DATUK MUSBAH TUNAI JANJI

on Rabu, 14 Julai 2010

Tapak pembinaan jambatan gantung kg Merabau



Projek Jambatan Gantung yang menggantikan jambatan yang rosak kerana dihanyutkan oleh banjir besar dalam bulan Febuari yang lalu sedang dilaksanakan.
Saudara Matul dan Isteri berdiri memerihatikan laluan perahu kecil ketika menyeberang ke jalan besar melalui anak sungai
Wakil Rakyat Tempasuk ketika turun padang memeriksa Jambatan yang dihanyutkan oleh arus banjir yang deras. Bersama beliau Pakcik Haris Dibang yang turut membantu mengukur jarak jambatan gantung yang perlu dipohon.
Beginilah kesengsaraan keluarga saudara Matul sebelum jambatan siap dibina. Mereka menggunakan sebuah perahu kecil yang hanya memuatkan penumpang sebanyak dua orang. Namun tiga gambar di atas adalah jambatan yang sedang rancak dibina oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan. Saya difahamkan jambatan ini akan siap sepenunya dalam tempoh dua hingga tiga minggu kerana faktor cuaca yang tidak menentu dan pengangkutan bagi mengangkat bahan binaan menghadapi kesukaran kerana tiada jalan perhubungan melainkan menggunakan perahu kecil ini.


Masa cuma lima bulan berlalu Datuk Musbah telah menunaikan janjinya kepada penduduk kampung Merabau untuk mendapatkan peruntukan mengantikan jambatan yang rosak akibat banjir besar yang melanda daerah Kota Belud bulan febuari yang lalu.

Beberapa keluarga yang terlibat merasakan satu rahmat yang tidak di duga, wakil rakyat ini telah dapat menyelesaikan masalah mereka dalam masa yang begitu singkat sekali. Saudara Matul yang tinggal dengan beberapa keluarga yang lain di seberang sungai ini, menggunakan laluan jambatan ini setiap hari. Mereka melahirkan kesyukuran kerana telah dikurniakan Allah seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Bagi mereka Datuk Musbah bukan sahaja seorang wakil rakyat yang memahami aspirasi rakyat akan tetapi seorang pemimpin yang dapat mentafsir keperluan jangka panjang rakyatnya di kawasan Tempasuk.

Sedikit Saudara Matul menceritakan kesenggsaraan keluarganya menyebarangi anak sungai setiap hari untuk tujuan mencari rezeki dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah setiap hari. Mereka terpaksa menaiki sebuah perahu kecil yang hanya boleh memuatkan penumpang seramai dua orang sahaja. Selain bahaya mereka terbalik dari perahu itu mereka juga menanti bahaya mati lemas kerana rata-rata keluarganya tidak pandai berenang.

Seketika dalam perbualan kami itu, saudara Matul sekali sekala merenung jambatan gantung yang bernilai RM40,000.00 dalam pembinaan. Dari raut wajah yang ditunjukkan menggambarkan kegembiraan yang tidak terhingga kerana masalah yang dihadapinya selama ini bakal selesai tidak lama lagi.

Inilah Datuk Musbah setiap kali menjanjikan sesuatu projek untuk diluluskan, pastinya beliau akan berusaha untuk memastikan projek itu diluluskan oleh kerajaan dalam tempoh yang singkat. Sebenarnya bukan sahaja Jambatan Merabau telah diluluskan, akan tetapi berpuluh-puluh lagi projek menanti kelulusan untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah kerosakan ekoran bencana alam yang berlaku awal tahun ini di kawasan Kota Belud.




1 ulasan:

Satu Malaya berkata...

Pak Nujum..

saya ada dengar masjid kg tamau pun ada juga dijanji oleh tuan hj Musbah..sekarang mana sudah? ada kah?