Teka-Teki Bakal Pemimpin UMNO Kota Belud.

on Khamis, 22 Oktober 2009

Politik Kota Belud selalunya mendepani politik daerah-daerah lain di negeri Sabah. Sebab itu tidak hairanlah apabila ramai tokoh-tokoh terkemuka di Sabah lahirnya daripada Kota Belud. Siapa tidak kenal dengan Allahyarham Tun Mustapaha, Tun Said, Datuk Sri Panglima Salleh, Datuk Mohd Noor Mansur dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mereka ini telah mengukir nama dipersada politik negeri sabah, daripada jawatan Tuan Yang terutama Yang Dipertuan Negeri, Ketua Menteri dan Menteri Kanan Negeri, semuanya pernah dipegang oleh tokoh-tokoh yang disebutkan tadi.

Namun semua kegagahan dan kemegahan penduduk Daerah Kota Belud terhadap tokoh-tokoh tersebut seakan-akan lenyap begitu sahaja, apalagi disaingi oleh pendatang-pendatang baru dalam politik Kota Belud. Walaupun Datuk Haji Musbah Haji Jamli boleh dianggap mengambil ahli kepimpinan dalam daerah Kota Belud, akan tetapi masih ramai yang mempertikaikan kemampuannya membela rakyat Kota Belud. Apa lagi banyak yang memperkatakan bahawa beliau telah lebih dulu memajukan diri dan keluarga daripada membangunkan pasarana Kota Belud. Ada YB Japlin tetapi rekodnya makin hari makin malap kerana ketidak mampuannya membawa diri dalam politik, walaupun telah diberi peluang memegang jawatan samada dalam politik atau kerajaan. Pemerhati politik mengumpamakan YB Japlin sekarang menanti pergi setelah habis tempoh sebagai Wakil rakyat Usukan dan Pembantu Menteri Infrukstruktur Negeri Sabah.

YB. Datuk Rahman pula berusaha menonjolkan diri dalam memberi bakti kepada penduduk daerah Kota Belud setakat ini rekodnya amat baik berbanding dengan penyandang jawatan sebelum ini. Namun wakil rakyat ini sukar memadamkan tanggapan orang luar atau banyak orang memperkatakan orang Import bagi orang Kota Belud. Perlu disedari masih ramai pemimpin UMNO Kota Belud yang mengidamkan jawatan Ahli Parlimen itu. Kemampuan Saudara Naumul Mulud seorang jurutera SESB sukar dipertikaikan, beliau bukan sahaja di kalangan AJK UMNO bahagian Kota Belud tetapi penuh pengalaman dalam politik Kota Belud. Demikian juga saudara Barur Sawi, dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO Kota Belud , beliau bukan sahaja mempunyai peluang mengamit perhatian pucuk pimpinan parti akan tetapi tidak akan memberi laluan mudah kepada orang luar seperti Datuk Rahman Dahlan.

Jika konsep 2:1:1 yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Panglima Salleh dan Tan Sri Pandikar ini menjadi teras pemilihan calun dalam PRU13 sudah tentu peluang lebih cerah kepada Saudara Roslan Haji Manshor satu-satunya anak Iranun dalam AJK UMNO bahagian yang aktif. Beliau yang mempunyai kelayakan Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya ini berserta berbekalkan pengalaman yang luas dalam pendidikan dan pernah menjawat jawatan Pegawai Eksuktif Majlis Daerah Kota Belud selama dua tahun memadai untuk menarik perhatian pucuk pemimpin pusat memilih beliau sebagai calun PRU13 bagi mewaikili kaum Iranun dalam arena politik Kota Belud.

Walau bagaimanapun kemungkinan berlaku itu adalah tidak mustahil, tetapi segala-galanya bergantung kepada rezeki masing-masing yang ditentukan oleh Allah SWT. Perlu disedari pemimpin pusat tidak ketandusan calun untuk diberi perhatian di masa kan datang dalam mengetengahkan pemimpin yang betul-betul boleh diterima rakyat Kota Belud dan mampu memenuhi ciri-ciri yang boleh mewakili kaum terbesar di Kota Belud.

3 ulasan:

watasikadi berkata...

SALAM SAUDARA NUJUM,
posting yang sangat baik untuk diulas. pemimpin pelapis iranun harus diketengahkan. siapa pun dia haruslah boleh membela nasib bangsa dan agamanya serta bersedia menempuh ranjau. Secara peribadinya AKAR harus dihidupkan semula.

musli oli berkata...

salam Pak Nujum. Macam tiada nama saya dalam senarai sebagai bakal pemimpin ini...hahaha. apa pun kita sokonglah siapa yang akan dipilih.

Saya mengharapkan satu ulasan yang membawa pemikiran rakyat Kota Belud dalam dimensi baru politik. Barangkali ulasan yang tidak menggunakan ayat "mengambil alih" digantikan dengan ayat generasi "penerus" perjuangan, rasanya sesuai dan tidak menimbulkan rasa terkilan pemimpin yang sedia ada.

Namun begitu paparan Pak Nujum memang baik dan menarik sekali. teruskan menulis. salam MO

NUJUM PAK BELALANG berkata...

Salam Watasikadi,


Terimakasih kerana memberi pendapat tentang isu ini. Saya amat setuju dengan pendapat saudara mengenainya. Siapa pun yang dipilih mereka hendaklah mendokong konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Jika seorang wakil rakyat dapat merealisasikan konsep ini, insyallah rakyat yang berada dibawa jagaannya akan hidup aman damai.


Saudara Musli,

Terima kasi atas kunjungan saudara dalam blog Pak belalang ini. Saya rasa saudara juga layak jadi wakil rakyat, cuma saya disini nyatakan mereka yang terlibat langsung dalam politik Kota Belud.

Saya juga setuju bahawa ulasan seharusnya menggunakan Konsep "Penerus Perjuangan" supaya nanti wakil rakyat yang ada tidak terasa disisikan begitu sahaja.

Kita tidak mengetepikan kewibawaan wakil-wakil rakyat sekarang, akan tetapi mereka juga manusia seperti biasa. Sampai masa nanti mahu atau tidak mereka juga akan pergi dari tugas sebagai wakil rakyat.

Mungkin kerana mereka itu menyahut panggilan ilahi atau di paksa turun oleh kuasa yang lebih tinggi dari mereka.

Menurut firasat Pak Belalang dalam PRU13 nanti akan berlaku perubahan besar kepada bakal-bakal wakil rakyat di Kota Belud. Kita tunggu sahaja keberlakuannya nanti.