YB DATUK HAJI MUSBAH HAJI JAMLI: KECIL-KECIL CILI PADI

on Jumaat, 11 September 2009

YB DATUK HAJI MUSBAH HAJI JAMLI: KECIL-KECIL CILI PADI


Itulah perumpama yang diberikan oleh setengah pihak terhadap tokoh ini mengharungi liku-liku dunia politik Kota Belud. Dari seorang anak petani kemudian mencipta nama melalui perniagaan kilang papan nya suatu ketika dahulu (Syarikat Kilang Papan Taun Gusi Trading) sehingga kini bergelar Pembantu Menteri. Satu pencapaian yang belum dapat ditandingi oleh mana-mana anak bajau di Kota Belud yang seangkatan dengan beliau.

Sesuatu kebanggaan kawan-kawannya yang sempat saya tanya kepada mereka ialah sikapnya yang konsesten dalam perjuangannya, setia kepada ketuanya dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi kegagalan. Menyingkap kepada perjalanan politiknya secara ringkas, pada tahun 1999 dicalunkan oleh UMNO di kawasan Dun Tempasuk dan menang. Bermula dari situlah dia mencipta nama sehingga ke hari ini terkenal memilihk rumah mewah dan kereta mewah yang belum mampu di miliki oleh sesetengah anak bajau.

Sebalik kejayaan yang ditunjukan oleh tokoh ini, apakah rahsia kejayaannya tokoh ini dapat meneruskan kelangsungan politiknya, Jika kita bandingkan dengan Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang bukan saja memiliki kelulusan akademik yang tinggi, akan tetapi memulakan politiknya hasil daripada keria politik ayah mereka masing-masing. Sama-samalah kita fikirkan?

0 ulasan: