Sekajp lg aku dengar pegawai dari KL dtng utk menilai sewa bangunan tersebut. Pasti dia minta sewa mahal. Dan yg tragiknya di sini kalau pun agrobank kb nak pindah premis kenapa mesti pindah ke lot kedai musbah, sdngkan bnyk lg lot kedai yg lain yg tidak ada kaitan dengan musbah. Disini kita nampak bertapa musbah ini seorg yng pintar dan licik dlm mengambil kesempatan utk keuntungan peribadi. Jelas musbah ini akan sentiasa MENGUTAMAKAN DIRI SENDIRI drp kepentingan msyrkt kb dgn MENYALAHGUNAKAN KUASA YG ADA PADA NYA.

WSM

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Syed Maulana,

hai yo yo yo betulkah? cerita Datu ini. Kalau begini Nujum Pak Belalang kena lihat dalam mangkuk ajaib tentang kebenaran cerita Datu ini.

Wasalam