DATUK MUSBAH HAJI JAMLI: HUBUNGANNYA DENGAN MASYARAKAT IRANUN

on Rabu, 4 November 2009











Kawasan Adun N6 Tempasuk mempunyai tiga suku kaum bumiputra yang terbesar, iaitu suku kaum Iranun, suku kaum Dusun dan suku kaum Bajau. Ketiga-tiga suku kaum inilah yang memanipulasi kawasan ini semasa pilihanraya, bah kata pendapat setengah pihak, calun yang bertanding dalam pilihanraya hendaklah mendapat sokongan ketiga-tiga suku kaum terbesar ini untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Beberapa siri pilihanraya yang lalu membuktikan bahawa kenyataan ini menentukan penyataan tersebut benar dan betul. Misalnya sewaktu Y.Berbahagia Tan Sri Pandikar Haji Mulia menjadi calun UMNO dalam pilihanraya 1994, pada masa itu suku kaum Iranun dan sukum Bajau sahaja yang memberi sokongan kepada Y.Bgh Tan Sri Pandikar Haji Mulia sementara suku kaum Dusun sebilangan besarnya masih memberi sokongan kepada calun parti PBS.

Demikian jugalah juga apabila YB Datuk Musbah Haji Jamli menjadi calun UMNO pada tahun 1999 hanya suku kaum Iranun dan suku kaum Bajau sahaja memberi sokongan kepada YB Datuk Musbah Haji Jamli dan ada sedikit peningkatan sokongan daripada suku kaun Dusun di kawasan daerah mengundi Rosok dan Sarang. Begitulah juga senario yang berlaku pada pilihanraya pada tahun 2004 apabila Y.Bgh. Tan Sri Pandikar Haji Mulia sekali menjadi calun.

Kemudian pada pilihanraya 2008 yang lalu keadaan ini telah berubah apabila undi yang diterima oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli meningkat di kawasan pengundi-pengundi masyarakat Dusun dan suku kaum Bajau. Tetapi sebaliknya merosot sokongannya di kawasan pengundi-pengundi kawasan masyarakat Iranun, setengah pihak mengatakan kemerosotan ini disebabkan undi protes di kalangan ahli-ahli UMNO yang tidak berpuashati pemilihan calun oleh pucuk pimpinan parti UMNO yang tidak memilih calun dikalangan anak masyarakat Iranun.
Walaupun berlaku demikian, YB Datuk Musbah Haji Musbah masih mampu memikat pengundi-pengundi masyarakat Iranun yang ada hubungan kekeluargaan dengannya dan kerana YB Datuk Musbah Haji Jamli masih ramai kawan-kawan di kalangan masyarakat Iranun. Walau pun pada pilihanraya tahun 2008 itu ramai pengundi masyarakat Iranun yang berpaling tadah kerana konon atas arahan HUGUN SIO mereka, Tetapi kekalahan yang diterima oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan pengkhianatan ahli-ahli UMNO di kalangan Iranun itu sendiri.

Kekuatan YB Datuk Musbah Haji Jamli mempertahankan sokongan di kalangan masyarakat Iranun adalah kerana, beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan masyarakat ini, misalnya di kampong Tamau sahaja, antara mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan YB Datuk Haji Musbah ialah keluarga terbesar yang mendiami kg Tamau iaitu mantan Imam Masjid Kg Tamau Tuan Haji Ab. Rahman Tajang dan di Kg. Rampayan ulu umpamanya keluarga arwah Mak Kambing.

Di Kampung Tamau juga YB Datuk Musbah Haji Jamli bukan sahaja mempunyai talian persaudaran dengan mereka, akan tetapi di dokong oleh seorang tokoh agama yang disegani bukan sahaja di kampong ini tetapi dalam daerah Kota Belud iaitu Tuan Haji Manshor Haji Abd. Jali. Beliau bukan sahaja seorang aktivis akan tetapi pejuang parti sejak zaman USNO hingga hari ini masih mempertahankan prinsip perjuangannya, di samping anak-anaknya yang mencipta nama umpamanya saudara Roslan Haji Manshor mantan pegawai Eksukatif Majlis Daerah Kota Belud dan salah seorang AJK UMNO bahagian Kota Belud dan kini disebut-sebut penyambung kelangsungan kepimpinan masyarakat Iranun dipersada politik tanah air. Imam Madli Haji Manshor juga salah seorang anaknya yang disegani sebagai tokoh agama dan berjawatan Imam Daerah Kota Belud serta dikenali di seluruh daerah Kota Belud.

Sikap tidak berdendam yang diamalkan oleh YB Datuk Musbah Jamli membuatkan beliau mudah mendampingi musuh-musuhnya dan lama kelamaan akan menjadi penyokong setianya, misalnya Saudara Ladim Haji Abd Rahman yang suatu ketika menyokong PAS kini antara yang memberi sokongan padu kepada wakil rakyat Tempasuk ini. Baru-baru ini semasa merasmikan majlis yang dianjurkan oleh PIBG SK. Tamau, YB Datuk Musbah Haji Jamli menegaskan dalam ucapannya bahawa beliau tidak menganggap penduduk Kg. Tamau musuh politiknya dan sebaliknya tidak menganggap penduduk Kg.Tamau ini memusuhinya, inilah intipati ucapannya sewaktu merasmikan majlis tersebut yang boleh dianggap yang beliau ini ikhlas dalam memberi khidmat kepada penduduk kawasan N6. Tempasuk.

Justeru itu jika sekiranya formula 2:1:1 yang di dokong oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Datuk Sri Panglima Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Haji Mulia dijadikan sandaran oleh pucuk pimpinan UMNO, sewajarnyalah YB Datuk Musbah Haji Jamli sekali lagi harus dipilih menjadi calun dalam pilihanraya akan datang memandangkan beliau telah membuktikan dirinya bukan sahaja telah dapat membawa projek megah seperti JELAPANG PADI DAN AGROPOLITAN akan tetapi sikapnya yang mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat Kota Belud. Jika kawasan N6 Tempasuk diberikan kepada calun di kalangan masyarakat Iranun maka wajarlah beliau diberi peluang bertanding atas tiket Parlimen, supaya perjuangannya membela rakyat Kota Belud dapat diteruskan.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Nujum Pak Belalang.

Pak Belalang ini sebenarnya nama seorang NUJUM yang hebat dan boleh meramal sesuatu perkara di masa depan.

Dalam paparan ini Pak Nujum menyokong formula 2:1:1 tetapi dalam masa yang sama Pak Nujum juga pertahankan agar Datuk Musbah kekal sebagai ADUN Tempasuk.

Soalan saya Pak Nujum, kawasan mana yang Pak Nujum ramal akan diberikan kepada calon Irranun? Usukan, Kadamaian, MP, Kadamaian atau pada ramalan Nujum ada kawasan baru? Minta Pak Belalang jelaskan kepada hamba rakyat.

Satu perkara lagi Pak Nujum selain boleh ramal jangan juga lupa apa yg telah berlaku. Misalnya paparan Pak Nujum kata TSP calon UMNO pada 1994. Sebenarnya TSP calon BN mewakili parti AKAR bukan UMNO.

Satu lagi pertanyaan saya Pak Belalang, adakah isu suku dan kaum ini masih relevan dalam politik Kota Belud?

Salam MO

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Cipu Saudara Musli,

Saya terima pembetulan saudara itu dimana Tan Sri Pandikar bertanding pada tahun 1999 adalah atas tiket parti Akar dan bukannya UMNO seperti yang saya nyatakan dalam arterkil itu, kesilapan adalah amat dikesali.

Saya hanya menyatakan kewajaran YB Datuk Musbah Haji Jamli untuk dicalunkan semual dalam pilihanraya akan datang kerana berdasarkan keakrabannya dengan masyarakat Iranun berbanding dengan pemimpin dari suku kaum Bajau yang lain.

Berdasarkan kepada watak Datuk Haji Musbah kini, beliau boleh bertanding di kawasan Parlimen, Tempasuk dan Usukan kerana ketiga-tiga kawasan ini tidak asing lagi bagi beliau. Sewaktu beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud kesemua kawasan dijaganya dengan baik.

Pada dasarnya saya menyokong penuh formula 2:1:1 yang selama ini mendapat sambutan dari ketiga-tiga suku kaum terbesar di Kota Belud ini dan ternyata mampu menyatupadukan serta dapat menwujudkan keharmonian di kalangan mereka. Sebagai contoh pada pilihanraya 1999 dan 2004 yang lalu apabila masyarakat Iranun juga mendapat kepercayaan pucuk parti UMNO menjadi calun dalam pilihanraya itu.

Calun Iranun boleh di bertanding di kawasan pesisir pantai jika wujud seperti yang dirancang atau kawasan Tempasuk selain Parlimen. Di mana bertanding itu tidaklah penting sangat kepada masyarakat Iranun kerana bagi mereka wakil Iranun di dalam dewan rakyat adalah matlamat utama mereka dalam memberi menyokong parti UMNO.

Calun berdasarkan kaum masih lagi releven di Sabah dan keadaan ini berlainan dengan situasinya di semenanjung yang tidak mengambil kira sangat tentang perkara ini. Misalnya kemerosotan undi calun-calun UMNO di Kota Belud dan negeri Sabah kerana calun-calun yang diketengahkan waktu itu tidak berlandaskan suku kaum seperti kehendaki sebilangan besar suku kaum di Sabah.

Pendekar Tua berkata...

Ziarah Pak Nujum..

Saya tidak nampak relevannya DHMJ kepada masyarakat Iranun..kerana pada dasarnya pemimpin Iranun sendiri masih ada sprti TSP . Sama ada kita mahu atau tidak, TSP tetap menjadi pemimpin dari suku ini. Realiti politik DHMJ hanya sekadar berada di pesimpangan. Dari segi kelayakan juga kelulusan , kita nampak DHMJ terkebelaknag dari para pemimpin di KB..

Dalam era Najib ini, pemimpin popular dalam parti juga rakyat belum tentu dijadikan calon kerana KPI dan NKRA menjadi penentu kepada keberhasilan menjadi pemimpin. Bagaimana mengurus dunia politik dan pntdbiran yg pelbagai jika kemahiran dan pengetahuan agak terbantut..?

Jika DHMJ tidak mendapat sokongan padu pada masyarakat Iranun, jadi bagaimana sdr Nujum bersetuju supaya DHMJ di calonkan semula..?

Jika sesungguhnya TSP bertindak melawan DHMJ dalam pru-13 akan datang, apakah DHMJ akan mendapat sokongan dari kaum Dusun dan Bajau lagi..?

Formula 2:1:1 masih diawang-awangan lagi. Tidak ada ketentuan..jika pun berlaku..maka ramai pemimpin di KB yg mengidam menjadi wakil rakyat..termasuk Pak Nujum sendiri..mungkin Sdr Musli punmahu juga.

Idahan berkata...

Pak Nujum..

saya tidak setuju dgn pandangan sdr nujum supaya datuk musbah jadi terus wakil rakyat..kami masyuarakt Dusun tahu datuk musbah ini sebelum jadi politik seorang ahli perniagaan..

sekarang bila jadi wakil rakyat banyak pembangunan yg dia bawa sebab ada projek dan dia ada kepentingan tertentu..

kau tahu kah PAS kb skrg mahu supaya datuk Musbah disiasat semula..dengar khabar dia ni banyak betul hartanya, Rumah banglo, kereta mewah berjenis-jenis..

tengok pemimpin lain..selamba jak..kalau pAS lagi tidak menonjolkan kemewahan seperti datuk pak nujum ni..

bagus lagi muka baru. di KB ramai lagi boleh..

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Pendekar Tua,
Saya tak kata Datuk Musbah pemimpin kepada masyarakat Iranun, kerana kami pun masyarakat Iranun mahukan anak jati masyarakat Iranun dicalunkan nanti samada di kawasan Tempasuk atau Parlimen Kota Belud. Dalam semua pemimpin Bajau di kawasan kota belud hanya Datuk Musbah sahaja yang mempunyai hubungan yang mesra dengan masyarakat Iranun diperingkat akar umbi berbanding dengan yang lain.
Saya kira Datuk Musbah telah menyahut cabaran Perdana Menteri melalui dasar 1 Malaysia rakyat di dahulukan pencapaian kerana sentiasa meninjau rakyatnya di kawasan Tempasuk. Adalah tidak adil kita membuat penilai yang dipengaruhi emosional dan bukannya berdasarkan kepada fakta. Saya kira Datuk Musbah telah menjalankan kerjanya sebagai wakil rakyat dengan baik. Beliau telah membawa Projek AGROPOLITAN DAN JELAPANG PADI yang bertujuan untuk melonjakkan ekonomi penduduk Kota belud.
Apa gunanya pendidikan yang tinggi kalau apabila diangkat jadi pemimpin tidak mempedulikan rakyat, kita banyak pemimpin yang berpendidikan yang tinggi dan telah diangkat menjadi pemimpin, apa yang dia telah lakukan dengan Kota Belud sewaktu zamannya. Ramai penduduk Kota belud mempersalahkan mereka kerana walaupun telah menjadi ketua menteri dan menteri, masalah rakyat dan kemudahan asas Kota belud belum diselesaikan sehingga ke hari ini.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Idhan,
Terima kasih atas kunjungan pertama kali saudara dalam blog ini, usahlah kita besar-besarkan isu lama yang dimainkan kembali. Datuk Musbah pun telah menjawab persoalan ini melalui blog kelapa mawar. Saya berpendapat jika SPRM ada bukti untuk mendakwa Datuk Musbah, lama sudah dia diheret ke mahakamah, tetapi sehingga ke hari ini perkara itu tidak berlaku.

TQ

Mohd Amini berkata...

Salam Nujum Pak Belalang, Relevan atau tidak Datuk Musbah dalam suku kaum Irranun bukan persolan penting.Kita harus lihat kepimpinan DMJ secara menyeluruh.Saya lihat DMJ bukan berjuang untuk kaum Bajau sahaja tetapi juga berjuang membela kaum Dusun.