JELAPANG PADI MENGUBAH WAJAH GEOGRAFI KOTA BELUD

on Khamis, 24 Disember 2009





Satu ketika sawah padi yang ditumbuhi rumpat lalang dan dihuni burung-burung liar yang menjadikan habitat tanah terbiar ini kerana tidak dapat diusahakan atas sebab tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan bertukar wajah tidak lama lagi, ekoran pembangunan sistem perparitan yang berteknologi tinggi dalam pakeg Jelapang Padi yang diihlamkan oleh seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat.


Apa pun orang kata mengenai YB Datuk Musbah Haji Jamli Adun N6 Tempasuk, keperhatinan dan keikhlasan beliau mengubah kehidupan anak bangsanya terbukti melalui projek Jelapang Padi ini. Semua orang sudah menjangkakan peningkatan taraf hidup keluarga petani didaerah yang satu ketika dahulu lebih dikenali daerah koboi akan lebih baik jika dibandingkan kehidupan mereka sebelum ini.


Sebagai anak petani yang mahu melihat anak bangsanya maju setanding dengan bangsa yang telah maju. Implikasi projek Jelapang Padi ini sudah dapat dibayangkan kemajuan yang bakal dinikmati oleh seluruh penduduk daerah Kota Belud yang 70% bergantung kepada hasil padi.


Di peringkat permulaan projek ini diilhamkan oleh YB. Datuk Haji Musbah Haji Jamli sekitar tahun akhir 1999. Ramai yang mengatakan usaha wakil rakyat ini ketika itu untuk membawa Projek Jelapang Padi diibaratkan tidak ubah angan-angan Mat Jenin. Mereka mempertikaikan kemampuannya membawa projek yang menelan belanja ratusan ringgit itu, kerana pemimpin daerah terdahulu walaupun bergelar menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga pertanian negeri Sabah tidak dapat membawa projek sebesar ini di daerah Kota Belud.


Apa lagi Datuk Musbah Haji Jamli, seorang insan yang lahir dari keluarga petani. Tinggal lagi kelebihan Datuk Musbah Haji Jamli dari mereka ialah kerana beliau lahir dari keluarga tulin petani, melalui susah payah menanam, mengampas padi, menghalau burung, tidur di pondok usang dan pendek kata sebuah kehidupan yang dipenuhi onak dan duri.


Dari kesusahan inilah YB Datuk Musbah Haji Jamli bangun dengan penuh bertenaga membina kekuataan bukan sahaja dirinya akan tetapi bangsa yang diwakilinya. Kesusahan hidup sebagai seorang anak petani telah dijadikan intipati perjuangannya sebagai seorang pemimpin untuk mengeluarkan bangsanya dari kepungan kemiskinan yang membelenggu mereka sejak sekian lama.


Jelapang Padi yang telah menjadi igauan ribuan petani Kota Belud sejak negara merdeka lagi telah mengubah wajah geografi Kota Belud. Kerancakan pembangunannya menampakan kesibukan warga petani Kota Belud di masa akan datang.

Dalam ucapan wakil rakyat yang mendokong selogan RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN INI sejak beliau menceburkan diri dalam politik lagi disatu majlis baru-baru ini. Beliau membayangkan hasil padi kota belud apabila Jelapang Padi ini beroperasi sepenuhnya adalah sekitar 200 juta ringgit setahun. Jumlah wang yang begitu banyak akan memacu ekonomi Kota Belud, dengan demikian kuasa beli penduduk Kota Belud akan meningkat.


Peluang penduduk Kota Belud menceburkan diri dalam bidang lain seperti perniagaan akan terbuka luas. Taraf hidup rakyat Kota belud sedikit sebanyak akan meningkat berbanding sebelumnya. Sesuailah pepatah melayu harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggal meninggalkan nama. Inilah kejayaan besar yang telah dilakukan oleh YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli iaitu menyediakan sumber ekonomi petani Kota Belud dan ianya akan dapat dinikmati oleh generasi seterusnya sampai bila-bila pun. SYABAS DATUK TERUSKAN PERJUANGANMU MEMBELA BANGSAMU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

3 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah. semuga masalah kemiskinan daerah kota belud dapat dikurangkan dan diatasi sepenuhnya.
salam MO

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Kekanda Musli,

Sebagai anak petani, saya mengharapkan harapan kekanda akan dapat dikurangkan dengan adanya Jelapang Padi ini. Siapa pun yang menjadi YB Kota Belud melakukan seperti yang diusahakan oleh YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli. terima kasih kekanda kerana berkunjung.

Salam

Mohd Amini berkata...

Salam Pak Belalang.Posting saudara mengenai 'Jelapang Padi Mengubah wajah Geografi KB' ada rasionalnya kerana program ini bukan lagi satu retorik seorang pemimpin tetapi ini adalah perancangan yang sedang berlaku dan sedang dilaksanakan.