ANTARA PEMIMPIN PEMBELA RAKYAT DENGAN PEMIMPIN MENJUAL RAKYAT

on Isnin, 4 Oktober 2010



Tajuk artikel ini menjadi pilihan Pak Nujum untuk menjelaskan beberapa kekalutan pemahaman masyarakat Kota Belud tentang perjuangan beberapa kerat pemimpin di Kota Belud. Pemimpin pembela rakyat merupakan jiwa seorang pemimpin yang diinginkan oleh masyarakat yang inginkan pembelaan ke atas mereka. Malahan dalam konteks kepartian pun, pemimpin tertinggi sesebuah parti pun menginginkan setiap pemimpin yang dipilih menjadi calun dan wakil rakyat disetiap kawasan hendaklah mereka yang benar-benar memperjuangkan kepentingan masyarakat setempat. Matlamatnya ialah selain rakyat yang diwakilinya itu mendapat pembelaan daripada calun yang dipilih mewakili mereka, kehendak parti juga menginginkan akan ada satu keyakinan dan kepercayaan di sanubari hati rakyat bahawa parti yang pilih melalui wakil rakyat tersebut adalah sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat.

Demikian juga parti UMNO yang menjadi tunjang kerajaan Malaysia sekarang ini, mampu bertahan begitu lama memerintah negara ini kerana parti ini telah berjaya menyakinkan pengundi dan rakyat negara ini bahawa UMNO adalah sebuah parti yang benar-benar berjuang demi untuk membela rakyat. Justeru itu UMNO sentiasa berhati-hati memilih calun dalam setiap kali pilihanraya, supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dari wakil yang mereka pilih. Dalam konteks ini saya rasa Datuk Musbah telah memenuhi keteria ini, sejak beliau menjadi wakil UMNO pada tahun 1999 sehingga hari ini, beliau telah memperlihatkan kepada umum bahawa perjuangan beliau adalah benar-benar membawa seberapa banyak pembangunan dari segi ekonomi, perkhidmatan, kebajikan dan masa depan rakyat yang diwakilinya.

Pada tahun 1999 sewaktu pertama kali beliau menjadi wakil rakyat, Datuk Musbah telah merancang beberapa pelan pembangunan khususnya bagaimana rakyatnya menghadapi kemiskinan pada ketika itu. Untuk rekod sebelum pada tahun 1999 kawasan Tempasuk telah seorang wakil rakyat bergelar MENTERI PENUH yang dipertanggungjawabkan menjaga pertanian di negeri Sabah. Namun tidak banyak yang kita lihat perubahan besar kepada permasalahan rakyat khususnya di kawasan Tempasuk, rakyat hanya diajar meminta-minta kepada pemimpin sehingga perkara utama untuk membangunkan kemudahan asas pengairan dan saliran dilupakan oleh mereka. Akhirnya apabila habis tempohnya sebagai MENTERI PENUH segala-galanya tinggal abuk yang dituip angin terambing-ambing.

Datuk Musbah, walaupun tidak bergelar menteri pada ketika itu, beliau mempunyai kesedaran diri bahawa segala-galanya perlu dilakukan demi untuk masyarakatnya yang kehausan dari arus pembangunan, supaya mereka juga mampu berdikari dan keluar dari kepompong kemiskinan yang melanda daerah Kota Belud sejak sekian lamanya.

Oleh kerana beliau lahir dari sebuah keluarga miskin, maka timbul dipemikiran beliau bahawa satu-satunya cara bagaimana untuk memajukan ekonomi masyarakatnya ialah dengan membawa PROJEK JELAPANG PADI dan AGROPOLITAN. Rata-rata masyarakat Kota Belud khususnya mereka yang tinggal di kawasan Tempasuk adalah mereka yang bergantung penuh kepada pertanian khususnya sawah padi sebagai sumber kehidupan sejak nenek moyang lagi. Sejak era Bristih dan Jepun penduduk Kota Belud khususnya masyarakat Tempasuk bergantung kepada air hujan sebagai sumber untuk mendapatkan pengairan sawah Padi. Dengan kewujudan JELAPANG PADI dan AGROPOLITAN ini akan memungkinkan peningkatan pendapatan ekonomi masyarakat Kota Belud.

Namun semboyan perjuangan Datuk Musbah ini terhenti seketika pada tahun 2004 apabila beliau telah direhatkan oleh pucuk pimpinan pusat kerana fitnah yang tidak berasas sama sekali langsung. Walaupun kawasan Tempasuk telah menerima wakil baru, tetapi sebenarnya orang lama tapi diperbarukan dengan azam yang baru melalui ucapannya dalam setiap kali perjumpaan majlis bersama rakyat. Beliau mengakui kelemahan yang dilakukannya sewaktu memegang jawatan MENTERI PENUH tempoh hari dan berazam untuk membaikinya sepanjang beliau menjadi wakil rakyat buat kali kedua ini. Tetapi apabila habis tempoh perkhidmatannya berakhir pada tahun 2008, segala yang dijanjikan hanyalah auta semata-mata, umpama HABIS MANIS SEPAH DIBUANG, peruntukan ADUN Tempasuk tidak diketahui dimana disalurkan, ada yang membuat andian bahawa peruntukan ADUN sepanjang beliau memegang wakil rakyat dari tahun 2004 sehingga 2008 telah dijadikan belanja peribadi dan keluarganya yang terdekat sahaja.

Rezeki orang tiada siapa yang tahu, tetapi kadang-kadang banyak andian bahawa Datuk Musbah setelah tidak menjadi Wakil rakyat pada tahun 2004 akan menjadi papa kedana kerana kononnya beliau tidak mampu membiayai hartanya yang begitu banyak, andaian juga ada mengatakan bahawa beliau akan diisthiarkan muflis kerana tidak mampu membiayai hutangnya yang terlalu banyak itu. Mereka lupa bahawa Datuk Musbah lahir dari seorang peniaga berjaya dan menjadikan perniagaan sebagai sumber kehidupannya berbanding dengan musuh politiknya yang bergantung penuh kepada politik untuk menjadikan dirinya jutaan.

Impian dan cita-cita Datuk Musbah untuk membawa PROJEK JELAPANG PADI DAN AGROPOLITAN telah menjadi kenyataan apabila beliau telah dipilih semula wakil rakyat Tempasuk pada tahun 2008, dengan sedikit kuasa sebagai PEMBANTU MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI SABAH.

Namun berbeza sekali yang berjuang hanya semata-mata untuk menjual rakyat bertujuan mendapat kuasa politik. Pemimpin seumpama ini akan mengaburi mata rakyat dengan janji dan wang dengan tujuan untuk meyakinkan rakyat memberi sokongan kepada mereka. Sewaktu pemilihan UMNO tahun 2008 yang lalu menampakkan sekali pemimpin yang berada di dalam kategori yang hanya menjual rakyat demi untuk mencapai matlamatnya mendapat kuasa politik. Pada ketika itu berbagai janji dari janji perwakilan diberikan wang bonus apabila menang dalam pertandingan itu kepada janji bahawa beliau akan dilantik senator dan menjadi MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MALAYSIA. Sedangkan sewaktu beliau menjadi KETUA MENTERI satu ketika, keadaan Kota Belud tidak jauh berubah dari sebuah bandar yang masih berada dalam kategori pekan KOBOI, kemiskinan bertambah, jalanraya masih sewaktu zaman British.

Inilah kesan apabila sesuatu bangsa yang masih berada dalam belenggu kemiskinan, amat mudah digula-gulakan dengan wang dan janji. Sebenarnya mereka ikhlas memberi sokongan kepada pemimpin, akan tetapi pemimpin itu sendiri yang menjadikan mereka kuda tungangan demi untuk mencapai cita-cita peribadi mereka mendapat kuasa. Tahap pemikiran rakyat di didik hanya bergantung kepada pemimpin dalam semua segi, supaya mereka senang memperbodoh-perbodohkan rakyat.

Kemana pun pemimpin seumpama ini berada sikap dan tabiatnya tidak akan berubah kerana ianya telah menjadi darah dagingnya sepanjang masa. Umpama seekor anjing yang biasa makan tahi, jika dikandang dan tidak diberi makan tahi, tetapi akhirnya apabila dilepaskan kembali pastinya apabila menjumpai tahi akan dimamah olehnya.

Justeru ini Pak Nujum mengajak semua penduduk Kota belud khususnya di kawasan Tempasuk agar tidak tersalah memilih pemimpin di masa akan datang, Pak Nujum tidak mahu kita tersalah memilih pemimpin yang semata-mata menjual rakyat demi untuk kepentingan dan mencapai matlamatnya mendapatkan kuasa. Akan tetapi berilah peluang kepada pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat seperti Datuk Musbah untuk memajukan rakyat

0 ulasan: