DATUK MUSBAH PEWARIS KESATRIAN TUN MUSTAPAH

on Ahad, 10 Oktober 2010




Meksipun Tun Datu Mustapah telah kembali kerakmatullah beberapa tahun yang lalu, namun nama beliau masih segar dalam ingatan rakyat malaysia khususnya yang tinggal di bumi negeri di bawah bayu ini. Sumbangan beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan negeri sabah sehingga menyertai gagasan Malaysia untuk sama mendapatkan kemerdekakan dari Inggeris telah menjadikan diri beliau sentiasa dikenang sepanjang zaman. Pengorbanan beliau memerdekakan negeri sabah telah mendapat pengiktrafan daripada kerajaan malaysia dengan menganugeraankan beliau BAPA KEMERDEKAKAN SABAH.

Namun kepergian Bapa Tun tidak ramai yang masih mempertahankan ideologi dan pendiriannya dalam politik. Masa dan waktu telah memamah segala-galanya, sehinggakan politik masa kini tidaklah mengambil kira fakta keikhlasan, kejujuran dan kebenaran. Senarionya jauh berbeza pada era dan zaman Tun Mustapah, apa yang berlaku kini ialah politik lebih kepada “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA”. Pembohongan kepada rakyat sudah menjadi kebiasaan kepada seorang yang bergelar politikus. Segala janji senang ditaburkan, namun perlaksanannya belum tahu terjadi. Justeru ideologi yang ditunjukkan oleh YAB Tun jarang sekali diamalkan oleh setengah ahli-ahli politik sekarang. Ramai juga pemimpin politik yang pernah sezaman dengan bapa Tun ideologi yang diajar oleh Tun tidak lagi menjadi pegagan mereka.

Di Kota Belud satu-satunya pemimpin yang masih mewarisi idologi dan pembawaan Bapa Tun Mustapah ialah Datuk Musbah Haji Jamli. Perjalanan politik beliau diwarnai dengan keikhlasan, kejujuran dan kebenaran tanpa berselindung atau tersimpan sesuatu yang tersirat sehingga tiada yang dapat mengetahuinya. Politik keikhlasan yang diterapkan oleh Tun Mustapah semasa mengetahui Parti USNO benar-benar dihayati oleh Datuk Musbah. Sebab itu dalam politik Datuk Musbah tidak pernah menjual rakyat dengan berbagai janji kosong hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan sepertimana yang dilakukan oleh musuh-musuh politiknya.

Arwah Bapa Tun Mustapah telah melalui ujian getir dalam memperjuangkan hak-hak orang bumiputra islam di negeri Sabah. Semasa di penghujung era pemerintahan kerajaan USNO sekitar tahuan 1970 an beliau telah dikhianati oleh rakan-rakannya dalam parti USNO kerana menubuhkan parti BERJAYA tajaan Kuala Lumpur, namun beliau tidak pernah berundur dari perjuangan asalnya. Meksipun parti USNO yang di bawah kepimpinan beliau mengalami kekalahan teruk dalam siri pilihanraya semasa era BERJAYA dan PBS, beliau tidak pernah kecewa dan meninggalkan perjuangan asalnya membela rakyat SABAH Khususnya bumiputra Islam. Sehinggalah tawaran daripada Tun Dr Mahathir Mohammad kepada beliau agar USNO dibubarkan dan kesemua ahli-ahlinya diminta menyertai UMNO. Demi kepentingan bumiputra Islam, bapa Tun Mustapah telah mengorbankan parti yang diasaskan oleh beliau sendiri sejak sebelum merdeka lagi. Inilah sejarah perjuangan Tun Mustapah yang tidak pernah goyah dari perjuangan asal, beliau sedikitpun tidak menjadikan rakyat sebagai modal politiknya seperti yang dilakukan oleh pemimpin politik masa kini.

Terbukti walaupun di awal kemasukan UMNO di Sabah, walaupun beliau digula-gulakan jawatan MENTERI HAL EHWAL SABAH tidak melalaikan usaha beliau membela masyarakat Sabah daripada ditindas. Sebab itu beliau meletakkan jawatan dalam UMNO dan kembali keperjuangan asalnya iaitu USNO kerana tidak bersetuju kepada tindakan beberapa perkara pemimpin UMNO Kuala Lumpur. Meksipun beliau meninggal dunia semasa berada di luar kerajaan Barisan Nasional namun, sama sekali beliau tidak pernah mengkhianati perjuangannya membela rakyat Sabah keseluruhan.

Segala rentak dan ilmu Tun ini betul-betul dihayati dan diamalkan oleh Datuk Musbah serta dijadikan intipati dan panduannya dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin di Kota Belud. Beberapa ujian yang dilalui oleh beliau, semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran, kesetiaan dan kejujuran. Mungkin kerana sikap konsisten Datuk Musbah ini, beliau sentiasa mendapat barakah dari Allah SWT sehingga mampu bertahan sehingga hari ini berbanding dengan rakan-rakan seangkatan dengannya dulu. Mereka umpama daun yang berterbangan entah ke mana arahnya, selain malap masa depannya dalam politik ,mereka juga umpama seorang wanita pelacur yang tidak lagi dilanggan oleh lelaki kerana muka dan keayuannya telah di mama usia dan sikapnya yang tidak menentu.

Saya masih ingat kesetiaan Datuk Musbah dalam perjuangannya ialah sewaktu pertandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Alayarham Tun Ghafar Baba merebut jawatan Timbalan presiden UMNO dalam era Tun Mahathir. Datuk Musbah yang memihak kepada kem Tun Mustapah dan Tun Ghafar Baba tidak pernah tunduk kepada tekanan musuh-musuh politik, walaupun pada ketika itu kesemua bahagian-bahagian UMNO di Malaysia semuanya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Musbah tetap bersama-sama Tun Ghafar Baba dan Tun Mustapah tersungkur dalam pertandingan itu sehingga memaksa Tun Ghafar menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pusat. Datuk Musbah tetap dengan pendiriannya mencalonkan Tun Ghafar sebagai Timbalan Presiden semasa perhimpunan UMNO Kota Belud pada tahun sekitar 1990 an.

Demikian juga apabila beliau memberi sokongan kepada Datuk Osu Sukam sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua Menteri Sabah. Datuk Musbah bersama-sama mengharungi kejatuhan Datuk Osu Sukan dari jawatannya, namun Datuk Musbah tidak berganjak memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bagi. Demikian juga dalam era Datuk Seri Musa Aman ini, sekali lagi Datuk Musbah memperlihatkan kesetiaannya mempertahankan Ketuanya dalam semua ujian sehingga hari ini. Tidak seperti musuh politik beliau itu yang pada satu ketika memberi sokongan kepada Datuk Seri Shafie Afdal tetapi hari ini bukan main lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Musa Aman. Semua ini dilakukan adalah untuk menyelamatkan politik beliau daripada pupus kerana telah banyak menipu orang sehingga semua orang yang ditipunya hilang kepercayaan kepada beliau.

Justeru itu Datuk Musbah merupakan seorang pemimpin yang kuat dan teguh berpegang kepada perjuangan, tidak goyah bila menerima ujian, sanggup berkobor dengan ketuanya namun mengkhianati perjuangan tidak sama sekali, ikhlas memberi sokongan kepada ketuanya dan jujur melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Sikap yang diamalkan oleh beliau selama ini adalah kesatrian Tun Mustapah yang diwarisinya sewaktu sama-sama dengan beliau dalam parti USNO. Beliau sahaja satu-satunya pemimpin USNO Kota Belud yang mampu bersaing dengan pemimpin-pemimpin penipu yang wujud hari ini. Sementara rakan-rakan yang seangkatan dengannya, ramai yang tersungkur entah ke mana, kalau pun ada yang mampu bertahan dan kekal dalam politik Kota Belud, tetapi mereka itu tidak lagi memegang ciri-ciri kepimpinan USNO tetapi telah juga menjadi pemimpin penipu.

0 ulasan: