PILIHANRAYA 2008 IGUAN NGERI PEMIMPIN GILA KUASA

on Rabu, 15 September 2010



Pilihanraya ke 12 yang lalu banyak menyimpan misteri yang tidak ramai dapat mengetahuinya secara mendalam. Pada pilihanraya ini dua orang pemimpin utama daerah Kota Belud telah digugurkan dalam senarai calun Barisan Nasional daerah Kota Belud. Penguguran ini dilakukan atas sebab yang tidak diketahui puncanya, yang pastinya orang yang mengetahuinya ialah Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah dan merangkap pengerusi perhubungan UMNO negeri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia ketika masa itu Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badwi.

Namun dalam isu ini, perkara yang hendak dikongsikan bersama ialah bagaimana penguguran ini merupakan mimpi ngeri kepada kedua-dua tokoh ini. Mereka seolah-olah kehilangan hala tuju sehinggakan mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang bergelar pemimpin dan taat setia kepada parti UMNO.

Bagi pemimpin ini penguguran mereka seolah-olah satu permulaan kejatuhan keria politik mereka di Kota Belud. Sebab itu apabila berita penguguran ini diketahui oleh kedua-dua pemimpin ini, timbul pelbagai spkulasi kuat mengatakan mereka berdua akan bertanding atas tiket bebas menentang calun-calun Barisan Nasional pada masa itu. Sebenarnya menurut sumber yang terdekat kepada kedua-dua pemimpin ini, sememangnya mereka telah merancang bertanding atas tiket parti pembangkang sebagai tanda mereka protes penguguran mereka dalam pilihanraya pada masa itu.

Akan tetapi salah satu di antara pemimpin ini telah dapat mencium musibah yang akan menimpa mereka jika niat mereka itu diteruskan untuk menentang calun Barisan Nasional pada masa itu. Menurut orang kuat kedua-dua pemimpin ini kalah menang mereka jadi arang dan kalau kalah mereka akan jadi abu. Akhirnya mereka mengambil keputusan menyokong calun-calun Barisan Nasional yang terdiri dari YB Datuk Musbah Haji Jamli di DUN Tempasuk, YB Datuk Japlin di DUN Usukan, YB Datuk Herbet Timbun Lagadan di DUN Kadamaian dan YB Datuk Abd Rahman di kawasan Parlimen Kota Belud.

Meksipun yang tersurat kedua-dua pemimpin ini memberi sokongan kepada calun-calun pilihanraya, tetapi ada tersirat yang tersembunyi disebalik sokongan yang diberikan itu.

Dalam diam-diam mereka telah melakukan sabotaj untuk menjatuhkan kesemua calun-calun pilihanraya pada ketika itu. Nasib baik pengemudi pilihanraya Kota Belud pada masa itu bukan calang-calang orangnya. Selaku Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Kota Belud YB Datuk Musbah telah melakukan tugas dengan baik iaitu memastikan kesemua calun-calun Barisan Nasional menang besar pada masa itu.

Hakikatnya harapan kedua-dua pemimpin yang saya maksudkan tadi agar semua calun Barisan Nasional Kota Belud menerima kekalahan teruk, dengan demikian seolah-olah ketiadaan kedua-dua pemimpin ini maka Barisan Nasional akan menerima nasib yang malang. Pengkhianat kedua-dua pemimpin ini jelas petunjuknya dengan penurunan undi di kawasan-kawasan yang mereka mempunyai pengaruh. Harapan mereka untuk melihat semua calun-calun Barisan Nasional Kota Belud berkecai apabila YB Datuk Musbah telah dapat mengharungi rintangan itu meksipun gunting dalam lipatan dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini.

Apabila kesemua calun-calun Barisan Nasional diumum menang mulalah orang-orang kedua-dua pengkhianat parti ini mencanang di kedai-kedai kopi kononnya kalau bukan pemimpin mereka kesemua calun-calun Barisan Nasional akan menerima kekalahan yang teruk. Tindakan mereka ini diumpamakan “lempar batu sembunyikan tangan” . Meskipun misi mereka untuk menjatuhkan team Datuk Musbah dalam pilihanraya itu tidak berjaya, sekali lagi kedua-dua tokoh yang terkenal jolokan dikalangan mereka yang tahu siluk biluk politik mereka kepada“PEMIMPIN JUAL RAKYAT” telah sekali membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan YB Datuk Musbah dalam pemilihan UMNO Kota Belud akan datang.

Meksipun misi mereka itu telah terlerai pada bulan November tahun 2008, namun pilihanraya 2008 adalah iguan ngeri kepada kedua-dua pemimpin ini.

0 ulasan: