IRANUN SEMACAM KEHILANGAN TEMPAT BERGANTUNG

on Sabtu, 22 Ogos 2009

Iranun semacam kehilangan tempat bergantung apabila Tan Sri Pandikar tidak lagi aktif dalam politik. Persoalannya kenapa ini terjadi? apakah sememangnya tiada lagi pelapis-pelapis yang berkebolehan menggantikanya.
Jika kita selungkar anak-anak iranun yang aktif dalam politik UMNO Kota Belud ada juga yang berkebolehan umpamanya Saudara Roslan Haji Manshor seorang lulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya, Saudara Roslan Akik seorang akuntan dan saudara Ustaz Idris Kisab seorang guru agama.
Mereka ini bukan sahaja mempunyai pendidikan, akan tetapi mempunyai jawatan dalam UMNO bahagian Kota Belud. Persoalannya kenapa mereka ini tidak ditonjolkan oleh pemimpin agung Iranun itu sendiri? apakah sememangnya mereka ini tidak layak dari kaca mata dia atau mereka ini sememangnya tidak sebulu dengan beliau.
Justeru itu beliau tidak memberi restu terhadap mereka kerana ditakuti suatu hari nanti akan mengancam kedudukannya sebagai leader di dalam masyarakat iranun. Soalnya kalau ini yang difikirkan oleh beliau, sampai bilakah? beliau benar-benar melepaskan diri daripada politik Kota Belud. Setelah saya membaca blog beliau ada mengatakan bahawa kini masih berada dipersimpangan samaada berhenti berpolitik atau meneruskan politik beliau lagi.
Kita tidak menafikan kewibawaan dan sumbangan beliau dalam politik Iranun Kota Belud. Namun yang pastinya suatu hari nanti beliau akan meninggalkan dunia politik. Adakah beliau sanggup melihat suatu hari nanti apabila beliau tiada lagi dalam alam maya ini masyarakat Iranun akan kembali meminta-minta pertolongan kepada bangsa lain di Kota Belud.
Saya membuka persoalan ini khususnya pemikir-pemikir anak Iranun, agar sama-sama kita mencari kesimpulan dari apa yang saya utarakan. Demi untuk kelangsungan politik masyarakat Iranun di Daerah Kota Belud

4 ulasan:

palingberani berkata...

SALAM PERKENALAN..SDR..

Saya suka catatan sdr..teruskan perjuangan ini..

SMA berkata...

Nujum Pak Belalang,

Maaf ya Pak, Somprot Mesra Alam (SMA) tumpang lalu!.

Ai na, saya fikir sebagai seorang nujum, bapak ni pandai baca semua hal, apa tak lagi politik.

Tahukah liku-liku politik TSP selama ini? Saya orang dari pantai timor pun tahu.

Macamana dia restui mereka ini? Dia bukan berkedudukan untuk berbuat demikian. Dia bukan Boss UMNO di KB. Saya fikir kalau dia sendiri bertandingpun di KB sebagai ahli jawatankuasa bahagian, dia pun akan kalah.

Itu sebabnya dia dulu mahu supaya semua pemimpin Iranun ikut AKAR sebagai wadah perjuangan Iranun, yang secara otomatiknya di KB ada sahaja wakil Iranun sebagai YB, sebab pada waktu itu AKAR ada lah komponen BN.

Tapi, orang luar macam kami dari pantai timor dukung AKAR, tapi orang Iranun di KB telah tidak ikut AKAR. Ramai yang masuk UMNO. Ada yang jadi Calon PAS (Datu Bandira) dan ada pula yang bercalon atas tiket bebas (Razak Rakunman) setelah tidak direstui oleh PBS.

Pada ketika itu, saya selalu dengar TSP menasihatkan pemimpin - pemimpin muda dari Iranun supaya jangan masuk UMNO sebab Iranun adalah minoriti di dalam UMNO.

Semua ramalan TSP pada ketika itu telah jadi kenyataan. Saya telah difahamkan bahawa semua calon dari Iranun yang bertanding G7 baru-baru ini telah kalah.

Yang sedih dan tidak adilnya, TSP pula disalahkan.

Macamana dia boleh 'mengangkat' satu lagi pemimpin Iranun, sedangkan dirinya pun tak dapat diangkatnya di KB?

Itu sebabnya dia berhijrak ke Kota Marudu sebab dia ditawarkan oleh Datu Musa Amansebagai ahli biasa sahaja di KB, selepas AKAR dibubarkan.

Dan setahu saya TSP terpaksa menunggu selama 2 tahun untuk diterima sebagai ahli UMNO, itu pun di Kota Marudu atas permintaan Datu Bidin Datu Saruddin (Pemangku Ketua Bahagian UMNO pada ketika itu, setelah Jelani Hamdan di dapati bersalah atas kesalahan politik wang)

Nama-nama yang Pak Belalang sebut itu mamang layak tetapi semua mereka ini memang anti TSP dan mereka ini tidak 'mengiktiraf' TSP sebagai ketua dan pemimpin Iranun.

Saya fikir, Pak Belalang tahu tebiat Iranun dari saya. Macam kami juga Bajau di Semporna. Suka sangat berebut-rebut.

Sebagai bukti bahawa TSP dan DSSK tak dapat merestui sesiapa sebab mereka tiada kuasa berbuat demikian ialah mereka berdua ini dan Datu Amir Kahar telah disingkirkan oleh Datuk Musa Aman pada PRU12, dan mereka tak dapat berbuat apa-apapun. Apa tak lagi merestui orang lain?.

TSP dulu jadi calon sebab AKAR dan Dr. Mahathir sayangkan dia.

Selepas Mahatahir, dia pun meraba-raba.

Tidak tahulah pula nasibnya pada zaman Najib ini.

Tolonglah Pak Belalang ramalkan.

Terima Kasih.

SMA.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Saudara Palingberani,

Nama mu pun kagum saya mendengarnya apa tak lagi gambar yang saudara tonjolkan Osama Ben Laden, satu tokoh yang paling disegani oleh dunia barat. Beliau membunuh tak mengenal mangsa, asalkan tercapai citanya membalas dendam, akan menjasi kepuasan baginya.

hai nah, saudara paling berani menurut firasat Pak Belalang u ni akan lebih banyak mengomel daripada memberi pandangan. Lalu Pak Belalang ingin berkongsi pengalaman dengan saudara apakah rahsia saudara dikatakan paling berani.

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Saudara SMA,

Hai nah! Oleh kerana terlalu asyik membaca blog si kelapa mawar sampai saya terlupa yang saudara melawat blog saya. Pertama kali saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara kerana sudi membaca post saya ini. Sebagai respone kepada hujah saudara berikut Nujum Pak Belalang ingin juga berhujah.
Sebenarnya calun-calun G7 dari kalangan Iranun yang menawarkan diri bertanding baru-baru ini, bukanlah dikalangan anak Iranun yang boleh diterima oleh suku kaum seperti bajau dan dusun yang menjadi pengundi besar dalam pemilihan itu. Mereka itu hanya dikenali dalam masyarakat Iranun sahaja dan tidak dikenali oleh pengundi-pengundi bajau dan Dusun, Nujum Pak Belalanng telah meramalkan awal-awal lagi akan kekalahan mereka. Saya tidak setuju sekali semua mereka itu menyalahkan TSP atas apa yang terjadi kepada mereka. Kenapa juga saudara Roslan Haji Manshor dan Roslan Akik, Marali Haji Adim dan Saudara Eping Gayung . Mereka ini tidak mendapat restu dari TSP tetapi mampu meraih undi yang banyak dalam pemilihan bahagian KB lalu.

Betul juga TSP jadi Ketua UMNO bahagian Kota Marudu dan diberi laluan mudah oleh Datuk Bidin dan pemimpin Kota Marudu, namun saudara SMA ingin waktu ketiadaan Saudara Jelani Hamdan kerana masalah displin. Tetapi lama kelamaan ahli UMNO Kota Marudu mengetahui siapa TSP khususnya dari segi sikapnya, maka ramailah penyokongnya yang pada peringkat permulaan membawa masuk TSP ke Kota Marudu berpaling tadah kerana muak dengan sikap TSP. Saya ramai kawan di Kota Marudu, andainya TSP bertanding mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO KM, nasib malang akan menimpa beliau kerana ramai ahli-ahli UMNO telah mula berpaling kepada Ketua Pemudanya Saudara Wetrom, lebih-lebih lagi masyarakat Iranun di Kg Indarason, mereka bertekad tidak akan mengundi TSP dalam pemilihan itu.

Dalam Era Najib ini menurut Firasat Nujum Pak Belalang nasib TSP dan DSSK tak menentu, serupa dengan keadaan dunia global yang iklim dan cuacanya kadang-kadang tak menentu. Walau bagaimanapun itu ramalan Pak Belalang, apa pun semuanya itu hanya Tuhan yang menentukannya. Wasalam.