PERJUANGAN DATUK MUSBAH BERPAKSIKAN KEIKHLASAN

on Isnin, 19 Julai 2010



Satu perkara yang membezakan Datuk Musbah dengan pemimpin yang terdapat dalam daerah Kota Belud ialah, beliau meletakkan keikhlasan sebagai landasan perjuangannya. Mungkinkah kerana keikhlasan inilah Datuk Musbah masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Meksipun beliau mengharungi pelbagai rintangan dan cubaan dalam kerianya sebagai ahli politik sedikitpun beliau tidak gentar atau berubah dalam menghadapinya.

Keikhlasan Datuk Musbah teruji bilamana beliau telah berjaya mengharungi pelbagai rintangan yang amat getir. Bermula apabila beliau tidak dicalunkan pada tahun 1994 di kawasan Tempasuk, kemudian kekalahannya sebagai timbalan ketua UMNO bahagian di tangan Awanir Matanggal, penguguranya sebagai calun N6 Tempasuk pada tahun 2004 atas tuduhan fitnah dan akhir ini kekalahannya bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud. Peristiwa seumpama ini bukan sahaja pahit untuk dilalui oleh seorang ahli politik seperti Datuk Musbah malahan boleh mengakibatkan beliau itu musnah masa depannya jika beliau tidak pandai membawa diri dalam meneruskan kelangsungan hidupnya untuk terus maju kehadapan.

Datuk Musbah bukan sahaja mahir dalam berpolitik tetapi beliau juga mahir dalam bidang perniagaan. Masa telah membuktikan bahawa Datuk Musbah sebenarnya seorang ahli ekonomi yang pintar. Berbagai peristiwa hitam yang dilaluinya, musuh politiknya menjangkakan beliau akan bankrap kerana kononnya beliau akan kehilangan sumber ekonomi apabila tidak memegang sebarang jawatan samada ianya jawatan dalam parti atau jawatan dalam kerajaan. Tetapi tanggapan mereka itu meleset sama sekali apabila walaupun Datuk Musbah tidak memegang sebarang jawatan beliau masih mampu meneruskan kelangsungan hidupanya malahan bertambah lebih hebat dan perkasa dari masa kesemasa

Tidak seperti orang itu, apabila tidak dicalunkan pada tahun 2008 menjadi seperti orang yang tidak mempunyai arah perjuangan. Malahan pada PRU12 mereka telah mengkhianati parti Barisan Nasional apabila mensabotaj calun-calun Barisan Nasional pada masa itu. Satu ujian yang besar dilalui oleh Datuk Musbah sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Belud untuk memenangkan keempat-empat calun-calun dari Barisan Nasional dalam pilihanraya itu dan berlau dalam satu masa. Kemudian pada masa itu jentera Pilihanraya disabotaj oleh pemimpin yang satu ketika telah memperolehi nikmat samada jawatan atau kewangan dari parti UMNO dan kemudian jadi pengkhianat parti. Mereka telah berkempen di daerah Kota Belud supaya pengundi di Kota Belud tidak mengundi Barisan Nasional sebaliknya mengundi parti pembangkang. Mereka berbuat demikian hanya kerana mereka itu tidak dicalunkan pada pilihanraya itu, ini membuktikan bahawa selama ini mereka berjuang hanya semata-mata jawatan dan pangkat sahaja. Namun cubaan mereka untuk mensabotaj semua calun-calun Barisan Nasional pada masa itu tidak berjaya apabila Datuk Musbah berserta teamnya menang besar dalam pilihanraya itu.

Datuk Musbah bukan jenis itu, meksipun beliau tidak mempunyai jawatan perjuangannya tetap diteruskan kerana pada beliau kepentingan bukan kerana peribadinya akan tetapi masyarakat yang mengharapkan pembelaan dari pemimpin. Sebab itu apabila beliau mempunyai sedikit kuasa, beliau akan menggunakan kuasa itu untuk membantu dan membawa sebanyak mungkin pembangunan ke daerah Kota Belud. Antara projek yang dilihat boleh mengubah kehidupan Kota Belud yang berjaya dibawahnya di Kota Belud ialah Projek JELAPANG PADI dan Projek Agropolitan. Bagi beliau perjuangan untuk pembasmi kemiskinan di Kota Belud adalah satu jihad yang amat dituntut oleh Allah SWT.

Datuk Musbah walaupun satu ketika tidak ada dalam arena persada politik Kota Belud, tetapi jasanya membawa kedua-dua projek mega yang berimpak tinggi terhadap ekonomi masyarakat Kota Belud ini akan mengakibatkan beliau dikenang sepanjang zaman oleh generasi pewaris di masa hadapan.

0 ulasan: